Pages

Showing posts with label Hari Raya Aidilfitri. Show all posts
Showing posts with label Hari Raya Aidilfitri. Show all posts

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2013



Assalammualaikum. Salam sejahtera you all.

" SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. "


Perggghh dah raya ke-8 baru nak wish kan. Apa nak buat keadaan tak mengizinkan nak mengupdate blog untuk wish Hari Raya. Ni baru berkesempatan, itu pun main curi-curi. Kerja menimbun katakan. 

Apapun dibulan yang baik ini tak terlambat kalau I nak mohon maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki jika ada tersalah tulis, tersalah taip dalam blog ini. Dan juga pada yang mengenali secara peribadi tu I mohon maaf juga jika ada terkasar bahasa, terusik, terpukul, termarah, tersindir dan sewaktu dengannya.

I pun maafkan semua orang yang pernah buat I terasa tu tau. Hehehehe. Semoga bulan Syawal ini mendatangkan satu rahmat baru untuk kita semua yea. Salam Aidilfitri.!!



Lagu Raya Di Hari Raya

Assalamualaikum Dan Hai You All.

Amacam raya, okey ke.? Mesti you all makan over-over kan. Almaklumlah hari raya kan. Jangan over makan tu yea you all nanti sakit pulak. Sakit sebab kekenyangan dan sakit sebab terlebih makan. Hehehe.

Dalam mood raya macam ni, lagu raya pulak berkumandang memang mengembirakan jiwa sanubari. Naik je kereta open radio, keluar lagu raya. Pergi beraya ke rumah sedara, depe buka pulak lagu raya, duduk rumah pasang tv pun ada lagu raya. Best-best.

I kurang suka dengar lagu raya dalam mood berpuasa. I lebih suka dengar lagu-lagu raya masa minggu berhari raya. Baru mood raya membuak-buak di jiwa. Hihihi.












Itu adalah antara lagu-lagu raya yang I suka. Sebenarnya ada banyak lagi lagu raya yang I suka dengar tapi yang ada antara yang paling disukai. Lagu raya membangkitkan raya untuk BerHari Raya. =)



Kad Raya Untuk Semua



Ucapan Maaf Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum.

Macam mana persiapan you all semua, bereskah.? Hope semua selesai before raya la yea. He3. Tahun ni I and family raya sederhana sangat dan sangat sebab I takde kat Ipoh untuk membantu. Malam jumaat baru sampai Ipoh so memang tak sempat la. Tanpa I tak jadi la kan. *Perasan Sikit*

Okey kerana esok kita akan menyambut HARI RAYA AIDILFITRI, I nak wish something to all of you :


* I minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki jika segala apa yang I tuliskan di blog ni ada menyentuh  perasaan sanubari you all semua.

* I minta maaf jika ada yang pernah dan ada tersinggung dengan kata-kata dan tingkah laku I.

* I minta maaf jika I pernah tergurau kasar, tertampar, tersepak, terpukul, tercubit and TER lain-lain.

* Halal kan apa yang dah you all kasi atau yang I dah terambil terpakai terguna.

* Dan maafkan segala-galanya yang memerlukan kemaafan. =)


Harap you all dapat lah maafkan yea. Kalau tak dapat nak maafkan tu takpe la I terima seadanya dengan hati terbuka dan ikhlas. Hehehe.    

Selamat Hari Raya Aidilfitri You All.


Jadual Perjalanan Plus Sempena Aidilfitri 2012

Assalamualaikum And Hai You All.


Hanya tinggal beberapa hari saja kita yang beragama Islam nak menyambut HARI RAYA AIDILFITRI. Wahhh memang sangat tak sabar nak berhari raya kan. I rasa I lah orang yang paling nak sangat balik beraya  bersama mak ayah and adik-adik.

Mungkin ada tu yang bertahun-tahun tak balik beraya bersama family kan. I baru tahun pertama kot tinggal bujang luar Perak tapi I rasa macam bertahun-tahun dah duk bujang. Excited nak balik Ipoh membuak-buak dalam minggu akhir Ramadhan ni.

Tapi walauapa pun sebelum kita-kita semua yang nak balik kampung tu kena lah beringat tentang keselamatan. Conform highway sesak dan penuh dengan kenderaan. So before balik beraya tu apa kata kita check schedule perjalanan yang pihak PLUS dah sediakan. Ini untuk memudahkan dan melancarkan perjalanan balik kampung kita semua.




Kepada semua tu dan I juga, berhati-hatilah di jalan raya okey. Pandu dengan selamat, jangan ikut perasaan semasa memandu. Selamat memandu pulang ke kampung you all. 


Iklan Raya Menyentuh Hati

Assalamualaikum..


Hari ni kat office, I and officemate I tertouching sikit. Sikit je tak banyak pun. Hehehe..
We all tertouching sebab we all tonton satu iklan raya ni. Iklan raya dari Bernas. Mula-mula macam tak paham sangat sebab ada gangguan. So second time we all replay balik dan hayati setiap saat iklan tu. Dan tanpa sedar we all tertouching sikit dengan iklan tu. 

Bila tengok iklan tu terasa sebab now I dah tinggal jauh dari keluarga. Dulu sebumbung tapi sekarang berbumbung berbatu jauhnya. Mula bertambah-tambah rindu kat mak, ayah and adik-adik. 25tahun tinggal bersama, la ni baru merasa tinggal asing jauh dari keluarga. Ada hikmah semuanya kan.



Sedihkan iklan ni. So sebagai seorang anak yang mempunyai mak ayah adik beradik tu, hargailah mereka. Terutama mak dan ayah kita. Mereka adalah orang yang paling bermakna dalam hidup. Tanpa mereka siapalah kita. =)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...