Pages

Izinkan Saya Berzina Dengan Anak Pakcik?

P/s - Entry ni agak panjang so sabar la membaca yea you all semua. Jangan gopoh gapah sangat.  =)


Gadis : Masuk lah dulu, jumpa dengan ayah saya
Teruna : Boleh ke?
Gadis : Masuk je lah, saya nak siap

Menyusup masuk si teruna melalui pintu utama. Pintu yang siap terbuka mengaluka-alukan kedatangan si Teruna.

Teruna : Assalamualaikum.
Bapa G : Waalaikumusalam.

Melihat pada lantangnya suara bapa si gadis, terus si teruna kaku membatu. Lantas si gadis menarik tangan si teruna menyedarkan dari lamunan itu.

Gadis : Mari, duduk kat kerusi
Teruna : Eh.

Setelah tangan dihulur dan salam bertaut, duduklah si teruna di kerusi hampir menghadap bapa si gadis. Hanya surat khabar yang menjadi tabir antara mereka.

Bapa G : Nak jalan kemana hari ni?
Teruna : Bandar je cik, dia nak carik barang katanya. Barang apa tak tau lah saya
Bapa G : Oh..
Teruna : ??

Hampir 5 minit senyap tanpa suara. Dan ibu si gadis keluar dari tabir ruang utama dan ruang belakang membawa air serta biskut kering. Si teruna senyum kelat.

Ibu G : Minum la ni sikit. Kamu sudah sarapan?
Teruna : Ehh. Sudah cik. Terima kasih.
Ibu G : Kamu malu-malu pula dengan kami.
Teruna : Segan cik. Hehe
Bapa G : Bila kamu nak hantar rombongan?
Ibu G : Eh. Apa ayahnya ni?
Teruna : Ehh. Duit takde lagi. Hehe
Bapa G : Kamu bawa anak kami kehulu-kehilir. Apa orang kata nanti
Teruna : (Eh. Malu ngan orang ke malu ngan Allah, lagi takut orang kata dari Allah yang menghukum) Kami naik kereta je cik, tak de la nampak berkepit sangat. Boleh saya tanya cik sikit?
Bapa G : Boleh takda masalah
Teruna : pakcik ngan makcik nak letak wang hantaran berapa ye?
Bapa G : Kalau boleh 20 ribu
Ibu G : Ehh. Tak kisah la, tapi kalau boleh acik nak lebih tinggi sikit dari orang sebelah ni
Teruna : Berapa tu cik?
Ibu G : Dalam 25 ribu ke atas dan dulang 25 keatas pihak lelaki.
Teruna : (Amboi, ko melantak dulang ke ape? Wuhaa.. 25 ribu. Mana nak dapat, aduh) Tingginya acik, tak boleh rendah lagi ke?
Bapa G : Itu nasib kamu la, kamu yang nak kat anak kami. Lagipun dialah satu-satunya anak perempuan kami, kene lah market sikit. Nak grand-grand camtu.

Si teruna hampir hilang akal apabila disebutkan harga si gadis itu. Dan si teruna cuba berbincang untuk merendahkan harga si gadis.

Teruna : Nak tanya lagi, kenapa anak acik tak pakai tudung?
Bapa G : Itu kenalah tanya maknya
Teruna : (Ehh. Boleh pas-pas pulak dah)
Ibu G : Ehh. Awak lah. Apa pulak saya. Awak yang sepatutnya didik anak
Bapa G : Saya kan kerja. Mana ada masa
Teruna : (Pulak dah, gaduh nanti) Ehh-ehh. Makcik pakcik. Kita lupakan dulu soalan tadi sebab kalau ikut makcik pun tak tutup kepala jugak. Maksudnya lebih kurang jugaklah. Nak Tanya lagi, anak acik pandai masak?
Bapa G : Haram. Tau-tau bangun tido pukul 12 lebih, bukan bangun pagi dah tu. Bangun tengahari. Terus makan tengahari.
Ibu G : Apa la ayahnya, orang ni nak buat anak kita bini, dia cerita buruk-buruk pulak.
Bapa G : Maknya pun sama suka bangun lambat juga.
Ibu G : Abahnya!
Teruna : (Kah kah kah. Bengong. Camtu pun nak cerita) Ehh.. acik sekarang saya dah tau. Okeh. Soalan lagi. Boleh tak dia baca quran?
Ibu G : Boleh sikit-sikit kot
Teruna : Kali terakhir bila?
Ibu G : Darjah 1 agaknya.
Teruna : Hhmmmm.
Ibu G : Kenapa?
Teruna : Takda apa makcik. Soalan cepumas. Dia solat tak?
Bapa G : Apa motif kamu tanya semua ni. Dia kan selalu ikut kamu. Kamu tau la.
Teruna : Kalau kat luar saya ajak dia solat, dia cakap datang bulan. Hari-hari datang bulan. Dia tau solat atau tak?

Hampir terkedu si bapa dan si ibu. Dan pada raut wajah mereka berdua terdapat tanda-tanda kemerah-merahan menahan amarah.

Teruna : Boleh saya sambung lagi. Dia tak reti masak, tak reti solat, tak reti mengaji, tak reti nak tutup aurat sebelum dia jadi bini saya lagi. Dosa-dosa dia terang-terang pegi kat makcik ngan pakcik. Lagipun tak berbaloi harga 25 ribu untuk dia. Lain lah dia ni hafizah, 30 juzuk dalam kepala, bertutup litup habis dari bawah sampai ke atas dan tau jaga batas, haa.. itu barulah berbaloi 100 ribu pun saya sanggup bayar. Tapi orang macam tu kalau kahwin mereka memilih untuk serendah-rendah mahar. Sebab sebaik-baik perkahwinan adalah serendah-rendah mahar. 

Mata bapa si gadis direnung tajam oleh mata ibu si gadis. Keduanya senyap tanpa suara. Ketiga mereka menundukkan kepala. Lumrah adat untuk menjadikan anak perempuan untuk dijadikan objek pemuas nafsu hati menunjukkan kekayaan serta bermegah-megah dengan apa yang ada. Terutamanya pada majlis perkahwinan. Adat mengatasi agama. Dibiarkan anak perempuan dihias dan dibuat pertunjukkan di khalayak ramai. Sedang pada waktu itu akad telah dilafaz si suami, dan segala dosa anak perempuan sudah mula ditanggung oleh si suami. Amatlah rugi. Mahar berpuluh ribu dibayar pada isteri dan sepatutnya hanya si suami seorang yang berhak melihat, tetapi pada hari pertama perkahwinan iaitu semasa persandingan sahaja berpuluh ribu mata yang melihat si isteri. Seolah-olah si suami membayar mahar untuk mereka sekali.

Bapa G : Tapi kan,  pakcik nak anak pakcik rasa sekali. Benda seperti tu kan sekali seumur hidup.
Teruna : Pakcik nak anak pakcik rasa ke pakcik yang rasa grand?
Ibu G : Tentulah kami berdua pun turut gembira.
Teruna : Yeake? Saya sambung lagi ya. Acik, saya bukan apa. Sekarang dosa anak pakcik, pakcik yang tanggung. esok lusa lepas akad nikah terus dosa dia saya yang tanggung. pastu pakcik nak buat bersanding pulak. Setiap mata yang memandang saya akan dapat dosa. Lagilah saya berdosa sangat-sangat. Ibu si gadis segera mengambil langkah mudah dengan menarik diri daripada perbualan itu. Si ibu tahu, si teruna bercakap menggunakan fakta islam. Dan tidak mungkin ibu si gadis dapat melawan kata si teruna itu.
Bapa G : Kau memandai pulak nak cakap agama ngan kami.
Teruna : Ehh. Sory pakcik. Bukan saya nak cakap pasal agama. Tapi itulah hakikat sebenar. Kita terlalu pandang pada adat sampai lupa agama.
Bapa G : Camni lah. Kamu sediakan 25 ribu, dengan 31 dulang. Kalau takde, kamu tak boleh kahwin dengan anak aku!
Teruna : Lama lagilah camtu. Dalam umur saya 30 lebih, baru dapat masuk meminang. Kalau camtu pakcik, ‘Izinkan Saya Berzina Dengan Anak Pakcik’?
Bapa G : Hoi! Kau dah melampau, ko baik-baik sikit cakap tu. Jangan main sedap mulut je.
Teruna : Dengar dulu penjelasan saya pakcik. Pakcik tau tak apa sebab orang berzina dan banyak anak luar nikah? Sebab benda nil ah pakcik. Selalu ibu bapa perempuan yang meletakkan berpuluh ribu ringgit sampai pihak lelaki terpaksa menangguh hasrat untuk berkahwin. Tetapi cinta dan nafsu kalau tidak diiringkan dengan betul, syaitan yang jadi pihak ketiga untuk menyesatkan manusia. Akhirnya mereka mengambil jalan pintas memuaskan nafsu serakah dengan berzina. Mula-mula memang ringan-ringan dahulu pakcik, pegang-pegang tangan, peluk-peluk, pegang pinggul, dan sebagainya. Tapi lama-lama jadi berat-berat. Yang berat-berat tu pakcik sendiri pun boleh bayangkan.
Bapa G : Apa kaitan kamu nak berzina pula?
Teruna : Yealah. Dah pakcik tak bagi kami kahwin sekarang, biar ada duit dulu baru boleh kahwin. Kami nak lepaskan nafsu camna pakcik? Tiap hari saya tengok dia, dia tengok saya. Susah pakcik. Nafsu. Sebab tu saya dengan rendah hati minta izin pada pakcik untuk berzina ngan anak pakcik. Apa yang penting pakcik tahu yang saya dan dia nak berzina. Sebab rata-rata orang yang berzina ni ibu bapa tak tau. Nampak je biasa-biasa sedangkan da berzina. Err.berzina bukan sahaja yang ehem-ehem je. Ada yang zina-zina ringan. Tapi sebab ringan tu yang akan jadi berat.
Bapa G : Hhmmm. Kamu ni peliklah. Nasib baik pakcik cool je. Kalau orang lain, dah lama angkat parang. Tapi kalau takde duit, camna kamu nak bagi dia makan
Teruna : Pakcik. Pakcik lupakah dengan apa yang telah Allah bagitau.

“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, Dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, Lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.” (an Nur 32). 

Teruna : Takkan la kita tak yakin dengan apa yang Allah janjikan. Lagipun pakcik, kalau makan dan minum tu insyaAllah, berdaya lagi untuk saya beri pada dia. Tempat tinggal tu kita boleh bincang lagi. Kalau benda ni boleh menghalang kami dari melakukan perkara dosa dan sia-sia. Baiklah disegerakan. Pakcik pun tak mau perkara-perkara tak elok kan. 

Senyap tanpa kata bapa si gadis, merenung kata-kata si teruna. Segera bapa si gadis memikirkan cara untuk mematahkan kata-kata si teruna. Dan bapa si gadis mendapat akal.

Bapa G : Kamu tau la zaman sekarang ni. Kalau ikut cara kamu tu. Mungkin kamu tak suka dengan persandingan, pakcik boleh terima. Tapi kamu kena la ambil kira apa orang lain yang akan kata. Tau-tau orang akan mengata anak aku kena tangkap basah dan kena nikah paksa dengan kamu. Mana nak letak muka ni.
Teruna : B juga cadangan pakcik tu. Kena tangkap basah 2 ribu je denda. Kat Malaysia takde hudud, dan kalau untung. Boleh nikah masa tu jugak. Bagus-bagus.
Bapa G : Serius lah sikit.
Teruna : Betul dah tu pakcik. Hehe. Tapi pakcik, saya tak kata pun takde walimatul urus. Sedang walimatul urus itu perlu untuk hebahkan yang anak-anak dah kahwin. itu cara islam. Ok. Tapi yang tak oknya, bersanding tu ha. Kesian saya pakcik, saya seorang bayar mahar untuk anak pakcik, orang lain pun dapat tengok. Siap kalau berhias secara berlebihan dan orang lain yang lihat menaikkan nafsu syahwat mereka, saya yang berdosa pakcik. Saya yang tanggung dosa dia. insyaAllah pakcik. Kita bukan nak buat apa pakcik. Syariat memang camtu. Maha baiknya Allah sebab jaga kita selama ini, tapi benda remeh-temeh camni pun kita masih pandang ringan dan kita tak menjaga apa yang telah Allah janjikan. Susah lah camtu pakcik.,Sory lah pakcik kalau ada kata saya yang membuat pakcik kurang senang ngan saya. Segala-galanya kita serah pada Allah, kita merancang je. 

Azan zohor berkumandang, jaraknya tidak sampai 10 dari surau berdekatan rumah si gadis. Si teruna memohon untuk ke surau dan mengajak bapa si gadis untuk pergi bersama. Namun ajakan ditolak dengan lembut. Lantas memberi salam dan memohon untuk keluar. Di birai tingkap bapa si gadis melihat si teruna mengeluarkan kopiah dari poketnya dan segera di pakainya. Masuk ke dalam kereta dan hilang dari penglihatan bapa si gadis tadi. Sedang si gadis yang sedari tadi berdiri di balik tirai bersama ibunya menitiskan air mata mendengar luahan kata-kata si teruna terhadap ayahnya. Tudung pemberian si teruna sebagai hadiah pada hari jadinya yang lepas digenggam erat. Ibu si gadis juga menitiskan air mata melihat pada kelakuan anaknya. Segera ibu dan si gadis ke ruang tamu menghadap ayahnya.

Ibu G : Apa yang budak tu kata betul. Kita ni tak beratkan pada agama selama ni. Kita sambil lewa abahnya.
Bapa G : Hhmmmntahlah, tak tahulah saya. Keras betul budak tu kata tadi. Satu-satu kena. Dia pesan tadi, suruh bersiap, lepas zohor dia amik kamu.
Gadis : Takde mood nak pegi la ayah. Ntah..

Si gadis terus mencapai telefon bimbitnya dan menaip mesej.

Si teruna yang selesai mengambil wuduk tersenyum apabila membaca mesej yang baru sahaja diterima daripada si gadis

“Andai Allah telah memilih dirimu untukku,
Aku redha dan akan terus bersama mu,
Aku juga akan terus pada agama yang ada padamu.” “ : )”

“Petang ni takde mood nak keluar, Sory.

Minggu depan ayah suruh hantar rombongan.


************************************* @_@ **************************************


Tersentuh jugak kan baca benda ni. I dapat dialog ni dari laman sosial Facebook. Tak tahu siapa penulis dan dari mana idea dialog ni ditulis. Tapi its good sebab realiti. 

Betul kata-kata dialog ni dan memang benda ni ada terjadi di kalangan kita-kita ni. Kadang-kadang kita terlepas pandang apa yang patut dan apa yang tak patut. Semua di lakukan kerana kata-kata orang, takut akan kata-kata yang mencemuh. Lumrah manusia. So kita kena la fikir apa yang sepatutnya demi kebahagian semua pihak. =)





Doa Bertemu Jodoh


Gangnam Style Di Malaysia

Assalamualaikum.

Before ni orang dok kecoh-kecoh dengan K-Pop. Especially my sis and my lil bro. Habis hati dengan K-Pop nya. Semua benda pasal Korean dorang nak tahu and sangat mengambil tahu. Sampaikan my lil bro Nadim nak ikut trend pakaian ala-ala K-Pop. Kalau gi mall conform merengek nak beli baju stail korea walaupun baru umur 12 tahun. Tapi my mom memang tak kasi sebab tak sesuai lagi dengan usia dia.

My sis pulak tanya je pasal lagu korea, conform tahu. Siap hafal lagi. Kadang-kadang maksud lirik tu pun dia tau. Google translate katanya. Ni la bebudak zaman sekarang. Hehehehe..

Eh, tapi sekarang I dok dengar my lil bro and my sis sebut pasal gangnam style. Siap bersembang pasal Gangnam Style. Apakah itu.?

La setelah diselidik rupanya salah satu style dari Korea juga. Dianya lagu dengan gaya tarian yang lucu pun ada. Sekarang dalam radio pun dah banyak kali dimainkan. Selalu dah I dengar. Before ni memang tak tahu and tak pernah ambik tahu pun tapi bila dah dengar baru la tau.

Ni I selitkan video music Gangnam Style sebutan ramai ni. Layan..





Lirik Lagu - Ku Pilih Hatimu Ussy Ft Andhika Pratama


Ku pilih hatimu tak ada ku ragu
Mencintamu adalah hal yang terindah
Dalam hidupku oh sayang
Kau detak jantung hatiku

Setiap nafasku hembuskan namamu
Sumpah mati hati ingin memilihmu
Dalam hidupku oh sayang
Kau segalanya untukku

Janganlah jangan kau sakiti cinta ini
Sampai nanti di saat ragaku 
Sudah tidak bernyawa lagi
Dan menutup mata ini untuk yang terakhir

Setiap nafasku (setiap nafasku)
Hembuskan namamu (hembuskan namamu)
Sumpah mati (sumpah mati) 
Hati ingin memilihmu (ku milikmu)
Dalam hidupku oh sayang
Kau segalanya untukku ooh

Janganlah jangan kau sakiti cinta ini
Sampai nanti di saat ragaku 
Sudah tidak bernyawa lagi
Dan menutup mata ini untuk yang terakhir

Oh tolonglah jangan kau sakiti hati ini
Sampai nanti di saat nafasku 
Sudah tidak berhembus lagi
Karena sungguh cinta ini cinta sampai mati

Tolonglah jangan kau sakiti cinta ini
Sampai nanti aku tidak bernyawa lagi
Dan menutup mata ini untuk yang terakhir

Oh tolonglah jangan kau sakiti hati ini
Sampai nanti di saat nafasku 
Sudah tidak berhembus lagi
Karena sungguh cinta ini cinta sampai mati
Cinta sampai mati


*Video Music lagu ni you boleh klik sini okey. =)

Majlis Pertunangan

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Sebelah atas hantaran hasil tangan I. (Purple decoration)

Jangan ingat I pulak yang bertunang yea you all. Memang betul ada majlis pertunangan berlaku tapi itu adalah majlis my uncle. Uncle bongsu sebelah my mom. Majlis ni terjadi hari Sabtu time minggu ke-2 raya. Time cuti merdeka hari tu. 

Agak kelam kabut sikit sebab yang mendecorate barang hantaran adalah I. Dah la I dok WP sekarang kan. Semua tunggu I balik baru nak cari barang & mendecorate hantaran. Yang lain tak pandai nak buat katanya. Eh dorang ingat I pandai sangat ke.? Tapi boleh la sikit-sikit kan walaupun I kasar tahap gaban. Hehehehe..

Apa pun alhamdulillah I dapat buat walaupun tak sebaik and secantik hantaran orang lain buat. Jadilah, sekurang-kurangnya I ada jugak bakat mengubah sikit-sikit kan. Ini kali ke-3 I tolong mengubah hantaran tau. Mula-mula dulu I gubah hantaran tunang and kahwin uncle I, Ciek Pahiz. Memang menjadi jugak and then ni yang ke-3 kali I buat. Not bad la kan. Hahahhahaha..

Dah, kang panjang pulak entry ni cerita pasal ubahsuai hantaran. Jenuh you all nak membacanya kan. Jom layan sekeping dua picture pada majlis pertunangan my uncle, cu Rezza.










Semoga hubungan yang terjalin antara mereka akan berkekalan ke jinjang pelamin dan hingga ke akhir hayat. Insyallah. Amin.

Miss Them Very Much

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.




Dulu nampak mereka depan mata. Hari-hari jumpa, hari-hari bersembang, hari-hari ada je benda yang akan di buat bersama. Kalau tak jumpa time tengahari, malam conform jumpa. Apa pun mesti jumpa juga la.

Sekarang duduk dah asing-asing. Rumah lain-lain. Mereka di utara I di Selatan. Itulah hakikat hidup kalau nak berjaya. Kalau nak timba pengalaman kena la bekorban sikit kan, bila lagi nak majukan diri sendiri kan.




Ni lah hakikat I sekarang. Tak sampai setahun pun lagi kerja dalam negeri Metropolitan ni tapi dah rasa macam bertahun-tahun duduk tinggal kat sini. Inilah harga yang I perlu bayar untuk buat hidup I lebih baik dari sebelumnya. Kerana keyakinan dan kesungguhan mak ayah, I di sini sekarang. Tak sampai hati nak tolak permintaan mereka. Mereka lebih tahu mana yang lebih baik untuk anak mereka kan. Dan I rindukan mereka, rindu sangat-sangat. Love them so much.!!


Si Kecil Danish

Assalamualaikum.
Salam Sejahtera You all.

Orang duk sibuk-sibuk nak beropen house kat rumah my uncle and aunty, tup-tup kena tolong jaga anak dorang sebab both of them sedang sibuk menyiapkan "pembukaan rumah" sempena bulan Syawal ni. 

Haish.. Jenuh jaga budak sorang ni. Hyperactive sesangat tapi this time agak baik sebab diupah makan kek pisang kegemaran dia. Dan dengan baik hati telah memberikan pose untuk ditangkap gambarnya.

Bila nak take photo together dia boleh pulak lari. *Kejam kau danish*. So I menepek pictures dia je la kat entry ni. Gambar tuan punya blog terpaksa dikemudiankan demi anak sedara tersayang. =)








Hafiz & Dato' Siti Nurhaliza-Muara Hati (OST Adam & Hawa)

Assalammualaikum you all.
Sihatkan you all semua.? Harap sihat la yea.


La ni selalu sangat lagu Muara Hati berkumandang di radia. Bukak radio pergi kerja ada lagu ni, kat office bukak radia ada lagi lagu ni, on the way balik kerja bukak radio kereta ada jugak lagu ni, sebelum nak tidur pasang radio pun masih ada lagu Muara Hati berkumandang dengan shahdunya. Aishh memang tengah membuak-buak lagu ni. Lagu sedap katakan. Dapat pulak penyanyi yang menyanyikan lagu ni memang hebat belaka. Gabungan suara yang sangat cantik bagi I. Buat masa ni kalau dengar this song memang layan jugak la. Lagu tengah hot katakan tu yang layan je bila dok dengar kan. So bolehla layan sampai lebam, sampai telinga naik muak. Hehheehehee.. =)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...