Assalamualaikum. Salam Sejahtera You All.
Mana-mana yang tinggal area Ipoh mesti tau restoran steamboat yang famous amos kan.? Mana lagi kalau bukan MP (Moven Peak) kan. Selalu sangat dah I dengar kawan-kawan I dok sembang makan kat MP best la sedap la macam-macam ada la. Sounds good.
Ada juga dikalangan mereka ajak I makan thats place tapi entah kenapa tak pernah lagi nak join mereka makan. Kesibukan dan ketidak heranan nak makan kot kan. Tambahan bila I lalu kat MP tu macam tak best sebab macam kedai cina tapi memang dorang kata cina punya kedai. Halal makanannya, kata mereka-mereka la kan. I ni ada problem sikit dengan kedai cina yang halal dikatakan tu. I macam tak berapa yakin sebab ianya kedai cina.!!
Sampai sekarang I tak pernah makan kat restoran tu walaupun sering digembur-gemburkan sangat sedap dan murah. Dan rasa berbaloi kot tak pernah makan sebab I dapat satu berita yang mengatakan ada makanan di situ tak halal. I pun dengan semangat waja terus melawat facebook Restoran Moven Peak itu dengan jayanya. Dan.....
I tak pasti samada set lunch ini saja yang tak halal atau segala-galanya di situ tak HALAL.!! From now sesiapa yang nak makan kat situ perlu selidik sedalam-dalamnya dahulu samada ianya benar-benar halal atau tidak. Hope halal la sebab dah ramai sangat orang Melayu beragama ISLAM makan kat situ.
Kita sebagai seorang Muslim harus berhati-hati dengan apa jua yang kita makan dan minum. Perlu yakin 200% tau. Halal boleh dibeli dimana-mana pun sekarang you all. Cuma Halal dari Jabatan Agama Islam sahaja yang perlu kita refer dan percaya.