Pages

Maaf

Pagi-pagi dia dok garang-garang tinggi suara. Siap jerit " Nadia... Call Anas Digi tu sekarang ". Terkejut i tau. Tapi takde la terasa mana pun sebab mungkin mood pagi semalam sangat baik dan indah. Hahaha.

On the way balik kerja dalam pukul 7pm, tetiba ada call. Bila handphone berada di dalam beg yang penuh dengan seaneka benda, agak jenuh nak mencari kan. Tengok-tengok dia call. Ada apa lagi ni. Dah la tengah nak mendaki bukit, payah kot nak drive. Dengan sebelah tangan pegang phone, sebelah nak pegang stering and gear (almaklumlah kereta manual) and nak naik bukit lagi. Arghhh saja nak mencabar krebiliti bawa kereta kan.

Dengan baik hati, phone dijawab juga.

" Assalamualaikum "

' Waalaikumusalam. Ada kat mana.? Dah sampai rumah ke belum ni.? '

" Belum lagi, on the way. Tengah nak mulakan mendaki bukit ni ha. Kenapa.? "

' Lambatnya balik dah pukul 7 kot. '

" Haah lambat. Banyak benda nak kena buat kan. Banyak salah kan. "

' Alaa.. Sorry yea. Maaf sesangat sangat sangat '

" Sorry sebab apa pulak dah.? "

' Yea sorry minta maaf sangat sebab pagi tadi. '

" Ha.? *Jenuh dok pk sebab apa pagi tadi sampai kena minta maaf ni * "

' Yea la pagi tadi terkasar termarah kan. Pasal masterlist Digi tu. '

" Ya Allah pasal benda tu pun nak minta maaf ke. Nadia takde hal la.
*Ikutkan memang xde terasa pun sebab I know the situation sekarang dan memasing kelam kabut* "

' Apapun sorry sesangat tau. Bla bla bla bla..... (Panjang berjela penerangan dan luahan perasaan). '

" Okey-okey takpela takde hal la. Bla bla bla bla....... (Jawapan yang panjang berjela pulak) Hehehe. "


Perbualan berterusan sehingga sampai rumah dan sehingga drama kegemaran kat TV3 tu habis. Nampak tak sesi luahan perasaan tu. Benda kecik je tapi dok citer sampai tak sedar. Apapun I salute la sebab seorang lelaki yang takde perasaan tu boleh siap minta maaf sebab benda kecik berkenaan dengan kerja. 

Kekadang bila seorang lelaki yang meminta maaf kerana hal kecil terasa seperti lain macam kan. Tambah-tambah kalau kita yang perempuan ni takde terasa dengan apa yang dah terjadi. Kalau memang I ada terasa memang MAAF tu diperlukan. Hehehe. 

Dan sebenarnya MAAF itu amat diperlukan jika kita sedar yang kita ada melakukan kesilapan dan kesalahan walaupun sekecil zarah. Dan maaf itu ada ubat bagi hati yang sedang sakit. 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...