Pages

Showing posts with label Doa. Show all posts
Showing posts with label Doa. Show all posts

Mulaan Kerja

Assalammualaikum. Salam Sejahtera You All.



Setiap pagi setiap hari bekerja, itu lah yang bakal terpampang apabila I nak mulakan kerja. Kata kata semangat untuk bersabar dan berani. Almaklumlah ujian dugaan sentiasa ada untuk kita hadapi kan. So semua tu harus dihadapi untuk membuatkan kita lebih matang.

Selamat Bekerja You All..

Quote 6




Kebahagian



Ya Allah Ya Tuhanku.

Aku bersyukur dengan nikmat yang telah Engkau berikan kepadaku sekarang ini. Kasih sayang yang sukar digambarkan. Walaupun begitu banyak dugaan ditempat kerja yang Engkau berikan kepada ku sejak kebelakangan ini tapi Engkau telah berikan aku satu nikmat kasih sayang yang mampu membuat aku tersenyum lega. Dan mampu membahagiakan aku seadanya. Aku bersyukur dengan ada nya kasih sayang itu, aku mampu menerima segala dugaan yang datang itu.


"Ya Allah, bantulah hati ini memahami, 
menghayati dan merasai keindahan takdirMu. 
Jadikanlah aku hamba yang sebenar-benarnya hamba."


Aku berharap apa yang aku miliki sekarang ini akan berkekalan. Dan kebahagian yang ada ini akan terus berkekalan bersama aku. Hanya padamu ku memohon. Amin.



Perginya Seorang Sahabat

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.



" Tiada Ungkapan Perpisahan Dalam Persahabatan 
Walaupun Maut Menjadi Noktahnya. 
Kerana Seorang Sahabat Itu Terlalu Istimewa
 Dalam Doa Saudaranya Yang Lain 
Biarpun Tanpa Bayangnya "



10 tahun dah berlalu. Tapi semua kenangan bersama masih tersemat abadi dalam diri. Setiap yang hidup pasti akan mati, cuma takdir dari Illahi yang menentukannya.

Hanya doa yang dapat dihulurkan buatmu disana. 
Insyallah kita bakal bertemu di syurga. Amin. 
Semoga kau berbahagia disana dan ditempatkan ditempat yang terbaik buatmu. 


Al-Fatihah
10.04.2003 - 10.04.2013
Allahyarham Meor Muhammad Syazani Bin Meor Hamzah



Petua Menawan Hati Pasangan

Assalamualaikum. Salam sejahtera you all.


Aishh. Sampai bila la nak membujang ni kan. Mungkin sesetengah orang kata sebab memilih sangat. Bukan memilih tapi masih tak dapat yang benar-benar sesuai untuk diri. Ada yang suka tapi I tak berapa suka. kalau dah tak suka macam mana nak hidup sesama kan. Mungkin masa akan menentukan segalanya atas kehendak-Nya dan atas keizinan-Nya. Insyallah. Amin.

Ni ada kakak sekerja yang baik hati dok share petua you all. Petua untuk orang bujang-bujang ni. Kalo rasa nak cuba, silakan. Hehehe. Selamat mencuba nasib yea.. =)







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...