Pages

MasterChef Malaysia

Salam. Hai you all semua.

I nak tanya ni. You all pernah terfikir tak nak masuk pertandingan masak memasak ni.? 

My mom ni lately rajin benor mulutnya cakap "Kamu taknak ke try masuk Masterchef." Apa ke hal Puan Sarimah ni.? Tetiba pulak dah.

Mak, anda tau tak yang anak anda ni pandai makan je. Masak memang pandai jugak tapi masak apa yang suka dimakan je. Bantai kena masak ikan keli ke ikan haruan ke, tak pengsan I wahai emak ku sayang. *Sumpah pengsan*.

Takpe la emak ku sayang, kita bagi chance orang lain masuk yea. Kita tengok je la lagi senang. Hehehehe.




Bila sebut-sebut pasal Masterchef ni teringat Arshad Zamir. Yea Arshad Zamir. Salah seorang peserta Masterchef Malaysia musim 1. Dia antara 4 terbaik. We all satu family memang suka sangat dengan dia ni. Memang sokong sangat la. Dah la muda, handsome sweet cute and pandai masak pulak tu kan. =)

Hope untuk second season Masterchef Malaysia ni ada ramai lagi peserta muda. Bukan apa, we all seronok bila tengok orang muda memasak. Terasa macam I je yang tengah masak tu. Hehehe.

Siapa-siapa yang terasa nak join Masterchef Malaysia ke-2 ni sila la usha-usha Masterchef Malaysia ataupun  Masterchef Malaysia Kedua  ni yea. Selamat mencuba.


Dindacahaya VS Thedindacahaya


Sedih hati tau bila usha-usha blog lama yang telah di godam dengan jayanya oleh insan tak sihat mana entah. Tension tension. Apa nak buatkan benda dah jadi. Terima je la dengan redha kan. (Redha la sangat)

Before ni blog I ialah DINDACAHAYA and kalau you all perasan nama blog baru ni lebih kurang sama dengan yang lama kan. Bukan apa I sayangkan nama blog tu so tak salah I guna balik nama yang sama cuma  ada penambahan sikit di awal nama. Blogger tetap orang yang sama okey. 

 Now I akan concentrate to new baby THEDINDACAHAYA. Wish me to rajin rajin update entry okey. Semoga lebih menarik dan tertarik. Insyallah. Sayang you all semua. Mmmuuuaaahhh.


Quote 1



Blog Disabotaj



Amacam ada berani.?

Ni lah salah contoh reaksi I pabila blog I DINDACAHAYA kena hack ataupun lebih mesra kena SABOTAJ okey. Terkilan rasa hati tau. Rasa nak baham laptop pun ada masa tu. (Kalah badang ni)


You all bayangkan you all dengan semangat waja untuk mengupdate blog, login bagai tup tup error. Apa kejadahnya semua tu. Beratus kali ada I dok mengodak godek blog, email semua. Siap pinjam laptop jiran tetangga lagi untuk cuba. (Ok itu tipu). Sumpah nangis masa tu. Mana taknya kan. Sedih terkilan bagai la.

Putus asa dibuatnya. Sampai masa tu nak resign daripada dunia blog memblog terblog ni. Berminggu jugak la I buat do no je dengan dunia blog ni. (Tanda protes okey)

Tapi tak tahan pulak rasanya nak menaip ni. Dah rasa macam ia satu diari kehidupan pun ada. Dok story pasal apa yang kita buat seharian.

Dan setelah hilang rasa nak protes itu, I buat come back dengan bloh kedua ini. Rajin kan. Hope ada yang masih sudi jengah blog I ini. 


Pesanan pada diri sendiri : After this nak rajin tukar password.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...