Pages

Kad Hilang.!!!

Assalamualaikum and Salam Sejahtera You All..



Baik hati tak if you all dapat this note from someone.?

Baik la kan sebab dia terjumpa barang milik orang lain dan ingin pulangkan semula walaupun dia tak kenal pun tuan punya barang.

Ini apa yang telah terjadi pada I. Pepagi nak gerak pergi kerja I dapat this note. Dia selitkan note tu kat pembuka pintu kereta I. Mula-mula dapat suspen gak, yea la dah la baru sebulan dua duduk the area lepaih tu masih belum kenal dengan jiran tetangga, tup-tup dapat the note.

Rupa-rupanya note ingin memulangkan kad keluar masuk kawasan apartment I. I pun tak sedar kad tu tercicir. Maybe balik kerja semalamnya tercicir sebab kelam kabut keluar kereta kerana hujan melanda. Ni la masalah I, careless sesangat. Tapi bernasib baik ada orang yang baih hati terjumpa. Kalau tak kena la buat new card RM 50.00.. *Cekik darah betul*

Senyum Terbahak-Bahak

Assalamualaikum. Sihat ke.?

Raya okey ke you all.? Hope bergembira la yea. Kepada yang tak berapa nak happy time-time raya ni apa kata you all video Lawak Ker Der Kat Istana Budaya. Gelak terbahak-bahak I tengok lawak dorang semua. Enjoy okey.. =)






Lagu Raya Di Hari Raya

Assalamualaikum Dan Hai You All.

Amacam raya, okey ke.? Mesti you all makan over-over kan. Almaklumlah hari raya kan. Jangan over makan tu yea you all nanti sakit pulak. Sakit sebab kekenyangan dan sakit sebab terlebih makan. Hehehe.

Dalam mood raya macam ni, lagu raya pulak berkumandang memang mengembirakan jiwa sanubari. Naik je kereta open radio, keluar lagu raya. Pergi beraya ke rumah sedara, depe buka pulak lagu raya, duduk rumah pasang tv pun ada lagu raya. Best-best.

I kurang suka dengar lagu raya dalam mood berpuasa. I lebih suka dengar lagu-lagu raya masa minggu berhari raya. Baru mood raya membuak-buak di jiwa. Hihihi.












Itu adalah antara lagu-lagu raya yang I suka. Sebenarnya ada banyak lagi lagu raya yang I suka dengar tapi yang ada antara yang paling disukai. Lagu raya membangkitkan raya untuk BerHari Raya. =)



Gambar Bercerita 2

Assalamualaikum.


Sedih dan tak terkata bila lihat picture ni. Syukurlah kita ke hadrat Illahi dengan limpah kurniaNya. Syukur Alhamdulillah..


Ucapan Maaf Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum.

Macam mana persiapan you all semua, bereskah.? Hope semua selesai before raya la yea. He3. Tahun ni I and family raya sederhana sangat dan sangat sebab I takde kat Ipoh untuk membantu. Malam jumaat baru sampai Ipoh so memang tak sempat la. Tanpa I tak jadi la kan. *Perasan Sikit*

Okey kerana esok kita akan menyambut HARI RAYA AIDILFITRI, I nak wish something to all of you :


* I minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki jika segala apa yang I tuliskan di blog ni ada menyentuh  perasaan sanubari you all semua.

* I minta maaf jika ada yang pernah dan ada tersinggung dengan kata-kata dan tingkah laku I.

* I minta maaf jika I pernah tergurau kasar, tertampar, tersepak, terpukul, tercubit and TER lain-lain.

* Halal kan apa yang dah you all kasi atau yang I dah terambil terpakai terguna.

* Dan maafkan segala-galanya yang memerlukan kemaafan. =)


Harap you all dapat lah maafkan yea. Kalau tak dapat nak maafkan tu takpe la I terima seadanya dengan hati terbuka dan ikhlas. Hehehe.    

Selamat Hari Raya Aidilfitri You All.


Jadual Perjalanan Plus Sempena Aidilfitri 2012

Assalamualaikum And Hai You All.


Hanya tinggal beberapa hari saja kita yang beragama Islam nak menyambut HARI RAYA AIDILFITRI. Wahhh memang sangat tak sabar nak berhari raya kan. I rasa I lah orang yang paling nak sangat balik beraya  bersama mak ayah and adik-adik.

Mungkin ada tu yang bertahun-tahun tak balik beraya bersama family kan. I baru tahun pertama kot tinggal bujang luar Perak tapi I rasa macam bertahun-tahun dah duk bujang. Excited nak balik Ipoh membuak-buak dalam minggu akhir Ramadhan ni.

Tapi walauapa pun sebelum kita-kita semua yang nak balik kampung tu kena lah beringat tentang keselamatan. Conform highway sesak dan penuh dengan kenderaan. So before balik beraya tu apa kata kita check schedule perjalanan yang pihak PLUS dah sediakan. Ini untuk memudahkan dan melancarkan perjalanan balik kampung kita semua.




Kepada semua tu dan I juga, berhati-hatilah di jalan raya okey. Pandu dengan selamat, jangan ikut perasaan semasa memandu. Selamat memandu pulang ke kampung you all. 


Pingat Olympic Malaysia 2012

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera.
Selamat Berpuasa.


Tak terlambat I nak wish congrats kepada atlet 2 atlit Malaysia, Datuk Lee Chong Wei dan Pandelela Rinong Pamg atas kejayaan mereka meraih pingat dalam Sukan Olympic 2012.




Datuk Lee Chong Wei meraih Perak dalam acara badminton. Majoriti rakyat Malaysia mengharap dia bawa pulang pingat Emas pertama negara tetapi rezeki tak menyelebahi dia. So pingat Perak je yang direzekikan. Sekurang-kurangnya ada juga medal untuk Malaysia kan. Bangga dengan dia. =)




And this girl, Pandelela Rinong menang pingat gangsa dalam acara 10m individual platform. Rasanya dia wanita pertama Malaysia yang meraih pingat dalam Sukan Olympic ni. Kalau tak salah I la. Apa pun dia dah dapatkan pingat kedua untuk Malaysia.

Malaysia di tangga ke-53 dalam Olypic ni. Ok la tu kan. Dari takde ranking and takde dalam senarai. Hehehe. I bangga jugak dengan atlit negara yang bersungguh-sungguh untuk meraih pingat untuk negara. Dan kepada Datuk Lee Chong Wei and Padelela Rinong, congrat to both of them. And their are the best la.. =)



Iklan Raya Menyentuh Hati

Assalamualaikum..


Hari ni kat office, I and officemate I tertouching sikit. Sikit je tak banyak pun. Hehehe..
We all tertouching sebab we all tonton satu iklan raya ni. Iklan raya dari Bernas. Mula-mula macam tak paham sangat sebab ada gangguan. So second time we all replay balik dan hayati setiap saat iklan tu. Dan tanpa sedar we all tertouching sikit dengan iklan tu. 

Bila tengok iklan tu terasa sebab now I dah tinggal jauh dari keluarga. Dulu sebumbung tapi sekarang berbumbung berbatu jauhnya. Mula bertambah-tambah rindu kat mak, ayah and adik-adik. 25tahun tinggal bersama, la ni baru merasa tinggal asing jauh dari keluarga. Ada hikmah semuanya kan.



Sedihkan iklan ni. So sebagai seorang anak yang mempunyai mak ayah adik beradik tu, hargailah mereka. Terutama mak dan ayah kita. Mereka adalah orang yang paling bermakna dalam hidup. Tanpa mereka siapalah kita. =)


Gas Petronas Memudahkan Rutin


Intro entry punya picture tak cun langsung kan. Hehehe. Bukan salah I picture tong gas itu tak cantik yea you all. 

Kenapa I letak picture tong gas petronas ni.? Sebabnya I nak bagitau yang buat pertama kalinya I order Gas ni by hotline. Call je, bagi information semua and then dorang akan hantar terus ke rumah. Oh sangat senang. Tak payah dah nak gi tunggu uncle gas belakang rumah ataupun nak turun pergi kedai beli gas. Sekarang semua benda dah jadi senang. Buat je call and then sejam dua dah sampai depan rumah.



Almaklumlah sekarang I dok bujang di perantauan, so semua benda kena buat sendiri dan cari sendiri. Before ni tinggal dengan family, semua mak ayah buat. Sekarang kena la pandai-pandaikan diri. Nak tanya jiran, jiran  pun macam tak mandang. Rumah bertutup bagai so kenalah guna teknologi dan kemudahan yang ada ni kan.

Memang Gas Petronas ni best la sebab ada kemudahan macam ni. Memudahkan I sangat-sangat la. Tambahan I ni baru pindah kan so masih tak tahu selok belok kawasan dan tak tahu mana kedai yang jual gas. I call je operator bahagian Gas Petronas, bagi alamat phone number semua and then dorang akan sampai sejam dari masa kita order Gas itu. Lepas ni call je la jawabnya kan. =)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...