Pages

Showing posts with label Jodoh. Show all posts
Showing posts with label Jodoh. Show all posts

Kebahagian



Ya Allah Ya Tuhanku.

Aku bersyukur dengan nikmat yang telah Engkau berikan kepadaku sekarang ini. Kasih sayang yang sukar digambarkan. Walaupun begitu banyak dugaan ditempat kerja yang Engkau berikan kepada ku sejak kebelakangan ini tapi Engkau telah berikan aku satu nikmat kasih sayang yang mampu membuat aku tersenyum lega. Dan mampu membahagiakan aku seadanya. Aku bersyukur dengan ada nya kasih sayang itu, aku mampu menerima segala dugaan yang datang itu.


"Ya Allah, bantulah hati ini memahami, 
menghayati dan merasai keindahan takdirMu. 
Jadikanlah aku hamba yang sebenar-benarnya hamba."


Aku berharap apa yang aku miliki sekarang ini akan berkekalan. Dan kebahagian yang ada ini akan terus berkekalan bersama aku. Hanya padamu ku memohon. Amin.



Benci Jadi Sayang

Assalamualaikum. Salam sejahtera you all.


Dari Abu Hurairah RA, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda:
 “Cintailah orang yang engkau cintai pada tahap yang sepatutnya, 
boleh jadi suatu hari nanti dia akan menjadi orang yang engkau benci. 
Bencilah orang yang engkau benci dengan sepatutnya, 
boleh jadi suatu hari nanti dia akan menjadi orang engkau cintai.”


Dari perasaan benci jadi sayang.? Oh parah parah. Hahahaa. Tapi betul perkara macam tu memang banyak terjadi. Memula punya la benci and tak suka dengan seseorang tu sampai apa saja yang ada kaitan dengan orang tu mesti jadi tak suka.

Semua tu lumrah dalam kehidupan manusia kan. Tak boleh lari. Cuma terasa malu sebab memula sangat la benci dan tetiba perasaan benci tu boleh bertukar jadi sayang. Sayang sehingga timbul perasaan cinta. Parah la kalau macam tu kan. Adoii masalah-masalah. Hati you suka memainkan perasaan orang kan. Kesian we all tau..

So kepada you all semua, harap janganlah terlalu membenci seseorang kerana kemungkinan orang yang kita benci itu akan menjadi orang kesayangan kita. Dan kepada I sendiri, please la kawal perasaan benci itu wahai Cik Nadia. Arghhhhhh...


Duda Boleh Tak.?

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera You All.


Bila sembang pasal kahwin-kahwin haritu tetiba terfikir, adakah I akan dapat apa yang I nak ataupun apa yang I inginkan. Terutama ciri-ciri yang kita dah set dalam mind kita. Mungkin ada yang nak macam tu la, macam ni la, macam-macam la kan. I nak yang tinggi, tinggi dari I.!!! Hehehe. 

Walau macam mana pun yang kita impikan itu kemunginan kita dapat dan kemungkinan besar juga tak dapat. Rahsia Maha Esa siapa pun tak boleh elak kan. Dia yang tentukan mana yang terbaik untuk kita. Buruk baik seseorang itu bukan letak pada rupa parasnya tapi hatinya, dalaman nalurinya okey.



Macam friend I sis Najiah dia kata 'Laki orang jangan yea'. Hahaha. Tapi kalau bekas laki orang boleh tak kakak.? Hehehe.. Kita hanya merancang je tau. Segala-galanya ditangan Tuhan. Itu yang pasti. =)


Jodoh Pertemuan Ditangan Tuhan.

Assalamualaikum. Salam Sejahtera Semua.


Bila pulak nak merasa nasi minyak ni.?
Umur tu dah 25tahun tu, bila lagi.?
Turn wedding kamu bila pulak Nadia oi.?
Asyik gi wedding orang je, wedding sendiri bila pulak.?


Haa, amacam ada tak yang mengalami situasi atau pertanyaan diatas.? Ni lah soalan-soalan yang sering I dapat tau. Pantang jumpa saudara mara sepupu sepapat sekaum sekeluarga, mesti soalan cepumas ni wajib I  dapat. Jawapan dia jangan kata, bermacam-macam ada tau. Hehehe.


“Sometimes the questions are complicated and the answers are simple.” 


Masalah sangat ke you all.? Sedih tau. Siapa taknak kahwin kan, semua nak tapi apakan daya takde lagi jodoh yang sesuai. Kawan ramai la tapi yang nak sehidup semati takde lagi, so how.? Kita perempuan takkan nak terhegeh-hegeh kot. Oh its not me la.

Kekadang ada yang nak tapi terasa dia bukan yang terbaik. Bukan memilih tapi perlu buat pilihan. Pilihan yang membabitkan hidup, percaturan hidup sendiri. Salah pilih punah hidup you all. 
Ada yang kita suka tapi kita belum tahu dia suka kita ke takkan. Takkan perempuan pulak nak propose lelaki. Eidak la teman. Huhuhuhu.

So tunggu je la. Insyaallah jika diizinkan dipermudahkan olehNya ada la yea. Kita siapa nak tentukan itu semua. =)


“Maha Suci Tuhan Yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan, samada dari yang ditumbuhkan oleh bumi atau dari diri mereka ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya.” 
(Surah Yaa Sin : Ayat 36)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...