Pages

Dakian Ke Genting Highland, Pahang

Assalamualaikum & Salam Sejahtera You All.



Mungkin you all tahu dimanakah gambar ini di snap kan.? Tengok bangunan warna warni tu pun mesti dah dapat teka. Yup Genting Highland lah tempatnya.

Weekend baru ni my parents and lil bro turun KL sebab mahu ke Batu Pahat ambik my sis balik sebab dia dah start semester break. Tapi last-last dia naik bas dari BP ke KL. Sebabnya barang tak bawa balik, cuma baju sebeg dua je bawa balik. Barang lain-lain ditinggalkan dalam stor UTHM sebab next sem dapat dok hostel lagi. Selamat we all tak payah ke BP. Hehehehe..

So lepas je ambik my sis kat TBS (Terminal Bersepadu Selatan) we all tak tahu nak ke mana lagi. Jadi I pun terus plan naik Genting sebab my place nak naik Genting memang dekat. Mula-mula macam tak nak sebab my mom adalah seorang yang takut dengan tempat tinggi. Tapi entah macam mana my mom setuju je kalau nak naik. Bila lagi katanya. Kalau before ni memang tak dapat la nak naik kan.



Masa naik tu I tahu my mom takut tapi disebabkan dah on the way naik so dia redha je. Hehehehe. Akhirnya we all berjaya jugak sampai atas. Itupun macam pening-pening gak sebab tak tahu mana tempat yang harus dituju sebab tak pernah datangkan. Dah puas pusing tengok tempat baru we all parking and cari tempat nak masuk. 

My parent suruh jejalan keliling dulu baru kita beli tiket masuk. Baru sekeping dua snap pict (Sekeping dua la sangat kan), tup-tup hujan you all. Oh no baru nak menjerit-jerit naik rollercoaster and game kecut perut, dah hujan. Dah kena turun sebab my mom risau dok atas time hujan lebat and kilat. So terpaksa la pulang, so sad. 





Walaupun tak dapat nak bersuka ria di taman tema keriangan itu, I happy jugak sebab dapat naik Genting walaupun sekejap. Jadi la daripada takde kan. Hehehehe. And yang paling penting spend time with family, itu yang baling terbaik. =)



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...