Pages

Kerja Baru

Assalamualaikum you all.
Selamat Berpuasa bagi semua umat Islam.


Hari ni hari ke 23 I berkerja di tempat baru ini. Bukan setakat tempat baru tapi segala-galanya baru. Rumah baru, persekitaran baru, kawan baru, kejiranan baru, segalanya baru la. Penghijrahan la katakan. He3.

Alhamdulillah setakat ni I boleh accept environment di tempat kerja ni. Rakan sekerja pun best, bos pun baik, project manager sporting dan kerja pun boleh tahan. 

Cuma sorang je yang I tak berapa berkenan sebab dia suka-suka je nak marah orang, suka-suka hati dia nak bising-bising. Yang tak bestnya tu kadang-kadang salah tu salah berpunca dari dia sendiri. Nak tutup malu dia boleh pulak nak bising mengomel kat orang lain. Buruk perangai kan. 

Dan kerja pulak. Emm not bad. Buat masa ni memang banyak tak terkata. First day haritu pun meja dah penuh. Belum habis kerja dibuat dah sampai sekotak lagi. Aishh kalau sampai itu senang takpe la jugak kan, ni semua nak main selak schedule bagai. Dapat pulak schedule macam buku text je tebalnya. Ish memang mencabar sanubari betul lah.


Minggu pertama dah kena main selak-selak file lama untuk rujukan. Masalah besar I adalah nak mencari nama site dan jenis kerja. Kalau dalam Semenanjung je tak pe ni Sabah Sarawak pun I kena buat. So serabut.


Meja I cuma cun melecun bila nak balik je. Sebelum time balik meja rupa tongkang nak pecah. Almaklumlah pekerja berwawasan katakan. 


Dan yang paling terbaru my work kena reject dengan Sapura, company yang I handle DO/Invoice nya. Adoi reject sebakul kot. Kalau sekeping dua sedap sikit hati kan, ni main berbakul. Hahahha. Tapi its okey sebab pengajaran dan project manager I pun salah sebab dia salah bagi information. Sama-sama bersalah. =)

Apa pun yang I kena terima sebab semua ni demi masa depan kan. Sekali sekala ubah haluan dan angin apa salahnya kan. Berusaha demi kebaikan diri. ;)


Wanita Pelengkap Hidup Lelaki


Assalamualaikum. Selamat Berpuasa Bagi Umat Islam Semua.


Dua tiga hari lepas I ada terbaca satu 'Karangan' panjang dari facebook my BFF. Heheehe. Entah dari mana dia copy paste pun I tak tau tapi I tertarik dengan 'Karangan' panjang tu. Jom I share sama you all semua. Panjang tau 'Karangan' ni. Jaga-jaga. Hihihihi.
   





Bila suami balik rumah. Dia jadi hairan giler halaman rumah berselerak, surat kat peti pos tak berambil, anak-anak tengah main korek-korek tanah kotor, baju compang-camping, penuh dengan tanah dan kotoran, rambut tak bersikat, tak bermandi. Masuk ke pintu rumah lagi lelaki tu terkejut. 

Waaaaa... Mana isteri aku. Ruang tamu lagi teruk berselerak. Lelaki tu melaung nama isterinya. Sepi tiada jawapan. Masuk ke dapur, sinki penuh dengan pinggan mangkuk tak berbasuh, periuk tak bercuci, mencari apa yang boleh dimakan tetapi tiada makanan yang dimasak. Masuk ke bilik air, baju belum berbasuh apatah lagi berendam. Lelaki itu cemas mencari isterinya. Dia bergegas ke tingkat atas melihat isterinya terbaring di atas katil sedang membaca buku.


Ffuuuuuhhhhhh.. Lega.


“Awak sakit ke?” Tanya lelaki itu. “Tak lah”. Jawab isterinya ringkas. “Kenapa teruk sangat rumah kita hari ni?” Tanya si suami lagi sambil meletakkan tangan di dahi isterinya, kot-kot isterinya demam.

“Wahai suamiku, semalam semasa kita bertengkar, abg mengatakan yang saya ini hanyalah suri rumah, duduk di rumah tak sepenat diri abg yang duduk di pejabat, dan abg sering menanyakan apa kerja yang saya lakukan di rumah yang menyebabkan saya merungut kepenatan kadang-kadang."


Lelaki itu pun berfikir.. 


Kalau madam takde kat umah, alangkah tenteramnya hidup ini. Boleh buat ape yang kita suka. Boleh belengkar kat depan TV tanpa sebarang gangguan mental dan fizkal. Pendek kata, FreeDoMmmmmlah!! But hairan bin ajaib, when dia betul-betul pergi meaning She's Gone aku pulak terasa separuh mati. Sehari dua memanglah shiokkk, no one shouting from the kitchen for help, no need to komen this and that, no one to criticize. Everything will be smooth. Takde yang nak marah.

Tapi masuk hari ketige, I felt something missing. Lebih-lebih lagi bila tuala mandi dah berbau ‘asshemmmm’, Tak tau la mana nak cari yang baru. Colgate dah nak habis, tak tau kat mana dia stock up. Air suam dah habis, malas nk boil. Masuk hari keempat, rindu mula terasa. Apabila rindu mencengkam, semuanya jadi tak tentu arah. Tengok TV citer best pun jadi tak best. Nasi bungkus feberite jadik tak feberite. Makan kat 5star hotel jadi rasa macam makan kat kedai AA. Lebih-lebih lagi bila laundry basket dah makin bertimbun dengan baju kotor. Toilet dah mula licin berdaki. Lantai dah berbelak, tak dimop.

Every nite, very the lonely, baring atas katil tengok ceiling blindly. Bila lonely gini, baru lah rasa benar kesepian. Jangan kata sebulan atau setahun, belum seminggu isteri takde kat rumah, aku dah rasa separuh pengsan. Masa ni barulah sedar betapa pentingnya seorang wanita bernama isteri. So guys out there, jangan buli isteri kite. Kalau boleh, tolong dia buat kerja rumah. Bukan dok depan TV every weekend baca paper. Apa ingat dia tu kuli ker?! Maid ker?!! Kan dia tu bini kita, best fren kita, sweetheart kita. Ingat duit hantaran yang kita kasi dia masa nikah dulu cukup ker nak bayar gaji dia seumur hidup?? Ingat balik.

And furthermore, kan kita sama-sama kerja cari rezeki, sama-sama jugak lah buat kerja rumah. Kadang-kadang bila poket kita sesak, tak ingat ker dialah orang yang paling dekat terdekat kita nak kenyeng- kenyeng duit. Tak kesian ker nengok isteri kita? Dah la satu hari keja kat office, balik pulak kena buat kerja rumah. Penat tau! Kalaulah aku diberi peluang jadi seorang wanita, tak rela!!! So to all mums and wives out there, live will be meaningless without YOU...

 
Wanita adalah insan istimewa,
biarkan mereka terus membebel,
merengek atau mengilai seperti
Pontianak. Seburukburuk
perangai wanita, ia akan terus
melekat di hati kita selagi hayat
di kandung badan”


Dari ilham seorang lelaki..

Gambar Bercerita 1

Assalamualaikum. 



Kepenatan membuahkan hasil dengan mensnap pictures keserabutan di kala membuat kerja yang menggunung.. Hahahaha.

Tumblr Yang Bersawang

Assalammualaikum. Selamat Sejahtera you all.


Masa I dok godek-godek google sana sini, berblog walking tup-tup I ada terbaca pasal Tumblr. Tumblr ni macam blog jugak. Cuma bagi I Tumblr ni lebih kepada gambar-gambar dan bercerita dengan menggunakan gambar. Lain pulak macam Blog. Blog kita bercerita dengan tulisan, macam karangan la lebih kurang. Hehehe.


So tetiba I teringat yang I pernah mengedik buat akaun Tumblr. Rasanya tahun lepas. Itupun sebab takda kerja nak buat and seingat I, I takde pun meneruskan atau merajinkan diri berTumblr sebab dah ada Blog. Agak berlagak disitu. Hehehe.

I just try log in tapi tak boleh pulak. Jenuh mencuba cuba dan cuba dengan email and password lain-lain. Akhirnya dengan kesabaran yang hampir pupus ni berjaya jugak la mengopenkan akaun Tumblr.


Memang hampeh sebab tak update apa pun selama setahun lebih akaun Tumblr diaktifkan. Cuma sekeping dua picture je yang ado. Itu pun update masa memula akaun diaktifkan dulu kala. Hahahaha. So rasanya I nak merajinkan diri untuk berTumblr pulak la. Itupun kalau rajin dan kalau ada masa yang terluang. 


Berpuasa Tanpa Keluarga Disisi

Assalamualaikum. Hai you all semua.

Hari ni hari ke 4 umat Islam berpuasa di Bulan Ramadhan. Dan hari ini adalah hari kedua dalam 25tahun I berpuasa jauh dari keluarga, jauh dari rumah keluarga dan jauh dari negeri kelahiran. Walaupun tak jauh mana cuma 205km je pun. 

Tapi ini adalah pengalaman pertama selama 25 tahun. Before ni I stay dengan family tapi this time buat pertama kali I duduk berasingan jauh dari keluarga. Family di Ipoh and I di Kuala Lumpur. Jauh kan.? 

Dan tahun ni juga I berbuka and bersahur tanpa family. Masak sendiri sahur and berbuka pun kena masak sendiri (Masak ke. Hihihi). Semua sendiri tau. 

Tapi takpe la ini sebagai satu cabaran dan pengalaman untuk mendisiplinkan diri dan hidup lebih berdikari. Kalau tak semua harapkan mak je masak and kemas rumah kan. La ni duduk rumah sendiri kena la buat sendiri-sendiri. Belajar untuk mematangkan diri. Doakan I boleh survive yea you all. =) 

Selamat Berpuasa

"Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan. " -Hadis-


Esok dah masuk 1 Ramadhan 1433. Dan esok bermulalah puasa bagi semua umat islam. Dan esok juga kita semua umat islam akan menahan diri dari makan minum dan menahan nafsu dari melakukan perbuatan-perbuatan yang boleh membatalkan puasa.

You all semua yang beragama Islam jangan ada yang ponteng puasa yea. Terawih juga jangan di lupakan. Bulan baik macam ni saat yang ditunggu untuk menginsafkan diri serta mengumpul pahala yang baik.

Okey you all semua, I nak ucapkan Selamat Berpuasa. Semoga bulan baik ini kita semua akan lebih diberkati dan mudah-mudahan di bulan baik ini akan membuka pintu hati kita untuk berubah kepada yang lebih baik dari sedia ada. Insyallah. Amin. 


Pekerja Daiso Japan Tipu!

I sentap sikit la dengan pekerja-pekerja di Daiso Japan, Aeon Station 18 Ipoh. Sentap sebab mereka tak peka dengan barang yang ada di store tempat mereka bekerja. Sepatutnya sebagai pekerja Daiso Japan mereka harus tahu barang-barang yang mereka jual supaya mudah untuk terangkan pada customer. Tambahan kebanyakkan arahan pada produk tu dalam bahasa Jepun. Jepun okey.!





Yang membuatkan I sentap tu bila I tanya pekerja di situ mengenai kuantiti item dalam pek di atas, dan mereka memberitahu item yang ada dalam pek diatas itu berkuantiti 6pcs. (Perkataan highlight pink dalam gambar di atas)

Kalau I tahu makna perkataan tu I tak tanya pun. Ni sebab I tak tahu I tanya. Dengan confident mereka kata ada 6pcs. Dengan penuh bersemangat balik rumah bukak the pek, haa ambik kau SATU je. Perghh menyirap hati sanubari. Kalau I tahu I ambik jenis satu lagi yang tebal dan berzip. Ini hanya plastic biasa. Satu plastic nipis cover shirt dengan harga RM5.00. Sebab I ingat ada 6pcs yang I beli tu. Kaw kaw kena tipu dengan pekerja Daiso Japan ni.

Lepas ni memang tak la kalau I nak beli barang tanpa arahan dalam English or Malay dengan pek yang tak nampak isi dalam tu. Sebagai pengguna I agak terkilan. Dan sebagai pekerja mereka perlu dilatih dahulu supaya kejadian macam ni tak berlaku. Berhati-hati yea you all. =)


Masa Untuk Berhijrah

Nak nangis. Nak nangis. Nak nangis. 
Boleh.??





Nampak tak beg yang terkumpul itu. Inilah salah satu sebabnya kenapa I nak nangis. Bukan sebab beg ni tapi sebab I kena pindah. Pindah ataupun lebih sedap I akan berhijrah. Berhijrah seorang diri setelah 25 tahun tinggal sebumbung bersama Mak, Ayah & Adik-Adik..

I dapat tawaran kerja luar dari Ipoh, luar dari negeri kelahiran. I dapat new job kat Kuala Lumpur. Ini yang I nak elakkan tapi ini yang I dapat. Ujian mungkin. Hari nak gerak pindah, hari tu jugak baru I packing barang. Sebab berat hati nak tinggalkan rumah dan family. I berdoa supaya ada keajaiban berlaku walaupun dah accept kerja di KL itu. (Berdoa dapat tawaran kerja yang lebih baik dari kerja di KL.). Tapi masih tiada apa-apa tawaran yang setimpal.

Bayangkan I yang lahir di Perak membesar di Ipoh, sekolah di Ipoh, sambung belajar di Ipoh, kerja di Ipoh tetiba dapat tawaran kerja yang lebih baik di Kuala Lumpur. Setelah 25tahun 5bulan 6hari menapak di Ipoh tup-tup kena pindah luar Ipoh, Perak. Oh nooooooooo.

Memang hati berat tapi bila fikirkan masa depan, I terpaksa terima dengan hati yang terbuka. Mungkin I boleh cuba sebulan dua kan. If I rasa tak best or kurang yakin, I balik Ipoh semula. Hahaha. From now I akan cuba mengpositifkan diri dan terima kehidupan baru I ni. Please doakan yang terbaik untuk I yea you all. Love you all semua.



“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (daripada kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat seksa (daripada kejahatan) yang dikerjakannya.”  - Al Baqarah -


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...