Pages

Showing posts with label Wishes. Show all posts
Showing posts with label Wishes. Show all posts

Mulaan Kerja

Assalammualaikum. Salam Sejahtera You All.



Setiap pagi setiap hari bekerja, itu lah yang bakal terpampang apabila I nak mulakan kerja. Kata kata semangat untuk bersabar dan berani. Almaklumlah ujian dugaan sentiasa ada untuk kita hadapi kan. So semua tu harus dihadapi untuk membuatkan kita lebih matang.

Selamat Bekerja You All..

Kawan Peneman


" Maybe the reason why I haven't found who 
I've been searching for is because I know that I've already found him.
 It's just up to him to say whether I am who he has been waiting for."


“Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta 
dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. 
Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan
 seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur.”
(Hadis riwayat Muslim)


"Hak seorang kawan : 
Jika engkau tidak mampu memberi bantuan kepadanya, janganlah pula engkau memberi kesusahan kepadanya. Jika engkau tidak mampu menggembirakannya, Janganlah pula engkau mendukacitakannya. Jika engkau tidak mampu memujinya, Janganlah pula engkau mengejinya."
 -Kalam Sufi-

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2013



Assalammualaikum. Salam sejahtera you all.

" SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. "


Perggghh dah raya ke-8 baru nak wish kan. Apa nak buat keadaan tak mengizinkan nak mengupdate blog untuk wish Hari Raya. Ni baru berkesempatan, itu pun main curi-curi. Kerja menimbun katakan. 

Apapun dibulan yang baik ini tak terlambat kalau I nak mohon maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki jika ada tersalah tulis, tersalah taip dalam blog ini. Dan juga pada yang mengenali secara peribadi tu I mohon maaf juga jika ada terkasar bahasa, terusik, terpukul, termarah, tersindir dan sewaktu dengannya.

I pun maafkan semua orang yang pernah buat I terasa tu tau. Hehehehe. Semoga bulan Syawal ini mendatangkan satu rahmat baru untuk kita semua yea. Salam Aidilfitri.!!



Kebahagian



Ya Allah Ya Tuhanku.

Aku bersyukur dengan nikmat yang telah Engkau berikan kepadaku sekarang ini. Kasih sayang yang sukar digambarkan. Walaupun begitu banyak dugaan ditempat kerja yang Engkau berikan kepada ku sejak kebelakangan ini tapi Engkau telah berikan aku satu nikmat kasih sayang yang mampu membuat aku tersenyum lega. Dan mampu membahagiakan aku seadanya. Aku bersyukur dengan ada nya kasih sayang itu, aku mampu menerima segala dugaan yang datang itu.


"Ya Allah, bantulah hati ini memahami, 
menghayati dan merasai keindahan takdirMu. 
Jadikanlah aku hamba yang sebenar-benarnya hamba."


Aku berharap apa yang aku miliki sekarang ini akan berkekalan. Dan kebahagian yang ada ini akan terus berkekalan bersama aku. Hanya padamu ku memohon. Amin.



Any Job Vacancy.?

Assalamualaikum. Salam Sejahtera You All.


Macam mana hari-hari you all semua.? Baik-baik kah. Harap semuanya berjalan dengan baik yea.
I pulak lately macam biasa agak sibuk. Sibuk dengan kerja semestinya la kan. Sibuk dengan hal-hal lain pun sama jugak.! Kerja kerja jugakkan, enjoy kena jugakan kan. Tu yang dok busy tu. Hehehe.

Sekarang ni I dengan jayanya semangat mengemail, mengepost, mengisi segala vacancy yang ada dalam Malaysia ni tau. Bukan sebab tempat kerja ni tak best tapi sebab seorang perempuan cina tua a.k.a account manager yang ada kat office ni ha. Perangai mengalahkan bos. Bos punyala baik tapi cina tua ni perangai teruk tahap gaban. Sangat tak tahan dengan dia. Thats why sekarang dok usha usha kerja lain kot-kot ada rezeki tempat lain kan.

Tapi bila fikir secara rasional, rugi pulak nak berhenti. Company ni bagus ada potensi. Deal pun banyak dengan syarikat telekomunikasi yang besar-besar tu. Gaji pun dah ok, tempat tinggal diberi, bila api air company bayar, benda-benda lain boleh claims. Oh sangat menjaga kebajikan staff management ni. Semua staff pun sangat la best, macam kawan kawan je. Tapi tu la kerana cina tua habis I takde mood nak stay lelama kat sini tau. Kekadang time nak gi kerja dok teringat dia terus boleh spoil mood harian I tau.


Rakan sekerja yang sangat baik. =)

Dan sekarang I hanya mencuba cari job lain pulak. Mana tau rezeki kan. Tapi kalau dah rezeki kerja I memang dah tertulis kat Dynasynergy ni, I terima je. Tahan je la selagi mampu bertahan kan. Hope ada hikmah disebalik apa yang terjadi. Please doakan yang terbaik untuk I yea kengkawan.




Separuh Akhir AFF Suzuki 2012

Assalamualaikum. Salam Sejahtera You All.


Mesti la ni ramai yang dok tunggu depan Tv kan. Almaklumlah jap-jap lagi ada game bola Malaysia Vs Thailand untuk separuh akhir Piala AFF Suzuki 2012.

Kita sebagai rakyat Malaysia jom reramai sokong pasukan Harimau Malaya. Sokong depan tv je la yea. Kalah menang adat permainan tau. Jangan pulak kita sokong bila menang dan kutuk masa kalah. Tak patut tau. Jom sokong jerit depan tv sampai Malaysia menang.!!! 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...