Assalamualaikum. Salam Sejahtera You All.
Adoiii. Serabut otak I.!!
Ha mana tak serabut bila tengok barang barang hantaran yang perlu dibuat tu ha. Ni malam dah hari Rabu. Esok khamis. Esok petang lepas kerja dah kena pulang ke Ipoh. Hantaran ni nak kena siap untuk hari Sabtu. Ni kat rumah Ipoh ada lagi untuk time nikah. Perghhhh mana mau buat lagu ni ha.
Eh.. Bukan I punya majlis yea. Ni uncle I punya majlis. Adik bongsu my mom. Will nikah on Friday ni 22.11.2013. Ni selaku anak buah kesayangan terpaksa la membantu untuk membuat hantarannya.
Mesti ada yang cakap kenapa tak buat awal awal kan.?
Macam mana nya you all. Memula my uncle kata dia hantar kedai buatkan. Tapi last 2 week dia minta I buatkan. 2 minggu tu you all. Dah la my uncle bagi barang lambat, almaklumlah sekarang kerja memang berlambak sampai dia pun tak sempat nak balik kampung ambik barang dia. And then dengan keadaan I yang nak pindah rumah lagi. Serabut semua. Ingat duk bujang barang tak banyak ke. Perghh sekali packing macam ada family anak 2 je rupanya. Ni rumah baru dah macam tongkang pecah tak habis kemas lagi.
So malam ni nampaknya I bakal membuat hantaran yang paling simple dalam dunia la jawabnya. Sorry yea pakcik ku. Jangan risau I buat dengan hati yang ikhlas and saya sponsor ok. Hehehehe..