Pages

Showing posts with label Kerja. Show all posts
Showing posts with label Kerja. Show all posts

Mulaan Kerja

Assalammualaikum. Salam Sejahtera You All.



Setiap pagi setiap hari bekerja, itu lah yang bakal terpampang apabila I nak mulakan kerja. Kata kata semangat untuk bersabar dan berani. Almaklumlah ujian dugaan sentiasa ada untuk kita hadapi kan. So semua tu harus dihadapi untuk membuatkan kita lebih matang.

Selamat Bekerja You All..

Maaf

Pagi-pagi dia dok garang-garang tinggi suara. Siap jerit " Nadia... Call Anas Digi tu sekarang ". Terkejut i tau. Tapi takde la terasa mana pun sebab mungkin mood pagi semalam sangat baik dan indah. Hahaha.

On the way balik kerja dalam pukul 7pm, tetiba ada call. Bila handphone berada di dalam beg yang penuh dengan seaneka benda, agak jenuh nak mencari kan. Tengok-tengok dia call. Ada apa lagi ni. Dah la tengah nak mendaki bukit, payah kot nak drive. Dengan sebelah tangan pegang phone, sebelah nak pegang stering and gear (almaklumlah kereta manual) and nak naik bukit lagi. Arghhh saja nak mencabar krebiliti bawa kereta kan.

Dengan baik hati, phone dijawab juga.

" Assalamualaikum "

' Waalaikumusalam. Ada kat mana.? Dah sampai rumah ke belum ni.? '

" Belum lagi, on the way. Tengah nak mulakan mendaki bukit ni ha. Kenapa.? "

' Lambatnya balik dah pukul 7 kot. '

" Haah lambat. Banyak benda nak kena buat kan. Banyak salah kan. "

' Alaa.. Sorry yea. Maaf sesangat sangat sangat '

" Sorry sebab apa pulak dah.? "

' Yea sorry minta maaf sangat sebab pagi tadi. '

" Ha.? *Jenuh dok pk sebab apa pagi tadi sampai kena minta maaf ni * "

' Yea la pagi tadi terkasar termarah kan. Pasal masterlist Digi tu. '

" Ya Allah pasal benda tu pun nak minta maaf ke. Nadia takde hal la.
*Ikutkan memang xde terasa pun sebab I know the situation sekarang dan memasing kelam kabut* "

' Apapun sorry sesangat tau. Bla bla bla bla..... (Panjang berjela penerangan dan luahan perasaan). '

" Okey-okey takpela takde hal la. Bla bla bla bla....... (Jawapan yang panjang berjela pulak) Hehehe. "


Perbualan berterusan sehingga sampai rumah dan sehingga drama kegemaran kat TV3 tu habis. Nampak tak sesi luahan perasaan tu. Benda kecik je tapi dok citer sampai tak sedar. Apapun I salute la sebab seorang lelaki yang takde perasaan tu boleh siap minta maaf sebab benda kecik berkenaan dengan kerja. 

Kekadang bila seorang lelaki yang meminta maaf kerana hal kecil terasa seperti lain macam kan. Tambah-tambah kalau kita yang perempuan ni takde terasa dengan apa yang dah terjadi. Kalau memang I ada terasa memang MAAF tu diperlukan. Hehehe. 

Dan sebenarnya MAAF itu amat diperlukan jika kita sedar yang kita ada melakukan kesilapan dan kesalahan walaupun sekecil zarah. Dan maaf itu ada ubat bagi hati yang sedang sakit. 




Bertemuduga Dengan SPA

   Assalamualaikum, salam sejahtera you all.




Alhamdulillah bebaru ni I dapat panggilan temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Awan (SPA) bagi jawatan penolong pegawai tadbir gred N27.

Mungkin ada sesetengah tu dah lama dah dapat panggilan interview ni kan. Tapi I tak sangka I dapat sebab I  adalah seorang insan yang malas nak update SPA dan I rasa entah zaman tok kaduk mana I ada SPA entah. Dah la email untuk SPA ni passwordnya tak hinggat. Mungkinrezeki nak merasa interview untuk SPA kot kan tu pasal dapat juga bukak email ni dengan usaha gigih mengingat password. Tapi dorang pun ada hantar surat kat rumah so tak la gabra sangat kalau tak boleh bukak email kan. Hehehe.

Pengalaman interview SPA sangat la berbeza. Walaupun dah banyak gak interview tapi tak sama. Mungkin sebab ianya government kot. Walaupun gementar sakan dengan ramainya manusia interview tapi alhamdulillah semuanya baik. Bab gagap-gagap sampai tak boleh jawab tu jangan kata la memang ada kot kan, lumrah.

Apapun hope everything will be okey. Kalau ada rezeki insyallah dapat la kan. Amin.


Any Job Vacancy.?

Assalamualaikum. Salam Sejahtera You All.


Macam mana hari-hari you all semua.? Baik-baik kah. Harap semuanya berjalan dengan baik yea.
I pulak lately macam biasa agak sibuk. Sibuk dengan kerja semestinya la kan. Sibuk dengan hal-hal lain pun sama jugak.! Kerja kerja jugakkan, enjoy kena jugakan kan. Tu yang dok busy tu. Hehehe.

Sekarang ni I dengan jayanya semangat mengemail, mengepost, mengisi segala vacancy yang ada dalam Malaysia ni tau. Bukan sebab tempat kerja ni tak best tapi sebab seorang perempuan cina tua a.k.a account manager yang ada kat office ni ha. Perangai mengalahkan bos. Bos punyala baik tapi cina tua ni perangai teruk tahap gaban. Sangat tak tahan dengan dia. Thats why sekarang dok usha usha kerja lain kot-kot ada rezeki tempat lain kan.

Tapi bila fikir secara rasional, rugi pulak nak berhenti. Company ni bagus ada potensi. Deal pun banyak dengan syarikat telekomunikasi yang besar-besar tu. Gaji pun dah ok, tempat tinggal diberi, bila api air company bayar, benda-benda lain boleh claims. Oh sangat menjaga kebajikan staff management ni. Semua staff pun sangat la best, macam kawan kawan je. Tapi tu la kerana cina tua habis I takde mood nak stay lelama kat sini tau. Kekadang time nak gi kerja dok teringat dia terus boleh spoil mood harian I tau.


Rakan sekerja yang sangat baik. =)

Dan sekarang I hanya mencuba cari job lain pulak. Mana tau rezeki kan. Tapi kalau dah rezeki kerja I memang dah tertulis kat Dynasynergy ni, I terima je. Tahan je la selagi mampu bertahan kan. Hope ada hikmah disebalik apa yang terjadi. Please doakan yang terbaik untuk I yea kengkawan.




Mesej Layang

Assalamualaikum. Salam Sejahtera You All.


Lately entah kenapa I jadi malas nak update blog ni. Mungkin faktor kesibukan kerja dan hal-hal personal kot. Tapi hari ni I nak update gak. Sebab dalam kesibukan bekerja ni I dapat satu mesej layang dari seorang hamba Allah yang membuatkan I tension and sakit hati je.

Mana tak sakit hati kalau dok mesej I macam sound I pulak. Ha udah kenapa minah meroyan tu entah la. Ni entah darimana dapat tahu account facebook I ni entah. Mesti stalker dari kawan-kawan kerja I ni. Sebab I macam tahu je dia kerja mana.




Ni antara apa yang dia sound I. Ni sikit je tau. Tu kat bawah tu berlambak lagi. I reply baik-baik, dia boleh pulak naik hangin sampai kutuk-kutuk I. Siap kutuk rakan sekerja I lagi. Masalah dengan I tapi pergi sangkut pulak dengan kawan-kawan kerja I yang lain. What.??

Mungkin dia ada masalah mental ataupun cinta tak dibalas. Hahaha. Beb I nak habaq mai yang we all kawan je. We all lepak selalu pun sebab dia kawan dengan colleague I tu. So selalu la lepak sesama and outing sesama. Masalahnya sekarang dia tu single mingle. Mana ada kekasih hati, tunang dan masih belum berkahwin.

Oh please la perempuan. Jadi la seorang perempuan yang bermaruah ok. Jangan disebabkan seorang lelaki awak jadi meroyan macam tu. Senang-senang je nak judge orang tanpa usul periksa. Ok.!!!



Bahasa Apakah.?

Assalamualaikum. Salam sejahtera.


Pening..!!!!!!!!! Pening sebab dok nak siapkan claim staff-staff company ni. Semua staff kat kL and Sabah Sarawak. Dah la nak audit dah bulan march ni. Oh hanya seminggu dua je lagi. Adoi pening.

Tapi dalam pening-pening tu terselit pulak satu resit claim dari staff KK. Ejaannya sangat la kelakar sampai I and officemate I ni dok gelak sampai ternangis-nangis.





Ha teengok particulars resit tu. SEKORU..?? PVG BUR PLAK.?? MATA BUR.?
Bahasa apakah itu kan. =)


The Belangs In The Office




Sama tapi tak serupa.! The belang in the office. Hahaha.
Tak perasan dalam kelam kabut nak ke tempat kerja, main sarung je kasut kan.
 Alih-alih rupanya shirt and kasut I sama tema. Belang.!
Segan pun ada bila pakai macam ni. Apa nak buat, dah pakai pun and dah lepas pun. 
Yang penting masih berpakaian kan. Hehehe. 
Lenkali before gi kerja make sure double check what you wear okey. =)


Cuti Approve.!

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua.

Selamat berhari Jumaat. Mesti ramai yang sangat sukakan hari Jumaat kan. Yea la hari terakhir untuk seminggu kan. Esok lusa dah cuti. Sangat best kalau bab cuti-cuti ni. =)

Next week ada dua public holiday. 12hb cuti untuk Deepavali and 14hb pulak cuti untuk Awal Muharram/Maal Hijrah. Conform ada antara tu yang ambik cuti sederet seminggu kan. Gila la lama you all cuti yea, sakan benor yea. 

I pun antara yang bakal berholiday sakan tapi tak la sederet seminggu tu. Hanya dapat cuti 12hb & 14hb November je. 16hb kerja balik. So sad tak dapat berholiday kat Ipoh seminggu sederet. Tapi its okey sebab masih dapat cuti walaupun I antara pekerja yang baru. Kekadang pekerja baru ni susah nak dapat cuti kan tapi alhamdulillah this company sangat okey. I like it.!



Jadi, kepada yang akan balik ke kampung halaman sebentar lagi/hari ini (Saya La Tu) dan bakal pulang ke kampung halaman nanti, berhati-hati lah yea. Semoga perjalanan kita selamat. Dadadada..


Malam Masa Untuk Tidur Okey!!

Assalamualaikum And Salam Sejahtera You All.

Apa yang you all sedang lakukan memalam macam ni.? Mesti ada yang dah tidur kan. I still tak tidur lagi. Sebab.? Sebabnya I kena siapkan kerja yang menimbun. Esok rabu after office hour I bakal pulang ke kampung halaman tercinta itu. Ipoh tunggu I yea. Hehehehe.

So di sebabkan Jumaat public holiday sempena Hari Raya Aidiladha so Khamis I apply cuti sebab nak bakar lemang, rebus ketupat, masak rendang kari semua. Lemang, ketupat, rendang la sangat kan. Nak spend time lama sikit kat rumah I la you all. Home sick tau. Lepas raya haritu sampai sekarang tak balik Ipoh lagi tau. My family yang rajin datang kota metropolitan ni.

So disebabkan bakal berholiday Khamis ni so I kena siapkan all the work yang menimbun ni dengan segera dan jayanya. Rabu before 5pm I mesti siap hantar invoice kat Sapura, kena siapkan report, siapkan all the account statement and all the work



Jawabnya kerja yang nak kena submit tu kena bawa pulang ke rumah la jawabnya kan. Sepanjang I bekerja tak pernah lagi bawa balik kerja and siapkan kat rumah. 2tahun lebih kerja and this is first time I do like that. Nampak sangat rushing siapkan kerja yang berlambak ni kan. Bagi I kerja office hanya di office, kat rumah tempat istirehat. Tapi ni dah emergency so terpaksa.

Puncanya lagu tu sebab mood nak balik Ipoh sangat membuak-buak-buak. Ok finish berceloteh, now kena sambung siapkan kerja. So kepada you all yang nak tidur tu good night and sweet dream. =)


3 Bulan Yang Manis


Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera You All.



“Allah menghapuskan apa jua yang dikehendakiNya dan Ia juga menetapkan apa jua yang dikehendakinya. Dan (ingatlah) pada sisiNya ada 'Ibu segala suratan'.” 
[13:39]


Bagaimana hari-hari you all.? Hope semuanya okey la yea. Mana yang tak berapa okey dan kurang berjalan dengan lancar tu, usaha di keesokan hari supaya ia boleh bertambah baik dari hari sebelumnya. Insyallah jika usaha dilipat gandakan dengan diiringi doa, pasti semuanya berjalan dengan baik.

Macam I juga. Hari-hari berdoa agar jalan yang I pilih dan bakal pilih nanti adalah jalan yang terbaik untuk diri dan hidup I. 

Dan harini 16 October 2012, genap sudah 3 bulan I hidup sendiri di perantauan dan cukup 3 bulan I kerja di tempat baru. Macam dah 3 tahun pulak kan. He3. Mula-mula before nak accept this job, banyak I fikir, macam-macam. Sebabnya I tak pernah hidup sendiri di luar Ipoh selama 25tahun. Before ni I still tinggal with family, dari belajar sampai kerja masih di Ipoh. Oh so obsess.


"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.."
[2:286]


Disebabkan kesungguhan my ayah suruh terima job kat Kuala Lumpur ni, tanpa kerelaan hati I terima juga job ni. Dan mulanya I cakap kat my parent yang I akan try dalam sebulan, kalau okey I extend sampai 3 bulan dan if okey jugak I akan extend sampai ada peluang lain yang lagi baik ni. Dan harini cukup sudah 3 bulan I kat sini dan I still okey dan boleh hidup berdikari sendiri tanpa family disisi. Alhamdulillah I dah rasa confident hidup bujang disini dan I rasa senang di kota baru ni. Satu kejayaan besar bagi I. Hehehehe. 

Dan insyallah jika semua ini adalah yang terbaik mungkin lagi lama la I kat sini jawabnya kan. Hope you all semua boleh berdoa agar apa yang I ada, apa yang I buat dan apa yang I terima dan bakal terima adalah suatu perkara yang paling terbaik untuk I. Amin. =)


“Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan."
[94:5-6]




Kerja Baru

Assalamualaikum you all.
Selamat Berpuasa bagi semua umat Islam.


Hari ni hari ke 23 I berkerja di tempat baru ini. Bukan setakat tempat baru tapi segala-galanya baru. Rumah baru, persekitaran baru, kawan baru, kejiranan baru, segalanya baru la. Penghijrahan la katakan. He3.

Alhamdulillah setakat ni I boleh accept environment di tempat kerja ni. Rakan sekerja pun best, bos pun baik, project manager sporting dan kerja pun boleh tahan. 

Cuma sorang je yang I tak berapa berkenan sebab dia suka-suka je nak marah orang, suka-suka hati dia nak bising-bising. Yang tak bestnya tu kadang-kadang salah tu salah berpunca dari dia sendiri. Nak tutup malu dia boleh pulak nak bising mengomel kat orang lain. Buruk perangai kan. 

Dan kerja pulak. Emm not bad. Buat masa ni memang banyak tak terkata. First day haritu pun meja dah penuh. Belum habis kerja dibuat dah sampai sekotak lagi. Aishh kalau sampai itu senang takpe la jugak kan, ni semua nak main selak schedule bagai. Dapat pulak schedule macam buku text je tebalnya. Ish memang mencabar sanubari betul lah.


Minggu pertama dah kena main selak-selak file lama untuk rujukan. Masalah besar I adalah nak mencari nama site dan jenis kerja. Kalau dalam Semenanjung je tak pe ni Sabah Sarawak pun I kena buat. So serabut.


Meja I cuma cun melecun bila nak balik je. Sebelum time balik meja rupa tongkang nak pecah. Almaklumlah pekerja berwawasan katakan. 


Dan yang paling terbaru my work kena reject dengan Sapura, company yang I handle DO/Invoice nya. Adoi reject sebakul kot. Kalau sekeping dua sedap sikit hati kan, ni main berbakul. Hahahha. Tapi its okey sebab pengajaran dan project manager I pun salah sebab dia salah bagi information. Sama-sama bersalah. =)

Apa pun yang I kena terima sebab semua ni demi masa depan kan. Sekali sekala ubah haluan dan angin apa salahnya kan. Berusaha demi kebaikan diri. ;)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...