Pages

Kerja Baru

Assalamualaikum you all.
Selamat Berpuasa bagi semua umat Islam.


Hari ni hari ke 23 I berkerja di tempat baru ini. Bukan setakat tempat baru tapi segala-galanya baru. Rumah baru, persekitaran baru, kawan baru, kejiranan baru, segalanya baru la. Penghijrahan la katakan. He3.

Alhamdulillah setakat ni I boleh accept environment di tempat kerja ni. Rakan sekerja pun best, bos pun baik, project manager sporting dan kerja pun boleh tahan. 

Cuma sorang je yang I tak berapa berkenan sebab dia suka-suka je nak marah orang, suka-suka hati dia nak bising-bising. Yang tak bestnya tu kadang-kadang salah tu salah berpunca dari dia sendiri. Nak tutup malu dia boleh pulak nak bising mengomel kat orang lain. Buruk perangai kan. 

Dan kerja pulak. Emm not bad. Buat masa ni memang banyak tak terkata. First day haritu pun meja dah penuh. Belum habis kerja dibuat dah sampai sekotak lagi. Aishh kalau sampai itu senang takpe la jugak kan, ni semua nak main selak schedule bagai. Dapat pulak schedule macam buku text je tebalnya. Ish memang mencabar sanubari betul lah.


Minggu pertama dah kena main selak-selak file lama untuk rujukan. Masalah besar I adalah nak mencari nama site dan jenis kerja. Kalau dalam Semenanjung je tak pe ni Sabah Sarawak pun I kena buat. So serabut.


Meja I cuma cun melecun bila nak balik je. Sebelum time balik meja rupa tongkang nak pecah. Almaklumlah pekerja berwawasan katakan. 


Dan yang paling terbaru my work kena reject dengan Sapura, company yang I handle DO/Invoice nya. Adoi reject sebakul kot. Kalau sekeping dua sedap sikit hati kan, ni main berbakul. Hahahha. Tapi its okey sebab pengajaran dan project manager I pun salah sebab dia salah bagi information. Sama-sama bersalah. =)

Apa pun yang I kena terima sebab semua ni demi masa depan kan. Sekali sekala ubah haluan dan angin apa salahnya kan. Berusaha demi kebaikan diri. ;)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...