Assalamualaikum. Salam Sejahtera You All.
Ada sesiapa yang pernah makan putu bambu kat Ayer Hitam ni tak.? Mungkin mana yang selalu berjalan ke area Ayer Hitam and kawasan berdekatannya mesti dah pernah try kan.
I ni kalau ikutkan selalu jugak ke sana sebab hantar/ambik my sis kat UTHM (Universiti Tun Hussein Onn Malaysia). Dan setiap kali gi sana mesti jenjalan area Ayer Hitam untuk menghabiskan duit. Heheheh. Tapi tak dan nak perasaan ada kedai jual putu bambu yang agak famous ni.
Ni bebaru ni baru adik I tu tunjukkan kedai tu and we all family try. Perghh orang jangan kata la, sangat la ramai sampai takde tempat duduk. Orang yang beratur tunggu pun ramai kot. Last-last terpaksa tapau putu makan tempat lain. Oh kejam ko putu.
Honestly bagi orang yang tak berapa minat putu ini *Saya la tu*, putu bambu kat Ayer Hitam itu sangatla sedap dan akan menjadi kegemaran. Putu bambunya sangat wangi, lembut dan rasanya memang terbaik la. Harga pun tak mahal mana, 6ketul Rm 2.00. Ok la kan. So sesiapa yang akan kesana atau dah kesana tapi tak pernah try lagi, you all try la. Insyallah memang you all akan suka. =)