Pages

Judika - Bukan Dia Tapi Aku





Sesiapa yang rajin ikut drama bersiri kat tv3 setiap pukul 7pm tu mesti tau lagu apa ni kan. I dah habis hati suka dengan lagu ni. Macam biasa dah terjatuh cinta dengan lagu ni. Selalu terjatuh cinta dengan lagu kan. Apa nak buat dah suratan hati. Ewahhh.!! 




Selamat Hari Keputeraan Sultan Perak

Assalamualaikum. Salam Sejahtera You All.





Sebagai seorang rakyat sah lagi sahih bagi negeri Perak Darul Ridzuan, 
I nak wish Selamat Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak Ke-85.

Semua rakyat negeri Perak yang tinggal dan bekerja di Perak, selamat bercuti yea. I pun tumpang cuti sekaki yea walaupun dok tinggak and kerja di kL ini. Bahagianya.. Hahaha..


Mesej Layang

Assalamualaikum. Salam Sejahtera You All.


Lately entah kenapa I jadi malas nak update blog ni. Mungkin faktor kesibukan kerja dan hal-hal personal kot. Tapi hari ni I nak update gak. Sebab dalam kesibukan bekerja ni I dapat satu mesej layang dari seorang hamba Allah yang membuatkan I tension and sakit hati je.

Mana tak sakit hati kalau dok mesej I macam sound I pulak. Ha udah kenapa minah meroyan tu entah la. Ni entah darimana dapat tahu account facebook I ni entah. Mesti stalker dari kawan-kawan kerja I ni. Sebab I macam tahu je dia kerja mana.




Ni antara apa yang dia sound I. Ni sikit je tau. Tu kat bawah tu berlambak lagi. I reply baik-baik, dia boleh pulak naik hangin sampai kutuk-kutuk I. Siap kutuk rakan sekerja I lagi. Masalah dengan I tapi pergi sangkut pulak dengan kawan-kawan kerja I yang lain. What.??

Mungkin dia ada masalah mental ataupun cinta tak dibalas. Hahaha. Beb I nak habaq mai yang we all kawan je. We all lepak selalu pun sebab dia kawan dengan colleague I tu. So selalu la lepak sesama and outing sesama. Masalahnya sekarang dia tu single mingle. Mana ada kekasih hati, tunang dan masih belum berkahwin.

Oh please la perempuan. Jadi la seorang perempuan yang bermaruah ok. Jangan disebabkan seorang lelaki awak jadi meroyan macam tu. Senang-senang je nak judge orang tanpa usul periksa. Ok.!!!



Perginya Seorang Sahabat

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.



" Tiada Ungkapan Perpisahan Dalam Persahabatan 
Walaupun Maut Menjadi Noktahnya. 
Kerana Seorang Sahabat Itu Terlalu Istimewa
 Dalam Doa Saudaranya Yang Lain 
Biarpun Tanpa Bayangnya "



10 tahun dah berlalu. Tapi semua kenangan bersama masih tersemat abadi dalam diri. Setiap yang hidup pasti akan mati, cuma takdir dari Illahi yang menentukannya.

Hanya doa yang dapat dihulurkan buatmu disana. 
Insyallah kita bakal bertemu di syurga. Amin. 
Semoga kau berbahagia disana dan ditempatkan ditempat yang terbaik buatmu. 


Al-Fatihah
10.04.2003 - 10.04.2013
Allahyarham Meor Muhammad Syazani Bin Meor Hamzah



Shine You Way - Owl City Ft Yuna






Bangga pulak bila tonton video music ni. Yea la anak Malaysia, Yuna terbabit dalam music antarabangsa ni kan. Dapat menyayanyi dan duet dengan artis luar negara pulak tu. Lagu yang dinyanyikan pulak lagu tema untuk satu filem animasi luar negara The Croods terbitan Dreamworks. Famous kot. Hehehe.

Apa pun memang lagu ni best and sedap la pulak Yuna punya suara. Lain rasanya. Sangat sedap. Layan.!!



Petua Menawan Hati Pasangan

Assalamualaikum. Salam sejahtera you all.


Aishh. Sampai bila la nak membujang ni kan. Mungkin sesetengah orang kata sebab memilih sangat. Bukan memilih tapi masih tak dapat yang benar-benar sesuai untuk diri. Ada yang suka tapi I tak berapa suka. kalau dah tak suka macam mana nak hidup sesama kan. Mungkin masa akan menentukan segalanya atas kehendak-Nya dan atas keizinan-Nya. Insyallah. Amin.

Ni ada kakak sekerja yang baik hati dok share petua you all. Petua untuk orang bujang-bujang ni. Kalo rasa nak cuba, silakan. Hehehe. Selamat mencuba nasib yea.. =)







Benci Jadi Sayang

Assalamualaikum. Salam sejahtera you all.


Dari Abu Hurairah RA, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda:
 “Cintailah orang yang engkau cintai pada tahap yang sepatutnya, 
boleh jadi suatu hari nanti dia akan menjadi orang yang engkau benci. 
Bencilah orang yang engkau benci dengan sepatutnya, 
boleh jadi suatu hari nanti dia akan menjadi orang engkau cintai.”


Dari perasaan benci jadi sayang.? Oh parah parah. Hahahaa. Tapi betul perkara macam tu memang banyak terjadi. Memula punya la benci and tak suka dengan seseorang tu sampai apa saja yang ada kaitan dengan orang tu mesti jadi tak suka.

Semua tu lumrah dalam kehidupan manusia kan. Tak boleh lari. Cuma terasa malu sebab memula sangat la benci dan tetiba perasaan benci tu boleh bertukar jadi sayang. Sayang sehingga timbul perasaan cinta. Parah la kalau macam tu kan. Adoii masalah-masalah. Hati you suka memainkan perasaan orang kan. Kesian we all tau..

So kepada you all semua, harap janganlah terlalu membenci seseorang kerana kemungkinan orang yang kita benci itu akan menjadi orang kesayangan kita. Dan kepada I sendiri, please la kawal perasaan benci itu wahai Cik Nadia. Arghhhhhh...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...