Pages

Kembali

Assalammualaikum, Salam Sejahtera.

Wahhh dah lama tak mengupdate belog I ni.
Usang dah ropenya (Bak kata orang perak.Hehehhee)
Sebulan dua ni I agak sibuk dengan hal-hal kerja and hal-hal personal sampai 
tak mampu nak menaip untuk blog sendiri. 

Terasa banyak sangat story nak share kat sini tapi tak berkesempatan. 
Ni je yang mampu buat masa ni. Sedih betul. 
Nanti ada masa I akan update la apa yang patut yea you all. 
Insyallah.

Kawan Peneman


" Maybe the reason why I haven't found who 
I've been searching for is because I know that I've already found him.
 It's just up to him to say whether I am who he has been waiting for."


“Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta 
dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. 
Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan
 seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur.”
(Hadis riwayat Muslim)


"Hak seorang kawan : 
Jika engkau tidak mampu memberi bantuan kepadanya, janganlah pula engkau memberi kesusahan kepadanya. Jika engkau tidak mampu menggembirakannya, Janganlah pula engkau mendukacitakannya. Jika engkau tidak mampu memujinya, Janganlah pula engkau mengejinya."
 -Kalam Sufi-

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2013



Assalammualaikum. Salam sejahtera you all.

" SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. "


Perggghh dah raya ke-8 baru nak wish kan. Apa nak buat keadaan tak mengizinkan nak mengupdate blog untuk wish Hari Raya. Ni baru berkesempatan, itu pun main curi-curi. Kerja menimbun katakan. 

Apapun dibulan yang baik ini tak terlambat kalau I nak mohon maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki jika ada tersalah tulis, tersalah taip dalam blog ini. Dan juga pada yang mengenali secara peribadi tu I mohon maaf juga jika ada terkasar bahasa, terusik, terpukul, termarah, tersindir dan sewaktu dengannya.

I pun maafkan semua orang yang pernah buat I terasa tu tau. Hehehehe. Semoga bulan Syawal ini mendatangkan satu rahmat baru untuk kita semua yea. Salam Aidilfitri.!!



Semua Tinggal Kenangan

Assalamualaikum. Salam Sejahtera You All. 


Selamat berpuasa you all. Dah hari ke-6 dah kita berpuasa kan. Lambat pulak rasanya. Bulan bulan puasa ni banyak la kenangan kenangan kan. Macam I gak ada je kenangan dalam bulan puasa ni. Kalau nak dicerita memang tak muat entry ni. Ada manis pahit nya kan, lumrah la kan.




Kekadang setiap kenangan tu boleh membuat kita rasa gembira dan mungkin juga sedih kan. Apapun setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya yang tersendiri. Allah SWT mungkin nak duga hambanya. Tahun lepas DIA bagi kita kegembiraan bersama dan tahun ni DIA bagi kita merasa kesedihan pulak. 

Sebagai hamba terima je la dengan apa yang dah jadi. Yang dah lepas tak boleh diperbetulkan lagi. Dan hati yang dah terguris pun susah nak disembuhkan. Biarlah waktu masa dan keadaan yang menentukan. Pasti ada yang terbaik menanti. Insyallah. Amin.


*Selamat Berpuasa Sahabat*


Selamat Berpuasa. Selamat Bersahur. Selamat Berbuka.

Assalamualaikum. Salam Sejahtera You All.


Wahhhh....... Alhamdulillah bertemu lagi kita dengan bulan mulia ni kan, bulan Ramadhan. Bulan yang paling ditunggu sebab nak collect segala pahala-pahala. Bulan ni la bulan yang paling baik untuk kita sebagai umat islam memperbanyakkan ibadah dari bulan-bulan lain.

Tahun ni tahun ke-2 I berpuasa sebagai perantauan. Ceh macam jauh sangat kat. Walhal tak sampai 3jam pun kalau drive balik Ipoh dari kL ni ha. Melampau sungguh. Yea la tahun ni first Ramadhan kena sahur sesorang and berbuka pun sesorang. Tak macam tahun lepas, Ramadhan pertama dapat sahur dan berbuka sesama mak ayah and adik-adik. Takpela berdikari kan. =)




So I nak wish kat you all semua Selamat Berpuasa, Selamat Bersahur, Selamat Berbuka, Selamat Bertarawih dan Selamat menjalani segala ibadah di bulan mulia ini yea.. 
Jangan membazir ok. (Ingatkan diri sendiri sebenarnya tu)



Kebahagian



Ya Allah Ya Tuhanku.

Aku bersyukur dengan nikmat yang telah Engkau berikan kepadaku sekarang ini. Kasih sayang yang sukar digambarkan. Walaupun begitu banyak dugaan ditempat kerja yang Engkau berikan kepada ku sejak kebelakangan ini tapi Engkau telah berikan aku satu nikmat kasih sayang yang mampu membuat aku tersenyum lega. Dan mampu membahagiakan aku seadanya. Aku bersyukur dengan ada nya kasih sayang itu, aku mampu menerima segala dugaan yang datang itu.


"Ya Allah, bantulah hati ini memahami, 
menghayati dan merasai keindahan takdirMu. 
Jadikanlah aku hamba yang sebenar-benarnya hamba."


Aku berharap apa yang aku miliki sekarang ini akan berkekalan. Dan kebahagian yang ada ini akan terus berkekalan bersama aku. Hanya padamu ku memohon. Amin.



Telur Direbus

Tajuk entry macam kelakar pun ada kan. Hahahaha.
Bukan apa ni I nak share something yang I got it masa dok belek-belek google.


Nampak tak.? Ha tu timing untuk mendapatkan tekstur telur rebus yang diingini. 
Ada yang suka telur rebus kuningnya cair, separuh cair dan masak betul kan. 
Kekadang kita tak pasti berapa lama telur nak direbus untuk dapatkan tekstur camtu.
Ni I dah dapat satu cara so lepas ni boleh la try kan. 
Kalau jadi maknanya betul la time tu kan. =)


Maaf

Pagi-pagi dia dok garang-garang tinggi suara. Siap jerit " Nadia... Call Anas Digi tu sekarang ". Terkejut i tau. Tapi takde la terasa mana pun sebab mungkin mood pagi semalam sangat baik dan indah. Hahaha.

On the way balik kerja dalam pukul 7pm, tetiba ada call. Bila handphone berada di dalam beg yang penuh dengan seaneka benda, agak jenuh nak mencari kan. Tengok-tengok dia call. Ada apa lagi ni. Dah la tengah nak mendaki bukit, payah kot nak drive. Dengan sebelah tangan pegang phone, sebelah nak pegang stering and gear (almaklumlah kereta manual) and nak naik bukit lagi. Arghhh saja nak mencabar krebiliti bawa kereta kan.

Dengan baik hati, phone dijawab juga.

" Assalamualaikum "

' Waalaikumusalam. Ada kat mana.? Dah sampai rumah ke belum ni.? '

" Belum lagi, on the way. Tengah nak mulakan mendaki bukit ni ha. Kenapa.? "

' Lambatnya balik dah pukul 7 kot. '

" Haah lambat. Banyak benda nak kena buat kan. Banyak salah kan. "

' Alaa.. Sorry yea. Maaf sesangat sangat sangat '

" Sorry sebab apa pulak dah.? "

' Yea sorry minta maaf sangat sebab pagi tadi. '

" Ha.? *Jenuh dok pk sebab apa pagi tadi sampai kena minta maaf ni * "

' Yea la pagi tadi terkasar termarah kan. Pasal masterlist Digi tu. '

" Ya Allah pasal benda tu pun nak minta maaf ke. Nadia takde hal la.
*Ikutkan memang xde terasa pun sebab I know the situation sekarang dan memasing kelam kabut* "

' Apapun sorry sesangat tau. Bla bla bla bla..... (Panjang berjela penerangan dan luahan perasaan). '

" Okey-okey takpela takde hal la. Bla bla bla bla....... (Jawapan yang panjang berjela pulak) Hehehe. "


Perbualan berterusan sehingga sampai rumah dan sehingga drama kegemaran kat TV3 tu habis. Nampak tak sesi luahan perasaan tu. Benda kecik je tapi dok citer sampai tak sedar. Apapun I salute la sebab seorang lelaki yang takde perasaan tu boleh siap minta maaf sebab benda kecik berkenaan dengan kerja. 

Kekadang bila seorang lelaki yang meminta maaf kerana hal kecil terasa seperti lain macam kan. Tambah-tambah kalau kita yang perempuan ni takde terasa dengan apa yang dah terjadi. Kalau memang I ada terasa memang MAAF tu diperlukan. Hehehe. 

Dan sebenarnya MAAF itu amat diperlukan jika kita sedar yang kita ada melakukan kesilapan dan kesalahan walaupun sekecil zarah. Dan maaf itu ada ubat bagi hati yang sedang sakit. 




Kek Kukus Guna Periuk Nasi

Assalamualaikum. Salam Sejahtera You All.




Amacam.? Percaya or tak saya buat kek kukus ni guna periuk nasi..?
Ha mungkin ada yang kurang tahu and percaya. Macam my mak la tak percaya yang I boleh kukus adunan kek sampai boleh jadi kek tu tau. 

Yea la selama ni orang nak buat kek kukus guna pengukus yang bertingkat-tingkat tu kan. Tapi sebab I ni dok rumah bujang yang masih kekurangan harta benda so kena la fikir cara lain. Entah macam mana boleh dapat ilham nak buat kek kukus guna periuk nasi. Jom I share sikit macam mana I buat ok.





You all kena pastikan yang you all ada periuk nasi yang besar dan kecil. Kira periuk kecil tu boleh masuk dalam periuk nasi yang besar tu la. Jangan terlalu kecil yea sebab nanti bila air mendidih masalah sikit.

Macam gambar kat atas tu periuk nasi besar tu you all taruh air separuh penuh dan letak periuk kecil tu dalam periuk nasi besar yang ada air tu ok. You all boleh onkan periuk nasi tu dan biarkan air tu mendidih dan kemudian boleh masukkan adunan kek you all tu dalam periuk nasi kecil tu. (Pastikan periuk nasi kecil tu dah di sapu dengan butter terlebih dahulu yea, sebab takut melekat pulak).




Dah masukkan adunan kek tu you all boleh tutup periuk tu dengan tudung periuk macam kat atas tu ha. Tu tudung periuk kukus tu. Tudungnya ada tapi badannya sudah pergi entah ke mana entah. Hehehe. 

Oppss.. Nak ingatkan you all and I sekali. Kalau boleh tudung periuk tu kita balutkan dengan kain sebab takut nanti air kukusan tu jatuh dalam kek kita. Dan tak cantik nanti. Ni I lupa dan memang kek I tobek you all. Sedih.







Nampak tak hasilnya kek kukus I tu. Walaupun tak cantik tapi rasa memang ngam la. Tak sia-sia buat tau. Dan berhasil dengan jayanya walaupun pertama kali kukus kek guna periuk nasi. Hahaha. So you all yang dok rumah bujang atau takde periuk kukus bertingkat tu, you all boleh la guna cara macam I ni yea. Senang je. Selamat mencuba yea you all semua.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...