Pages

Lee Dong Wook Diawangan

Salam. Hai you all.






Wahh. Tetiba entry ni mukadimahnya picture lelaki handsome itu kan. Bukan main lagi. Ala you all sekali sekala pembukaan dengan cucian mata macam ni.

Okey jejaka yang handsome ni sebenarnya pelakon korea. Lee Dong Wook namanya kot. I saw dia masa dok layan cerita korea, My Girl. (Sejak bila kau suka cerita korea ni cik nadia oii). Memang tak minat pun cerita-cerita korea ni. I terlajak tengok sebab my sis la. Dia peminat setia/fanatik dengan segala bagai pasai korea artis ni. Sekarang my sis tengah bercuti so hari-hari dia bukak cerita korea, korea, korea dan korea. Sebelum tidur pun dok layan drama korea dalam bilik sampaikan I pun dok nganga tengok sekali. (Kau memang kejam wahai adik)

Nak di jadikan cerita la ni I pun dok layan drama satu tu. Drama My Girl. Salah satu sebabnya I tengok adalah kerana jejaka dalam gambar diatas itu. Sumpah handsome. Jenuh dah berangan masa tengok Lee Dong Wook ni berlakon dalam drama My Girl tu. Hehehehe.

Biasa la perempuan kan. Kalau dapat nengok lelaki handsome sikit udah berangan sana sini. Syok bagai. Lumrah perasaan apa nak di katakan. Free je you all kalau nak berangan kan. 

If you all nak layan cerita korea My Girl ni, you all boleh la usha link ini okey. Selamat menonton sayang-sayang semua. =)


Dindacahaya VS Thedindacahaya


Sedih hati tau bila usha-usha blog lama yang telah di godam dengan jayanya oleh insan tak sihat mana entah. Tension tension. Apa nak buatkan benda dah jadi. Terima je la dengan redha kan. (Redha la sangat)

Before ni blog I ialah DINDACAHAYA and kalau you all perasan nama blog baru ni lebih kurang sama dengan yang lama kan. Bukan apa I sayangkan nama blog tu so tak salah I guna balik nama yang sama cuma  ada penambahan sikit di awal nama. Blogger tetap orang yang sama okey. 

 Now I akan concentrate to new baby THEDINDACAHAYA. Wish me to rajin rajin update entry okey. Semoga lebih menarik dan tertarik. Insyallah. Sayang you all semua. Mmmuuuaaahhh.


Quote 1



Blog Disabotaj



Amacam ada berani.?

Ni lah salah contoh reaksi I pabila blog I DINDACAHAYA kena hack ataupun lebih mesra kena SABOTAJ okey. Terkilan rasa hati tau. Rasa nak baham laptop pun ada masa tu. (Kalah badang ni)


You all bayangkan you all dengan semangat waja untuk mengupdate blog, login bagai tup tup error. Apa kejadahnya semua tu. Beratus kali ada I dok mengodak godek blog, email semua. Siap pinjam laptop jiran tetangga lagi untuk cuba. (Ok itu tipu). Sumpah nangis masa tu. Mana taknya kan. Sedih terkilan bagai la.

Putus asa dibuatnya. Sampai masa tu nak resign daripada dunia blog memblog terblog ni. Berminggu jugak la I buat do no je dengan dunia blog ni. (Tanda protes okey)

Tapi tak tahan pulak rasanya nak menaip ni. Dah rasa macam ia satu diari kehidupan pun ada. Dok story pasal apa yang kita buat seharian.

Dan setelah hilang rasa nak protes itu, I buat come back dengan bloh kedua ini. Rajin kan. Hope ada yang masih sudi jengah blog I ini. 


Pesanan pada diri sendiri : After this nak rajin tukar password.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...