Pages

Showing posts with label Hati. Show all posts
Showing posts with label Hati. Show all posts

Kawan Peneman


" Maybe the reason why I haven't found who 
I've been searching for is because I know that I've already found him.
 It's just up to him to say whether I am who he has been waiting for."


“Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta 
dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. 
Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan
 seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur.”
(Hadis riwayat Muslim)


"Hak seorang kawan : 
Jika engkau tidak mampu memberi bantuan kepadanya, janganlah pula engkau memberi kesusahan kepadanya. Jika engkau tidak mampu menggembirakannya, Janganlah pula engkau mendukacitakannya. Jika engkau tidak mampu memujinya, Janganlah pula engkau mengejinya."
 -Kalam Sufi-

Semua Tinggal Kenangan

Assalamualaikum. Salam Sejahtera You All. 


Selamat berpuasa you all. Dah hari ke-6 dah kita berpuasa kan. Lambat pulak rasanya. Bulan bulan puasa ni banyak la kenangan kenangan kan. Macam I gak ada je kenangan dalam bulan puasa ni. Kalau nak dicerita memang tak muat entry ni. Ada manis pahit nya kan, lumrah la kan.




Kekadang setiap kenangan tu boleh membuat kita rasa gembira dan mungkin juga sedih kan. Apapun setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya yang tersendiri. Allah SWT mungkin nak duga hambanya. Tahun lepas DIA bagi kita kegembiraan bersama dan tahun ni DIA bagi kita merasa kesedihan pulak. 

Sebagai hamba terima je la dengan apa yang dah jadi. Yang dah lepas tak boleh diperbetulkan lagi. Dan hati yang dah terguris pun susah nak disembuhkan. Biarlah waktu masa dan keadaan yang menentukan. Pasti ada yang terbaik menanti. Insyallah. Amin.


*Selamat Berpuasa Sahabat*


Quote 6




Kebahagian



Ya Allah Ya Tuhanku.

Aku bersyukur dengan nikmat yang telah Engkau berikan kepadaku sekarang ini. Kasih sayang yang sukar digambarkan. Walaupun begitu banyak dugaan ditempat kerja yang Engkau berikan kepada ku sejak kebelakangan ini tapi Engkau telah berikan aku satu nikmat kasih sayang yang mampu membuat aku tersenyum lega. Dan mampu membahagiakan aku seadanya. Aku bersyukur dengan ada nya kasih sayang itu, aku mampu menerima segala dugaan yang datang itu.


"Ya Allah, bantulah hati ini memahami, 
menghayati dan merasai keindahan takdirMu. 
Jadikanlah aku hamba yang sebenar-benarnya hamba."


Aku berharap apa yang aku miliki sekarang ini akan berkekalan. Dan kebahagian yang ada ini akan terus berkekalan bersama aku. Hanya padamu ku memohon. Amin.



Maaf

Pagi-pagi dia dok garang-garang tinggi suara. Siap jerit " Nadia... Call Anas Digi tu sekarang ". Terkejut i tau. Tapi takde la terasa mana pun sebab mungkin mood pagi semalam sangat baik dan indah. Hahaha.

On the way balik kerja dalam pukul 7pm, tetiba ada call. Bila handphone berada di dalam beg yang penuh dengan seaneka benda, agak jenuh nak mencari kan. Tengok-tengok dia call. Ada apa lagi ni. Dah la tengah nak mendaki bukit, payah kot nak drive. Dengan sebelah tangan pegang phone, sebelah nak pegang stering and gear (almaklumlah kereta manual) and nak naik bukit lagi. Arghhh saja nak mencabar krebiliti bawa kereta kan.

Dengan baik hati, phone dijawab juga.

" Assalamualaikum "

' Waalaikumusalam. Ada kat mana.? Dah sampai rumah ke belum ni.? '

" Belum lagi, on the way. Tengah nak mulakan mendaki bukit ni ha. Kenapa.? "

' Lambatnya balik dah pukul 7 kot. '

" Haah lambat. Banyak benda nak kena buat kan. Banyak salah kan. "

' Alaa.. Sorry yea. Maaf sesangat sangat sangat '

" Sorry sebab apa pulak dah.? "

' Yea sorry minta maaf sangat sebab pagi tadi. '

" Ha.? *Jenuh dok pk sebab apa pagi tadi sampai kena minta maaf ni * "

' Yea la pagi tadi terkasar termarah kan. Pasal masterlist Digi tu. '

" Ya Allah pasal benda tu pun nak minta maaf ke. Nadia takde hal la.
*Ikutkan memang xde terasa pun sebab I know the situation sekarang dan memasing kelam kabut* "

' Apapun sorry sesangat tau. Bla bla bla bla..... (Panjang berjela penerangan dan luahan perasaan). '

" Okey-okey takpela takde hal la. Bla bla bla bla....... (Jawapan yang panjang berjela pulak) Hehehe. "


Perbualan berterusan sehingga sampai rumah dan sehingga drama kegemaran kat TV3 tu habis. Nampak tak sesi luahan perasaan tu. Benda kecik je tapi dok citer sampai tak sedar. Apapun I salute la sebab seorang lelaki yang takde perasaan tu boleh siap minta maaf sebab benda kecik berkenaan dengan kerja. 

Kekadang bila seorang lelaki yang meminta maaf kerana hal kecil terasa seperti lain macam kan. Tambah-tambah kalau kita yang perempuan ni takde terasa dengan apa yang dah terjadi. Kalau memang I ada terasa memang MAAF tu diperlukan. Hehehe. 

Dan sebenarnya MAAF itu amat diperlukan jika kita sedar yang kita ada melakukan kesilapan dan kesalahan walaupun sekecil zarah. Dan maaf itu ada ubat bagi hati yang sedang sakit. 




Petua Menawan Hati Pasangan

Assalamualaikum. Salam sejahtera you all.


Aishh. Sampai bila la nak membujang ni kan. Mungkin sesetengah orang kata sebab memilih sangat. Bukan memilih tapi masih tak dapat yang benar-benar sesuai untuk diri. Ada yang suka tapi I tak berapa suka. kalau dah tak suka macam mana nak hidup sesama kan. Mungkin masa akan menentukan segalanya atas kehendak-Nya dan atas keizinan-Nya. Insyallah. Amin.

Ni ada kakak sekerja yang baik hati dok share petua you all. Petua untuk orang bujang-bujang ni. Kalo rasa nak cuba, silakan. Hehehe. Selamat mencuba nasib yea.. =)







Benci Jadi Sayang

Assalamualaikum. Salam sejahtera you all.


Dari Abu Hurairah RA, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda:
 “Cintailah orang yang engkau cintai pada tahap yang sepatutnya, 
boleh jadi suatu hari nanti dia akan menjadi orang yang engkau benci. 
Bencilah orang yang engkau benci dengan sepatutnya, 
boleh jadi suatu hari nanti dia akan menjadi orang engkau cintai.”


Dari perasaan benci jadi sayang.? Oh parah parah. Hahahaa. Tapi betul perkara macam tu memang banyak terjadi. Memula punya la benci and tak suka dengan seseorang tu sampai apa saja yang ada kaitan dengan orang tu mesti jadi tak suka.

Semua tu lumrah dalam kehidupan manusia kan. Tak boleh lari. Cuma terasa malu sebab memula sangat la benci dan tetiba perasaan benci tu boleh bertukar jadi sayang. Sayang sehingga timbul perasaan cinta. Parah la kalau macam tu kan. Adoii masalah-masalah. Hati you suka memainkan perasaan orang kan. Kesian we all tau..

So kepada you all semua, harap janganlah terlalu membenci seseorang kerana kemungkinan orang yang kita benci itu akan menjadi orang kesayangan kita. Dan kepada I sendiri, please la kawal perasaan benci itu wahai Cik Nadia. Arghhhhhh...


Berperangai Teruk.!!

Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Selamat Pagi.


Macam mana hari-hari you all.? Baikkah. Hope semuanya berjalan dengan baik yea. I lately macam teruk sikit perangainya. Yes I akui sendiri yang I dah berperangai teruk sebab I know who I am.



" Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu banyak berprasangka, sesungguhnya ia dalah dosa dan janganlah kamu mencari kesalahan orang lain, dan jangan pula sebahgian kamu mengumpat orang lain. " 
(Surah al-Hujurat, ayat 12).


Perangai yang mementingkan diri yang mana I happy bila dapat tahu seseorang itu conform sahih divorce. Walaupun he already told me tapi I kurang percaya sebab he told like joke. Oh no, I happy sangat masa I tahu benda tu. Tambahan masa tu I tahu dari orang yang sangat boleh dipercayai kata-katanya. Terasa hati berbunga riang. Sangat gembira.!! Mungkin perasaan sayang mengatasi kewarasan hati dan minda I.

Tapi tetiba I rasa bersalah sangat. Bersalah sebab gembira diatas kesempitan-kesedihan-kesusahan orang lain. Ya Allah hanya Tuhan je tahu bertapa menyesalnya I boleh ada perasaan sebegitu. Sepatutnya I sebagai sahabat perlu ada rasa simpati atas kejadian yang dia alami tapi sebaliknya. I menyesal sangat dan I dah buang semua perasaan jahat I tu jauh-jauh. Hope after this I boleh berfikir secara baik dan berperasaan yang sepatutnya.

Dan sebagai seorang hamba Allah yang bersaudara/ bersahabat, I akan cuba sadaya upaya untuk menjadi seorang saudara/sahabat yang baik dan tidak mementingkan diri sendiri. I akan cuba membahagiakan sahabat-sahabat yang I sayang. Insyallah. =)


" Tidak ada seorang pun di antara kalian dipandang beriman sebelum ia menyayangi saudaranya sesama Muslim seperti halnya ia menyayangi dirinya sendiri."
(Al-Bukhari)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...