Pages

Penghijrahan Bermula

Assalamualaikum. Salam sejahtera you all semua.


“Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum 
sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka.”  
Ar. Ra’d ayat 11 )


Syukur Alhamdulillah dengan IzinNya I dah melakukan satu penghijrahan yang wajib dilakukan oleh semua wanita beragama Islam, menutup aurat. 

Dan seperti sedia maklum sebelum ni I tidak bertudung kan dan alhamdulillah sekarang ni I dah bertudung. Penghijrahan yang dilakukan ini dengan kerelaan hati sendiri. Mungkin I masih ada kekurangan tapi Insyallah I akan cuba berubah dari masa ke semasa. 




Masih banyak yang perlu I lakukan dan banyak yang perlu I belajar. Cuma I perlukan sokongan dorongan dan nasihat kawan-kawan dan you all semua. Please doakan I boleh jadi seorang muslimah yang sebaik-baiknya yea. Insyallah Amin.


" Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang diniatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya. 
 "(Riwayat Bukhari dan Muslim)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...