Assalamualaikum And Salam Sejahtera You All.
Sekarang ni kalau you all perasan popia mini ala-ala kerepek untuk kudap-kudap tu famous kan. Sana sini orang duk jual, tambah-tambah masa nak raya. Ni nak sambut Aidiladha ni pun ramai yang dok jual popia mini. Area apartment I pun ada kakak tu dok promote nak jual kat I kerepek popia nestum katanya.
Aishh kakak-kakak, popia mini tu daripada beli baik I buat sendiri sebab kakak jual mahai ok. Modal buat popia mini tu ciput je kot. Dan I dah study cara nak buat daripada my aunty okey. Conform jadi. Hahaha.
Dan dengan itu kerana kebanyakkan masa terbuang last weekend, I pun try buat the popia mini milo. Yup MILO. I ubah guna milo sebab rumah I milo banyak. Sebab milo banyak and mesti sedap guna milo kan. Inovasi popia mini. Hehehehe.
Setelah berhempas pulas, akhirnya jadi juga popia mini perasa milo I. Sangat sedap walaupun tak berapa comel.
Ia tak berapa menarik sebab guna milo. Milo gelap so popia mini pun gelap sekali. Kalau guna nestum or horlick comel la sebab colour putih. Apa pun sangat sedap bila guna milo. Hari ni buat dapat setin, esok dah tinggal setengah tin. Rakit makan depan tv sampai tak sedaq dah tinggal setengah tin. Hahahah.
Senang sangat buatnya. Sesiapa nak tau lagu mana nak buat popia mini milo ni nanti I buat entry lain hari yea. Tunggu yea you all. =)
No comments:
Post a Comment