Pages

Saat Merindui

Assalamualaikum. Salah Sejahtera You All.


Rindu.? Satu perasaan yang sukar nak digambarkan. Ianya datang tanpa sedar tanpa dipaksa. Entah kenapa perasaan itu boleh timbul dalam hati. Mungkin kerana kita selesa berada disampingnya ketika bersama. Dan layananya yang mampu membuat kita tersenyum riang. 

Dan apabila dianya jauh dari pandangan mata, hati mula memberontak. Mula timbul perasaan RINDU. Mula  teringatkan dia dan inginkan dia disamping kita. 

Kadang-kadang walaupun tak dapat jumpa, dengarkan suaranya pun dah rasa bersyukur. Dah cukup membuatkan rindu terubat. Dan pastinya ianya akan membuat hati gundah gelana menjadi riang kegembiraan sehingga senyum dibibir terukir tanpa sedar. Lebih pasti senyuman itu akan dibawa bersama-sama hingga ke mimpi. 


" Kalau rindukan seseorang baca Al Fatihah sambil tangan didada & berzikir kpd Allah dgn niat semoga dia rasa rindu kita padanya. "


Itulah satu perasaan yang paling mengerunkan I. Perasaan merindui seseorang. Perasaan yang agak menyakitkan. Tapi kesakitan itu hilang bila orang yang dirindui ada di depan mata. Oh hati. Begitu besar perananmu dalah hidup manusia. 

Dan kalau boleh I nak hindari perasaan itu jauh-jauh. Kalau rindu pun biarlah sementara sahaja. Dengan harapan perasaan itu tidak menyakitkan. Tapi sekarang RINDU itu sedang bermain-main dalam hati I. 
Sakit you all.!!



 “Ya Allah, sampaikan salam rinduku kepada __________ (nama penuh insan tersebut) sehingga aku menjadi kerinduannya…”



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...