Penghijrahan Bermula
Assalamualaikum. Salam sejahtera you all semua.
“Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum
sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka.”
( Ar. Ra’d ayat 11 )
Syukur Alhamdulillah dengan IzinNya I dah melakukan satu penghijrahan yang wajib dilakukan oleh semua wanita beragama Islam, menutup aurat.
Dan seperti sedia maklum sebelum ni I tidak bertudung kan dan alhamdulillah sekarang ni I dah bertudung. Penghijrahan yang dilakukan ini dengan kerelaan hati sendiri. Mungkin I masih ada kekurangan tapi Insyallah I akan cuba berubah dari masa ke semasa.
Masih banyak yang perlu I lakukan dan banyak yang perlu I belajar. Cuma I perlukan sokongan dorongan dan nasihat kawan-kawan dan you all semua. Please doakan I boleh jadi seorang muslimah yang sebaik-baiknya yea. Insyallah Amin.
" Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang diniatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya.
"(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Kekuatan
Assalamualaikum. Salam sejahtera you all.
“Bukanlah orang yang kuat itu (dinilai) dengan (kekuatan) dalam pergelutan, sesungguhnya orang yang kuat ialah orang yang dapat menguasai dirinya ketika marah.” (Hadis riwayat Bukhari).
Hanya orang yang kuat pada zahir dan batinya saja yang mampu menahan diri ketika marah. Memang orang tu sangat kuat. Bukan senang seseorang tu nak menahan diri dari perasaan marah.
Dan I salah seorang yang nampak kuat pada dasarnya tapi dalaman tak sekuat yang disangka. Dan memang I sangat kecewa dengan sesetengah orang. Mungkin silap I jugak kan. Terlalu yakin denga orang.
Harap semuanya berjalan dengan baik. Dan mungkin lepas ni tak akan sama macam dulu kot. Sekali dah terasa susah nak kembali kepada asal. Apa pun I harap setiap benda yang terjadi ada hikmah sebaliknya. Alllah SWT nak bagi petunjuk mungkin.
Update.!
Assalamualaikum. Salam sejahtera you all semua.
Macam dah lama je I tak update blog ni kan. Ikutkan banyak yang I nak share dengan you all tapi masalah nya sekarang I terlalu lalu la banyak sangat kerja. Tak sempat nak update apa yang telah terjadi dan sedang terjadi ini.
Banyak kot nak story-story. Almaklumlah tahun baru 2013 telah menjelma tiba so semua yang baru berlaku pun kunjung tiba juga la kan.
Nanti-nanti I free I update yea you all. Take care. Good day all. =)
Saat Merindui
Assalamualaikum. Salah Sejahtera You All.
Rindu.? Satu perasaan yang sukar nak digambarkan. Ianya datang tanpa sedar tanpa dipaksa. Entah kenapa perasaan itu boleh timbul dalam hati. Mungkin kerana kita selesa berada disampingnya ketika bersama. Dan layananya yang mampu membuat kita tersenyum riang.
Dan apabila dianya jauh dari pandangan mata, hati mula memberontak. Mula timbul perasaan RINDU. Mula teringatkan dia dan inginkan dia disamping kita.
Kadang-kadang walaupun tak dapat jumpa, dengarkan suaranya pun dah rasa bersyukur. Dah cukup membuatkan rindu terubat. Dan pastinya ianya akan membuat hati gundah gelana menjadi riang kegembiraan sehingga senyum dibibir terukir tanpa sedar. Lebih pasti senyuman itu akan dibawa bersama-sama hingga ke mimpi.
" Kalau rindukan seseorang baca Al Fatihah sambil tangan didada & berzikir kpd Allah dgn niat semoga dia rasa rindu kita padanya. "
Itulah satu perasaan yang paling mengerunkan I. Perasaan merindui seseorang. Perasaan yang agak menyakitkan. Tapi kesakitan itu hilang bila orang yang dirindui ada di depan mata. Oh hati. Begitu besar perananmu dalah hidup manusia.
Dan kalau boleh I nak hindari perasaan itu jauh-jauh. Kalau rindu pun biarlah sementara sahaja. Dengan harapan perasaan itu tidak menyakitkan. Tapi sekarang RINDU itu sedang bermain-main dalam hati I.
Sakit you all.!!
“Ya Allah, sampaikan salam rinduku kepada __________ (nama penuh insan tersebut) sehingga aku menjadi kerinduannya…”
Subscribe to:
Posts (Atom)