Pages

Showing posts with label Ipoh. Show all posts
Showing posts with label Ipoh. Show all posts

Steamboat Halal Ipoh

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Steamboat.? Wah sounds good kan. Tambah-tambah yang mengemari steamboat ni. I pun lately agak terpesona dengan steamboat ni. Kat kL senang jugak nak cari makan steamboat halal ni. Tapi kalau kat Ipoh agak susah sebab tak tahu kesahihan halalnya.

Beberapa minggu lepas masa I balik Ipoh parent sebut-sebut nak makan pulut mangga. Tup tup adik lelaki I dok bagitau ada satu kedai dia pernah makan ada pulut mangga yang sedap. Dan paling best dia kata restoran tu ada steamboat juga. Memang marvelous la kan.

Dari rumah dok cakap nak makan steamboat and pulut mangga je tapi sampai sana dok gi order beria. Dah makan steamboat pun dah cukup kenyang sebenarnya tapi nafsu makan membuak habis we all order nasi goreng bagai. 





The best pulut mangga




Pulut mangga nya memang lain sikit sebab colour dia hijau dan ada bijan. Rasanya sangat best. Lemak manis masin cukup. Makan sepinggan pun tak cukup. Nampak tak tahap makan yang melampau tu. Hehehe. Nasi goreng ayam masak pun special, siap ada kerabu mangga, telur hancur bagai. Sepinggan tu boleh makan dua orang sebab portion dia sangat la banyak. 







Alhamdulillah restoran ni halal dan melayu yang punya. Bukan nya owner cina.!
Nak cari pun senang sebab restorannya sebaris dengan nasi vanggey ipoh dekat area Jalan Yang Kalsom Ipoh. So sesiapa nak try boleh la datang restorang steamboat house ni. 



Selamat Hari Keputeraan Sultan Perak

Assalamualaikum. Salam Sejahtera You All.





Sebagai seorang rakyat sah lagi sahih bagi negeri Perak Darul Ridzuan, 
I nak wish Selamat Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak Ke-85.

Semua rakyat negeri Perak yang tinggal dan bekerja di Perak, selamat bercuti yea. I pun tumpang cuti sekaki yea walaupun dok tinggak and kerja di kL ini. Bahagianya.. Hahaha..


Ipoh Kuetiow Kicap

Assalamualaikum. Salam sejahera you all.


Ni masalah bila dah balik Ipoh. Masalahnya I jadi seorang yang asyik nak makan, makan, makan dan makan. (Tengok badan la kan. Hehehe) Disebabkan I dok teringin sangat nak makan kuetiow kicap, akhirnya dapat jugak.

 Thanks to my mak sebab sudi menemani I makan kuetiow kicap ini. Nyum-nyum..






Restoran MP (Moven Peak) Tak Halal.

Assalamualaikum. Salam Sejahtera You All.

Mana-mana yang tinggal area Ipoh mesti tau restoran steamboat yang famous amos kan.? Mana lagi kalau bukan MP (Moven Peak) kan. Selalu sangat dah I dengar kawan-kawan I dok sembang makan kat MP best la sedap la macam-macam ada la. Sounds good.



Ada juga dikalangan mereka ajak I makan thats place tapi entah kenapa tak pernah lagi nak join mereka makan. Kesibukan dan ketidak heranan nak makan kot kan. Tambahan bila I lalu kat MP tu macam tak best sebab macam kedai cina tapi memang dorang kata cina punya kedai. Halal makanannya, kata mereka-mereka la kan. I ni ada problem sikit dengan kedai cina yang halal dikatakan tu. I macam tak berapa yakin sebab ianya kedai cina.!!

Sampai sekarang I tak pernah makan kat restoran tu walaupun sering digembur-gemburkan sangat sedap dan murah. Dan rasa berbaloi kot tak pernah makan sebab I dapat satu berita yang mengatakan ada makanan di situ tak halal. I pun dengan semangat waja terus melawat facebook Restoran Moven Peak itu dengan jayanya. Dan.....



I tak pasti samada set lunch ini saja yang tak halal atau segala-galanya di situ tak HALAL.!! From now sesiapa yang nak makan kat situ perlu selidik sedalam-dalamnya dahulu samada ianya benar-benar halal atau tidak. Hope halal la sebab dah ramai sangat orang Melayu beragama ISLAM makan kat situ.

Kita sebagai seorang Muslim harus berhati-hati dengan apa jua yang kita makan dan minum. Perlu yakin 200% tau.  Halal boleh dibeli dimana-mana pun sekarang you all. Cuma Halal dari Jabatan Agama Islam sahaja yang perlu kita refer dan percaya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...