Pages

Kahwin Juga Akhirnya

Salam. Hai you all.

Last week my dear pak sedara/sepupu kepada my mom melangsungkan perkahwinan tau. Family I memang rapat dengan family pak sedara I ni. Almaklumlah sedara kan. Eh, tapi ada jugak sedara yang tak rapat sesama sedara kan. Alhamdulillah la silaturahim kami sesama sedara masih kuat dan masih rapat sesama kami. Kalau dapat jumpa dengan sedara mara memang kecoh dibuatnya.

Kenduri pak sedara I a.k.a Pak Ami I ni simple je. Almaklumlah kenduri sebelah lelaki memang simple tambahan pulak Pak Ami I ni simple orangnya. Yang penting katanya kenduri kahwin dia ni boleh kumpul dengan sedara mara. Oh so sweet Pak Ami. =)



Memang kenduri kahwin dia sangat simple tapi alhamdulillah sangat happening. Malam majlis persandingan we all ada dinner. Dinner pengantin baru katanya. Tapi majlis ni hanya untuk sedara mara je. Hanya saudara mara terdekat sahaya okey. Kiranya orang luar, kawan-kawan, jiran tetangga semua memang takde la.

Malam tu we all ada buat salam pengantin (sedara mara yang letak nama tu, hihihi). That means semua sedara mara akan salam dengan pengantin baru dan akan diperkenalkan nama, pertalian dan juga pangkat nama yang perlu dipanggil nanti. Ini supaya orang baru atau pengantin baru itu akan kenal dengan sedara mara suami dia.

Dan part yang paling best ialah time rebut coklat/gula-gula. Ha, ambik kau semua pakat bersiap sedia tunggu time nak rebut merebut ni.








Sorry la gambar yang di publish ni kurang baik. Ini kerana kegilaan tangan kanan ingin mengutip dan menyambut gula gula yang di baling oleh pengantin sambil tangan kiri mensnap gambar sana sini tanpa hala tuju itu. So hasilnya seperti apa yang anda dapat lihat. (Ini pun lepas di edit bagai)

Untuk pengetahuan you all, acara merebut ni bukan sahaja dari golongan kanan-kanan yea tetapi mak-bapak-tok-nenek-kakak-abang kanak kanak itu pun menjoinkan diri sekali okey. (Gambar jadi saksi okey). Siap menjerit bagai. Dan part yang membuat I tarik diri ialah apabila lolipop dan jelly cup besar dengan cantik landing kat kepala I. Memang tarik diri, tak sanggup. Hahahaha..

Tapi apa  yang penting semua happy dalam majlis serba ringkas ni. Walaupun majlis ni berlarutan sampai ke pagi tapi ia sangat berbaloi. I suka tau. Hehehe. I wish semoga Pak Ami I and wife dia berbahagia dan kekal ke syurga. Insyallah. Amin.



:: Next turn siapa la pulak yang akan bawa orang baru dalam our big family ini gamaknya yea. =)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...