Pages

Bahasa Apakah.?

Assalamualaikum. Salam sejahtera.


Pening..!!!!!!!!! Pening sebab dok nak siapkan claim staff-staff company ni. Semua staff kat kL and Sabah Sarawak. Dah la nak audit dah bulan march ni. Oh hanya seminggu dua je lagi. Adoi pening.

Tapi dalam pening-pening tu terselit pulak satu resit claim dari staff KK. Ejaannya sangat la kelakar sampai I and officemate I ni dok gelak sampai ternangis-nangis.





Ha teengok particulars resit tu. SEKORU..?? PVG BUR PLAK.?? MATA BUR.?
Bahasa apakah itu kan. =)


Putu Bambu Terbaik

Assalamualaikum. Salam Sejahtera You All.



Ada sesiapa yang pernah makan putu bambu kat Ayer Hitam ni tak.? Mungkin mana yang selalu berjalan ke area Ayer Hitam and kawasan berdekatannya mesti dah pernah try kan.

I ni kalau ikutkan selalu jugak ke sana sebab hantar/ambik my sis kat UTHM (Universiti Tun Hussein Onn Malaysia). Dan setiap kali gi sana mesti jenjalan area Ayer Hitam untuk menghabiskan duit. Heheheh. Tapi tak dan nak perasaan ada kedai jual putu bambu yang agak famous ni.

Ni bebaru ni baru adik I tu tunjukkan kedai tu and we all family try. Perghh orang jangan kata la, sangat la ramai sampai takde tempat duduk. Orang yang beratur tunggu pun ramai kot. Last-last terpaksa tapau putu makan tempat lain. Oh kejam ko putu.




Honestly bagi orang yang tak berapa minat putu ini *Saya la tu*, putu bambu kat Ayer Hitam itu sangatla sedap dan akan menjadi kegemaran. Putu bambunya sangat wangi, lembut dan rasanya memang terbaik la. Harga pun tak mahal mana, 6ketul Rm 2.00. Ok la kan. So sesiapa yang akan kesana atau dah kesana tapi tak pernah try lagi, you all try la. Insyallah memang you all akan suka. =)


I Love My Colleague

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.


I love my colleague, so much. Cehh sound macam sedang berjatuh hati cinta pun ada kan. *Memang sedang pun. Hehehehe.* 

Alhamdulillah buat masa ni kawan-kawan kerja I di KL office ni memang terbaik. Treat macam kengkawan baik je. Paling best dorang treat I macam adik dorang je sebab I the bongsu one in the office. Hehehehe. Syukur kerana Allah SWT berikan rakan sekerja yang mampu membuatkan I seronok bekerja. Almaklumlah tempat kerja adalah rumah ke-2 kan. Cuma ada sorang je malapetaka kat office ni. Si makcik cina meroyan itu. Spoil mood je citer pasal dia. Lupakan dia.!!

Walaupun company ni tak se-gah company-company lain tapi I tetap bersyukur dengan apa yang telah diberikan olehNYA. Dan yang lebih dicintai adalah mereka-mereka itu selalu belanja I makan. SUKA.!!




Bukan setakat beli makanan and belanja makan tapi rajin bagi barang/hadiah. Walaupun kekadang hanya pen sebatang tapi its okey la. Ada juga orang ingat kita kan. Dan paling best dorang rajin bagi I and partner I  ni kudap-kudap. Biskut la, roti la, coklat la, keropok la, macam macam la. Memang selalu keknyangan je dalam office ni. Bertambah COMEL pun ada. Bahaya betul kan. Hehehehe..



Apapun I harap apa yang I dapat ini adalah yang terbaik untuk I. Siapa taknak yang terbaik kan. So sama-sama lah kita doakan yang terbaik untuk diri kita sendiri dan juga orang sekeliling. Amin.. =)



Lirik Lagu - Lamunan Terhenti


Entah mengapakah hatiku bergetaran
Bila bertemu lagi oh! kekasih lama

Ku cuba selindungkan api keresahan
Namun perasaan ini berapi di dalam

Ku kira angkau sudah melupakan
Kerna itulah engkau nampak tenang
Lainlah aku walau ketika ini
Masih membara ingatanku terhadapmu

Ku singkap kenangan dulu
Sewaktu kasih berputik
Kugenggam erat tanganmu
Kau tunduk sembunyikan wajah
Namun dapat aku meneka hatimu
Sehati denganku

Lalu kau mendongak berbalas renungan
Dan dengan perlahan tangan kau lepaskan
Kau pun berlalu dalam kepekatan malam
Tinggal aku seorang

Terhenti lamunan bila ku dikejutkan
Engkau dipimpin pergi oleh seseorang
Dalam keterpaksaan kau melangkah kaki (pergi)
Namun sempat jua kau menoleh ku disini


By Aris Ariwatan



Lamunan Terhenti Bila Kau Jadi Ratuku

Assalamualaikum. Salam sejahtera you all.


LAMUNAN TERHENTI bila kau jadi RATUKU.!!

Wahhh bahagia si ratu itu kan. Hehehehe. Okey-okey ni bukan luahan hati sesiapa yea tapi tajuk lagu tau. Lamunan Terhenti dan Ratuku. Dua-dua lagu diberi nafas baru dan dua-dua lagu adalah Ost untuk drama Sehangat Asmara dan filem Hantu Kak Limah 2.

Lamunan Terhenti sebelum ni nyanyian Aris Ariswatan dan dibarukan oleh Awie. Untuk Ratuku memang nyanyian Awie asalnya dan masih dinyanyikan oleh Awie tapi berduet dengan Adira AF. Both of songs adalah lagu yang wajib I dengar hari-hari sekarang ni. Hehehehe. Tak tau kenapa tapi I love that song, so much. 

So dengar la dua lagu ni sampai muntah yea.. =)








Hari Wilayah 2013

Assalamualaikum. Salam sejahtera you all.


Selamat Pagi.!! Syukur Alhamdulillah masih diberi peluang untuk bernafas di muka bumi ini. 

Hari ni hari Jumaat, 01 Febuari 2013. Hari ni public holiday untuk semua warga kerja di Wilayah Persekutuan kerana harini HARI WILAYAH. Buat pertama kalinya I sambut hari Wilayah yea you all. Almaklumlah ni tahun pertama I kerja, tinggal, bersosial dalam kawasan Wilayah Persekutuan ni kan.




Nampaknya I bakal bergumbira senang hati dengan 3hari cuti ini. Jumaat sampai Ahad, memang mengembirakan hati. Hahahahaa. So kepada yang bekerja selamat bekerja dan selamat menjalani rutin harian yea. =). 

Jom sambung tidur sampai pening. Selamat Menyambut Hari Wilayah 2013. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...