D I A
Assalamualaikum. Salah Sejahtera You All.
"Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati
Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa
Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi "
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa
Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi "
Hijjaz-Kau Sahabat Kau Teman Sejati
Jika DIA masih bernafas di dunia ini pasti dia sedang menerima banyak ucapan ULANGTAHUN kelahiran yang ke-26. Kerana hari ini 14.11.2012 adalah ulangtahun ke 26 kelahiran DIA.
Tapi apakan daya, DIA telah pergi sebelum sempat menyambut ulangtahun kelahiran yang ke-17 tahun lagi. Semoga DIA sentiasa bahagia dan aman di sana. Insyallah suatu masa kita pasti akan berjumpa juga di alam sana.
* Al-Fatihah Meor Muhd Syazani Bin Meor Hamzah *
Aku Terima Nikahnya
Assalamualaikum Dan Salam Sayang You All. =)
Aku Terima Nikahnya. ! Sounds good kan. Bahagia rasanya kan. I ni entah bila akan melalui saat-saat macam tu. Cewahhh. Hehehe. Insyallah jika sampai jodoh dengan izin Allah SWT, saat itu pasti sampai. Cuma cepat lambat je kan. Kita kena cari yang benar-benar untuk diri dan hidup kita kan. Mana boleh memain benda macam ni. So tunggu je la masanya nanti.
Melalut pulak dah eh. Sebenarnya I nak share filem Aku Terima Nikahnya ni. Before ni tengok preview ni macam best je. So I dah pun download this movie dari YouTube tapi tak tengok lagi sebab ketiadaan masa untuk menontonnya. Ada masa jom kita tengok beramai-ramai movie Aku Terima Nikahnya ini.
Cuti Approve.!
Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua.
Selamat berhari Jumaat. Mesti ramai yang sangat sukakan hari Jumaat kan. Yea la hari terakhir untuk seminggu kan. Esok lusa dah cuti. Sangat best kalau bab cuti-cuti ni. =)
Next week ada dua public holiday. 12hb cuti untuk Deepavali and 14hb pulak cuti untuk Awal Muharram/Maal Hijrah. Conform ada antara tu yang ambik cuti sederet seminggu kan. Gila la lama you all cuti yea, sakan benor yea.
I pun antara yang bakal berholiday sakan tapi tak la sederet seminggu tu. Hanya dapat cuti 12hb & 14hb November je. 16hb kerja balik. So sad tak dapat berholiday kat Ipoh seminggu sederet. Tapi its okey sebab masih dapat cuti walaupun I antara pekerja yang baru. Kekadang pekerja baru ni susah nak dapat cuti kan tapi alhamdulillah this company sangat okey. I like it.!
Jadi, kepada yang akan balik ke kampung halaman sebentar lagi/hari ini (Saya La Tu) dan bakal pulang ke kampung halaman nanti, berhati-hati lah yea. Semoga perjalanan kita selamat. Dadadada..
Minuman Halal.?
Assalamualaikum. Salam Sejahtera All.
“Wahai sekalian manusia, makanlah dari apa yang ada di bumi makanan yang halal lagi baik...” (Surah al-Baqarah, 2: 168)
Air botol ni ada tanda halal dan diberi dari someone. Dan dibeli dari pasaraya besar dan berstatus halal air minuman ni. Kalau tengok rupa takde rupa Halal pun, botol pun dah macam botol minuman keras.
Masa bukak this minuman, perghh terkejut we all satu rumah. Mana taknya berterbangan penutup botol dan airnya sekali. Berlimpah ruah bagaikan seperti membuka botol air arak seperti dalam tv kala menyambut perayaan itu.
Dah macam tu terus we all buang minumam ini.!! Baik minum teh tarik home made lagi bagus dan conform Halal.
TNB Rm0.35 !
Assalamualaikum And Salam Sejahtera You All.
Hope you all sihat-sihat berlaka yea.
*Senyum arnab berkumandang dibibir*
Ha percaya tak ini adalah bil Tnb I. I pun tak percaya memula tu tapi dah secara terang terangan memang alamat rumah sewa I kan. Sah-sah la rumah I punya bil.
Before ni tinggal dengan parents tak pernah pun dapat bil yang bernilai sekecik kecik kecik ni. Bawah Rm1.00 tu. Memang agak kelam disini dan agak jakun sebab pertama kali bil I dapat ini macam nilainya. Hahahaaha.
Untung company I sebab bulan ni I punya elektrik bil hanya RM 0.35. Tak payah company bayar banyak-banyak kan. I pun untung sebab semua bill company bayarkan dan sewa rumah pun company bayarkan. Alhamdulillah rezeki kerja di kota ini. =)
Selamat Pagi Dunia
Assalamualaikum. Salam Sejahtera You All.
Selamat Pagi Sabtu.
“Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan orang yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari.” (Diriwayatkan al-Baihaqi)
"Ya Allah, jadikanlah permulaan hari ini suatu kebaikan, dan pertengahannya suatu kemenangan, dan penghabisannya suatu kejayaan, wahai Tuhan yang paling Penyayang dari segala penyayang"
Apply BR1M Secara Online
Assalamualaikum. Salam Sejahtera.
Ni adalah salah satu petikan perkara yang ada dalam Bajet 2013. Baca pelan-pelan dan fahami yea. =)
Dah habis baca dah.? Okey. Tahun lepas dah pun benda ni berjalan dan kebanyakkan yang apply dah dapat pun duitnya. Bajet 2013 ni dah memperluaskan pemohonan BR1M dengan memberi bantuan kepada individu bujang. (Sayalah tu.!) Before ni hanya ketua rumah je yang boleh apply so now macam I ni dah boleh mencuba nasib.
Yang paling best tu sekarang nak apply BR1M ni by online pun boleh you all. Hanya dihujung jari tu, mudah betul. So kepada yang nak apply tu boleh apply kat Pemohonan BR1M ni. Isi form kasi habis and then tunggu jawapannya pula yea.
* Berdoa supaya tergolong dalam golongan antara yang layak mnerima bayaran BR1M =) *
First Movie
Assalamualaikum. Salah Sejahtera You All.
Setiap daripada kita ni mesti ada yang berhobby dengan movie kan. Dan ada yang gila menonton wayang. Kalau boleh setiap movie yang ada kat cinema mesti wajib nak gi tengok. I tak la gila layan movie-movie kat wayang ni. Kalau ada yang ajak and time tu memang ada movie macam best, baru I akan gi tengok.
Dan seingat I ini lah movie pertama yang I saksikan di pawagam berhampiran. Memang time tu agak jakun sedikit sebab itulah pertama kali jejak kaki kat panggung wayang kan. Excited lebih pun ada tambah time tu gi wayang dengan boypren. Hehehehe.
Apabila jakun tu hilang dengan pelahan-lahan I rajin ajak mereka-mereka tengok wayang. Tapi tak la jadikan ianya sebagai hobi dan I tak la rajin jejak kaki ke pawagam. Kalau ada cerita best and ada pulak geng yang join sekaki memang akan ke sana la jawabnya kan.
So sesiapa yang nak ajak I tengok wayang tu jangan malu-malu yea. Dan pastikan movie itu best dan boleh menghappaykan hati sanubari I okey. =)
Subscribe to:
Posts (Atom)







