Pages

HAPPY 2014

Assalammualaikum. Salam Sejahtera You All..


Berkurun nak update kan. Hehehe. Takpe insyallah after this kalau berkesempatan I akan cuba merajinkan diri mengupdate blog ni yea. Busy ngalahkan Perdana Menteri kan. Hehehehe..

Tak terlambat kot I nak ucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2014 buat semua. Semoga tahun ini lebih bermakna lebih baik dan lebih indah dari tahun sebelum ini. I doakan kita semua semua dan semua mendapat rahmat dan keberkatan dariNYA. Insyallah Amin..


Macam Mana Nak Buat Hantaran

Assalamualaikum. Salam Sejahtera You All.


Adoiii. Serabut otak I.!!



Ha mana tak serabut bila tengok barang barang hantaran yang perlu dibuat tu ha. Ni malam dah hari Rabu. Esok khamis. Esok petang lepas kerja dah kena pulang ke Ipoh. Hantaran ni nak kena siap untuk hari Sabtu. Ni kat rumah Ipoh ada lagi untuk time nikah. Perghhhh mana mau buat lagu ni ha.

Eh.. Bukan I punya majlis yea. Ni uncle I punya majlis. Adik bongsu my mom. Will nikah on Friday ni 22.11.2013. Ni selaku anak buah kesayangan terpaksa la membantu untuk membuat hantarannya.


Mesti ada yang cakap kenapa tak buat awal awal kan.? 


Macam mana nya you all. Memula my uncle kata dia hantar kedai buatkan. Tapi last 2 week dia minta I buatkan. 2 minggu tu you all. Dah la my uncle bagi barang lambat, almaklumlah sekarang kerja memang berlambak sampai dia pun tak sempat nak balik kampung ambik barang dia. And then dengan keadaan I yang nak pindah rumah lagi. Serabut semua. Ingat duk bujang barang tak banyak ke. Perghh sekali packing macam ada family anak 2 je rupanya. Ni rumah baru dah macam tongkang pecah tak habis kemas lagi. 

So malam ni nampaknya I bakal membuat hantaran yang paling simple dalam dunia la jawabnya. Sorry yea pakcik ku. Jangan risau I buat dengan hati yang ikhlas and saya sponsor ok. Hehehehe..


Mulaan Kerja

Assalammualaikum. Salam Sejahtera You All.



Setiap pagi setiap hari bekerja, itu lah yang bakal terpampang apabila I nak mulakan kerja. Kata kata semangat untuk bersabar dan berani. Almaklumlah ujian dugaan sentiasa ada untuk kita hadapi kan. So semua tu harus dihadapi untuk membuatkan kita lebih matang.

Selamat Bekerja You All..

Kembali

Assalammualaikum, Salam Sejahtera.

Wahhh dah lama tak mengupdate belog I ni.
Usang dah ropenya (Bak kata orang perak.Hehehhee)
Sebulan dua ni I agak sibuk dengan hal-hal kerja and hal-hal personal sampai 
tak mampu nak menaip untuk blog sendiri. 

Terasa banyak sangat story nak share kat sini tapi tak berkesempatan. 
Ni je yang mampu buat masa ni. Sedih betul. 
Nanti ada masa I akan update la apa yang patut yea you all. 
Insyallah.

Kawan Peneman


" Maybe the reason why I haven't found who 
I've been searching for is because I know that I've already found him.
 It's just up to him to say whether I am who he has been waiting for."


“Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta 
dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. 
Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan
 seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur.”
(Hadis riwayat Muslim)


"Hak seorang kawan : 
Jika engkau tidak mampu memberi bantuan kepadanya, janganlah pula engkau memberi kesusahan kepadanya. Jika engkau tidak mampu menggembirakannya, Janganlah pula engkau mendukacitakannya. Jika engkau tidak mampu memujinya, Janganlah pula engkau mengejinya."
 -Kalam Sufi-

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2013



Assalammualaikum. Salam sejahtera you all.

" SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. "


Perggghh dah raya ke-8 baru nak wish kan. Apa nak buat keadaan tak mengizinkan nak mengupdate blog untuk wish Hari Raya. Ni baru berkesempatan, itu pun main curi-curi. Kerja menimbun katakan. 

Apapun dibulan yang baik ini tak terlambat kalau I nak mohon maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki jika ada tersalah tulis, tersalah taip dalam blog ini. Dan juga pada yang mengenali secara peribadi tu I mohon maaf juga jika ada terkasar bahasa, terusik, terpukul, termarah, tersindir dan sewaktu dengannya.

I pun maafkan semua orang yang pernah buat I terasa tu tau. Hehehehe. Semoga bulan Syawal ini mendatangkan satu rahmat baru untuk kita semua yea. Salam Aidilfitri.!!



Semua Tinggal Kenangan

Assalamualaikum. Salam Sejahtera You All. 


Selamat berpuasa you all. Dah hari ke-6 dah kita berpuasa kan. Lambat pulak rasanya. Bulan bulan puasa ni banyak la kenangan kenangan kan. Macam I gak ada je kenangan dalam bulan puasa ni. Kalau nak dicerita memang tak muat entry ni. Ada manis pahit nya kan, lumrah la kan.




Kekadang setiap kenangan tu boleh membuat kita rasa gembira dan mungkin juga sedih kan. Apapun setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya yang tersendiri. Allah SWT mungkin nak duga hambanya. Tahun lepas DIA bagi kita kegembiraan bersama dan tahun ni DIA bagi kita merasa kesedihan pulak. 

Sebagai hamba terima je la dengan apa yang dah jadi. Yang dah lepas tak boleh diperbetulkan lagi. Dan hati yang dah terguris pun susah nak disembuhkan. Biarlah waktu masa dan keadaan yang menentukan. Pasti ada yang terbaik menanti. Insyallah. Amin.


*Selamat Berpuasa Sahabat*


Selamat Berpuasa. Selamat Bersahur. Selamat Berbuka.

Assalamualaikum. Salam Sejahtera You All.


Wahhhh....... Alhamdulillah bertemu lagi kita dengan bulan mulia ni kan, bulan Ramadhan. Bulan yang paling ditunggu sebab nak collect segala pahala-pahala. Bulan ni la bulan yang paling baik untuk kita sebagai umat islam memperbanyakkan ibadah dari bulan-bulan lain.

Tahun ni tahun ke-2 I berpuasa sebagai perantauan. Ceh macam jauh sangat kat. Walhal tak sampai 3jam pun kalau drive balik Ipoh dari kL ni ha. Melampau sungguh. Yea la tahun ni first Ramadhan kena sahur sesorang and berbuka pun sesorang. Tak macam tahun lepas, Ramadhan pertama dapat sahur dan berbuka sesama mak ayah and adik-adik. Takpela berdikari kan. =)




So I nak wish kat you all semua Selamat Berpuasa, Selamat Bersahur, Selamat Berbuka, Selamat Bertarawih dan Selamat menjalani segala ibadah di bulan mulia ini yea.. 
Jangan membazir ok. (Ingatkan diri sendiri sebenarnya tu)



Kebahagian



Ya Allah Ya Tuhanku.

Aku bersyukur dengan nikmat yang telah Engkau berikan kepadaku sekarang ini. Kasih sayang yang sukar digambarkan. Walaupun begitu banyak dugaan ditempat kerja yang Engkau berikan kepada ku sejak kebelakangan ini tapi Engkau telah berikan aku satu nikmat kasih sayang yang mampu membuat aku tersenyum lega. Dan mampu membahagiakan aku seadanya. Aku bersyukur dengan ada nya kasih sayang itu, aku mampu menerima segala dugaan yang datang itu.


"Ya Allah, bantulah hati ini memahami, 
menghayati dan merasai keindahan takdirMu. 
Jadikanlah aku hamba yang sebenar-benarnya hamba."


Aku berharap apa yang aku miliki sekarang ini akan berkekalan. Dan kebahagian yang ada ini akan terus berkekalan bersama aku. Hanya padamu ku memohon. Amin.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...