Pages

Dari Sungai Klah Sungkai Ke Kuala Woh Tapah

Salam you all.

I nak share satu aktiviti yang I and family buat. Tapi benda ni dah basi pun cuma tak di update awal-awal. Bukan malas cuma lupa nak share dengan you all. Hehehehe. Bukan aktiviti apa pun cuma riadah bersama family je. Makcik and Pakcik sebelah my mom memang rajin hangout sama-sama. Tambahan bila time cuti sekolah, bila semua balik Perak. Mulalah rancang macam-macam. Kadang-kadang sampai apa yang dirancang tu tak jadi terus, last-last buat potluck kat rumah family I.

School holiday hari tu my family rancang nak gi berkelah. Mulalah google sana sini mana port best nak berkelah. Tapi nak air terjun atau sungai. Tak nak laut. Dan I memang kurang suka mandi laut sebenarnya. (Bagi mengelakkan surnburn melampau)

Last-last my mom decide berkelah kat Sungai Klah Hot Spring Park, Sungkai Perak. Haruslah cari dalam kawasan Perak kan sebab semua balik kampung. Tambah dengar jiran tetangga cakap Sungai Klah tu memang best. I nama je dok Perak tapi eidak pernah pergi pun. *Malu sikit disitu*


Tapi bila sampai je Sungai Klah tu, ha ambik kau. Orang punya la ramai. Sampai parking satu pun takde. Mati akal. Takkan nak bergelumang mandi dengan orang yang padatkan. Maunya air yang jernih jadi keruh tu. So plan B. Dengan pantas my mom decide we all cuba nasib gi Kuala Woh pulak. Kebetulan Kuala Woh tu tak jauh sebab kat Tapah je. 

Kuala Woh Tapah pun ramai orang jugak tapi masih mampu bernafas. Hehehe. Dah la we all semua datang dengan 4 kereta. Tapi rezeki we all dapat juga parking yang dekat. So dah sampai apa lagi aktiviti beriada bermula la jawabnya.

The best part, MAKAN!






Sebenarnya bukan aktiviti tu yang di kejar tapi riadah bersama keluarga tu yang sebenarnya. Ia akan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. I untung sebab keluarga I masih mengekalkan hubungan yang baik dan wajib berkumpul bersama bila ada masa. Love them so much.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...