Pages

Showing posts with label Penghijrahan. Show all posts
Showing posts with label Penghijrahan. Show all posts

Selamat Berpuasa. Selamat Bersahur. Selamat Berbuka.

Assalamualaikum. Salam Sejahtera You All.


Wahhhh....... Alhamdulillah bertemu lagi kita dengan bulan mulia ni kan, bulan Ramadhan. Bulan yang paling ditunggu sebab nak collect segala pahala-pahala. Bulan ni la bulan yang paling baik untuk kita sebagai umat islam memperbanyakkan ibadah dari bulan-bulan lain.

Tahun ni tahun ke-2 I berpuasa sebagai perantauan. Ceh macam jauh sangat kat. Walhal tak sampai 3jam pun kalau drive balik Ipoh dari kL ni ha. Melampau sungguh. Yea la tahun ni first Ramadhan kena sahur sesorang and berbuka pun sesorang. Tak macam tahun lepas, Ramadhan pertama dapat sahur dan berbuka sesama mak ayah and adik-adik. Takpela berdikari kan. =)




So I nak wish kat you all semua Selamat Berpuasa, Selamat Bersahur, Selamat Berbuka, Selamat Bertarawih dan Selamat menjalani segala ibadah di bulan mulia ini yea.. 
Jangan membazir ok. (Ingatkan diri sendiri sebenarnya tu)



Penghijrahan Bermula

Assalamualaikum. Salam sejahtera you all semua.


“Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum 
sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka.”  
Ar. Ra’d ayat 11 )


Syukur Alhamdulillah dengan IzinNya I dah melakukan satu penghijrahan yang wajib dilakukan oleh semua wanita beragama Islam, menutup aurat. 

Dan seperti sedia maklum sebelum ni I tidak bertudung kan dan alhamdulillah sekarang ni I dah bertudung. Penghijrahan yang dilakukan ini dengan kerelaan hati sendiri. Mungkin I masih ada kekurangan tapi Insyallah I akan cuba berubah dari masa ke semasa. 




Masih banyak yang perlu I lakukan dan banyak yang perlu I belajar. Cuma I perlukan sokongan dorongan dan nasihat kawan-kawan dan you all semua. Please doakan I boleh jadi seorang muslimah yang sebaik-baiknya yea. Insyallah Amin.


" Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang diniatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya. 
 "(Riwayat Bukhari dan Muslim)


Masa Untuk Berhijrah

Nak nangis. Nak nangis. Nak nangis. 
Boleh.??





Nampak tak beg yang terkumpul itu. Inilah salah satu sebabnya kenapa I nak nangis. Bukan sebab beg ni tapi sebab I kena pindah. Pindah ataupun lebih sedap I akan berhijrah. Berhijrah seorang diri setelah 25 tahun tinggal sebumbung bersama Mak, Ayah & Adik-Adik..

I dapat tawaran kerja luar dari Ipoh, luar dari negeri kelahiran. I dapat new job kat Kuala Lumpur. Ini yang I nak elakkan tapi ini yang I dapat. Ujian mungkin. Hari nak gerak pindah, hari tu jugak baru I packing barang. Sebab berat hati nak tinggalkan rumah dan family. I berdoa supaya ada keajaiban berlaku walaupun dah accept kerja di KL itu. (Berdoa dapat tawaran kerja yang lebih baik dari kerja di KL.). Tapi masih tiada apa-apa tawaran yang setimpal.

Bayangkan I yang lahir di Perak membesar di Ipoh, sekolah di Ipoh, sambung belajar di Ipoh, kerja di Ipoh tetiba dapat tawaran kerja yang lebih baik di Kuala Lumpur. Setelah 25tahun 5bulan 6hari menapak di Ipoh tup-tup kena pindah luar Ipoh, Perak. Oh nooooooooo.

Memang hati berat tapi bila fikirkan masa depan, I terpaksa terima dengan hati yang terbuka. Mungkin I boleh cuba sebulan dua kan. If I rasa tak best or kurang yakin, I balik Ipoh semula. Hahaha. From now I akan cuba mengpositifkan diri dan terima kehidupan baru I ni. Please doakan yang terbaik untuk I yea you all. Love you all semua.



“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (daripada kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat seksa (daripada kejahatan) yang dikerjakannya.”  - Al Baqarah -


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...