Pages

Just Post #3





Separuh Akhir AFF Suzuki 2012

Assalamualaikum. Salam Sejahtera You All.


Mesti la ni ramai yang dok tunggu depan Tv kan. Almaklumlah jap-jap lagi ada game bola Malaysia Vs Thailand untuk separuh akhir Piala AFF Suzuki 2012.

Kita sebagai rakyat Malaysia jom reramai sokong pasukan Harimau Malaya. Sokong depan tv je la yea. Kalah menang adat permainan tau. Jangan pulak kita sokong bila menang dan kutuk masa kalah. Tak patut tau. Jom sokong jerit depan tv sampai Malaysia menang.!!! 




Sunway Lost World Of Tambun, Perak

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.



Yeayyyy.!!! Finally I, my mom and my adiks dengan jayanya telah bersuka ria di Sunway Lost World Of Tambun.

Kami ni pure Perak and tinggal pun kat Ipoh tapi tak pernah terniat nak datang bersuka ria kat Lost World ni. Entah kenapa entah. Mungkin sebab dekat. Kita ni biasala yang dekat memang malas nak gi tapi yang jauh-jauh laju je kan.

Lost World Of Tambun ni dah di buka tahun 2004 kalau tak silap la, tapi this year 2012 baru la terniat nak pergi. Mungkin sebab dah ramai sangat orang sebut-sebut kan. Dah 8 tahun bukak mesti la orang dah ramai sebut-sebutkan. 




Apa pun thanks to my ayah sebab dia sponsor we all berempat walaupun dia tak join sekaki. Sebab dia kerja and malas pun nak join. Kerana itu dia semangat mengeluarkan duitnya. Hahahaaha.. We all bersuka ria pun hari Isnin hari bekerja sebab takut ramai pulak orang kalau gi weekend. Tu pun ramai gak sebab school holiday kan. 

Apa pun yang penting dapat luangkan masa bersama insan tercinta. Itu yang paling berharga. =)





Kenapa Perempuan Mudah Menangis.?

Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya, "Ibu, mengapa ibu menangis?" 
Ibunya menjawab, "Sebab ibu adalah perempuan, nak."
"Saya tidak mengerti ibu," kata si anak.
Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. "Nak, kau memang tak akan mengerti¦"

 Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. "Ayah, mengapa ibu menangis?"
"Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas," sang ayah menjawab. "Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan." 

Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis. Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, "Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?"

Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah mendengar jawapannya:

"Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama. Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur. 

"Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar.

"Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.

"Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.

"Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.

 "Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya. Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak..? 

"Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi. 

"Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah "air mata kehidupan."



Jodoh Pertemuan Ditangan Tuhan.

Assalamualaikum. Salam Sejahtera Semua.


Bila pulak nak merasa nasi minyak ni.?
Umur tu dah 25tahun tu, bila lagi.?
Turn wedding kamu bila pulak Nadia oi.?
Asyik gi wedding orang je, wedding sendiri bila pulak.?


Haa, amacam ada tak yang mengalami situasi atau pertanyaan diatas.? Ni lah soalan-soalan yang sering I dapat tau. Pantang jumpa saudara mara sepupu sepapat sekaum sekeluarga, mesti soalan cepumas ni wajib I  dapat. Jawapan dia jangan kata, bermacam-macam ada tau. Hehehe.


“Sometimes the questions are complicated and the answers are simple.” 


Masalah sangat ke you all.? Sedih tau. Siapa taknak kahwin kan, semua nak tapi apakan daya takde lagi jodoh yang sesuai. Kawan ramai la tapi yang nak sehidup semati takde lagi, so how.? Kita perempuan takkan nak terhegeh-hegeh kot. Oh its not me la.

Kekadang ada yang nak tapi terasa dia bukan yang terbaik. Bukan memilih tapi perlu buat pilihan. Pilihan yang membabitkan hidup, percaturan hidup sendiri. Salah pilih punah hidup you all. 
Ada yang kita suka tapi kita belum tahu dia suka kita ke takkan. Takkan perempuan pulak nak propose lelaki. Eidak la teman. Huhuhuhu.

So tunggu je la. Insyaallah jika diizinkan dipermudahkan olehNya ada la yea. Kita siapa nak tentukan itu semua. =)


“Maha Suci Tuhan Yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan, samada dari yang ditumbuhkan oleh bumi atau dari diri mereka ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya.” 
(Surah Yaa Sin : Ayat 36)



Berperangai Teruk.!!

Assalamualaikum. Salam Sejahtera. Selamat Pagi.


Macam mana hari-hari you all.? Baikkah. Hope semuanya berjalan dengan baik yea. I lately macam teruk sikit perangainya. Yes I akui sendiri yang I dah berperangai teruk sebab I know who I am.



" Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu banyak berprasangka, sesungguhnya ia dalah dosa dan janganlah kamu mencari kesalahan orang lain, dan jangan pula sebahgian kamu mengumpat orang lain. " 
(Surah al-Hujurat, ayat 12).


Perangai yang mementingkan diri yang mana I happy bila dapat tahu seseorang itu conform sahih divorce. Walaupun he already told me tapi I kurang percaya sebab he told like joke. Oh no, I happy sangat masa I tahu benda tu. Tambahan masa tu I tahu dari orang yang sangat boleh dipercayai kata-katanya. Terasa hati berbunga riang. Sangat gembira.!! Mungkin perasaan sayang mengatasi kewarasan hati dan minda I.

Tapi tetiba I rasa bersalah sangat. Bersalah sebab gembira diatas kesempitan-kesedihan-kesusahan orang lain. Ya Allah hanya Tuhan je tahu bertapa menyesalnya I boleh ada perasaan sebegitu. Sepatutnya I sebagai sahabat perlu ada rasa simpati atas kejadian yang dia alami tapi sebaliknya. I menyesal sangat dan I dah buang semua perasaan jahat I tu jauh-jauh. Hope after this I boleh berfikir secara baik dan berperasaan yang sepatutnya.

Dan sebagai seorang hamba Allah yang bersaudara/ bersahabat, I akan cuba sadaya upaya untuk menjadi seorang saudara/sahabat yang baik dan tidak mementingkan diri sendiri. I akan cuba membahagiakan sahabat-sahabat yang I sayang. Insyallah. =)


" Tidak ada seorang pun di antara kalian dipandang beriman sebelum ia menyayangi saudaranya sesama Muslim seperti halnya ia menyayangi dirinya sendiri."
(Al-Bukhari)


Gambar Bercerita 3

Assalamualaikum. Salam Sayang You All. 



"Jangan sesali apa yang sudah pergi. Jangan tangisi apa yang sudah tiada. Tetapi bangkitlah dan bina kembali apa yang telah hilang dan pergi."


" Kita lahir dengan dua mata di depan wajah kita, kerana kita tidak boleh selalu melihat ke belakang. Tapi pandanglah semua itu ke depan, pandanglah masa depan kita."

Hari Sentap Menyentap Sedunia

Assalamualaikum. Salah Sejahtera You All. 




I got this message (Facebook) from our lecturer time study kolej dulu. Terkejut juga sebab tetiba we all dapat this mesej. Mesej minta maaf. Oh so humble kan.

Puncanya kecil je. My friend sis Najiah post about our kolej konvokesyen. We all under UiTM programme dah lama konvo kat UiTM so this konvo anjuran kolej untuk all ex student kolej. So sis Najiah tag post for I and my friend Megat. We all memang antara best friend la. Jadinya setelah post di buat, we all pun komen bagai nak rak la jawabnya kan. Gurau-gurau sinis je pun komennya. Takde niat nak keji-maki-perli-kutuk pun tapi entah macam mana Puan ni yang juga our favorite lecturer, boleh sentap and siap bagi nasihat free lagi. Nasihat yang menyentapkan kami bertiga pulak. (Main sentap-sentap semuanya)

Jenuh we all bertiga mohon maaf dengan seikhlas dan sejujurnya kat dia tapi dia still macam marahkan kami. Walhal kami tak tuju dekat dia pun and all the komen semua hanya gurauan we all bertiga. Nak jadikan cerita sis Najiah padamkan post tu supaya tak berlarutan dan supaya orang lain yang baca akan mempertikaikan.

After beberapa minggu we all bertiga dapat facebook mesej ni. Agak terkejut dengan mesej ni. Dan we all sepakat supaya tidak reply apa-apa pun supaya tiada salah faham antara kami. Itu yang terbaik. Biar senyap daripada salah faham sesama kita kan. So alhamdulillah dia our ex lecturer faham apa yang kami maksudkan dan kami pun minta maaf sebab buat dia terasa hingga dia menitiskan airmata semasa baca our komen post. Sumpah kami tak maksudkan apa-apa dan minta maaf bebanyak. Sorry sesangat kepada yang telah terasa. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...