Pernah tak you all singgah ini tempat.?
Pada yang pernah tu macam mana, ada rasa nak datang lagi tak ataupun dah tak nak datang.? Hehehe. Seperti gambar di atas you all boleh agak kot kat mana kan. Dah terpampang NASI KANDAR, opkos la kat Pulau Pinang. Nasi Kandar Line Clear nama kedainya yea.
Selama ni I selalu dengar dari cakap-cakap orang yang Nasi Kandar Line Clear ni antara nasi kandar yang pames kat Penang ni. Before ni ada jugak lalu lalang depan Line Clear ni tapi tak pernah singgah. Kalau nak makan pun, makan kat kedai sebelah nasi kandar Line Clear ni. Kerana restoran nasi kandar sebelah ada aircond, sejuk. =)
Ramai kot orang datang makan. Time I and family datang makan sini belum time lunch pun. Dalam pukul 11 pagi je tapi orang dah ramai beratur. Yang makan, yang tapau semua cukup.
Terima kasih kerana sudi senyum jiran depan table. =) |
Not bad jugak la nasi kandar ni. Pendapat lidah tekak I cuma ayam goreng dia ni sedikit masin, kalau meratah la. Dah makan dengan nasi okey je, sesuai sangat. Gulai dia memang power. Terasa betul rempah kari semua, pedas pulak tu. Memang makan sambil nangis la jawabnya kan. Ni semua sebab tamak, tamak mintak tambah kuah banyak.
Muka minta magie goreng tapi takdak. |
Kalau you all datang Pulau Pinang jangan lupa try yea. Rasa tengok kena tak dengan selera you all. Lidah tekak selera lain-lain kan so dah rasa boleh complaint and komen kan. =)
Oppsss.. Sebelum terlupa.
Kat area Nasi Kandar Line Clear ni kalau you all nak shopping pakaian macam baju kurung, jubah, tudung semua pun ada. Cuma kena jalan kaki sikit la. La dah makan sepinggan takkan malas nak jalan kot kan. Banyak sangat pilihan baju kurung, jubah semua. Boleh tawar lagi.
Bukan tu je. Pada pengemar jeruk, you all boleh je dapatkan kat area situ. Macam-macam pilihan ada. =)