Pages

Dari Sungai Klah Sungkai Ke Kuala Woh Tapah

Salam you all.

I nak share satu aktiviti yang I and family buat. Tapi benda ni dah basi pun cuma tak di update awal-awal. Bukan malas cuma lupa nak share dengan you all. Hehehehe. Bukan aktiviti apa pun cuma riadah bersama family je. Makcik and Pakcik sebelah my mom memang rajin hangout sama-sama. Tambahan bila time cuti sekolah, bila semua balik Perak. Mulalah rancang macam-macam. Kadang-kadang sampai apa yang dirancang tu tak jadi terus, last-last buat potluck kat rumah family I.

School holiday hari tu my family rancang nak gi berkelah. Mulalah google sana sini mana port best nak berkelah. Tapi nak air terjun atau sungai. Tak nak laut. Dan I memang kurang suka mandi laut sebenarnya. (Bagi mengelakkan surnburn melampau)

Last-last my mom decide berkelah kat Sungai Klah Hot Spring Park, Sungkai Perak. Haruslah cari dalam kawasan Perak kan sebab semua balik kampung. Tambah dengar jiran tetangga cakap Sungai Klah tu memang best. I nama je dok Perak tapi eidak pernah pergi pun. *Malu sikit disitu*


Tapi bila sampai je Sungai Klah tu, ha ambik kau. Orang punya la ramai. Sampai parking satu pun takde. Mati akal. Takkan nak bergelumang mandi dengan orang yang padatkan. Maunya air yang jernih jadi keruh tu. So plan B. Dengan pantas my mom decide we all cuba nasib gi Kuala Woh pulak. Kebetulan Kuala Woh tu tak jauh sebab kat Tapah je. 

Kuala Woh Tapah pun ramai orang jugak tapi masih mampu bernafas. Hehehe. Dah la we all semua datang dengan 4 kereta. Tapi rezeki we all dapat juga parking yang dekat. So dah sampai apa lagi aktiviti beriada bermula la jawabnya.

The best part, MAKAN!






Sebenarnya bukan aktiviti tu yang di kejar tapi riadah bersama keluarga tu yang sebenarnya. Ia akan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. I untung sebab keluarga I masih mengekalkan hubungan yang baik dan wajib berkumpul bersama bila ada masa. Love them so much.


Kami Sudirman Haji Arshad

You all pernah tak menonton filem Arwah Sudirman Haji Arshad.? Ala filem lama tajuk KAMI. 

Mesti ada di kalangan you all yang sebaya dengan I tak berapa tahu pasal filem tu kan. Yea la kita lahir pun selepas beberapa tahun filem tu dimainkan. Memang sah tak tahu. I pun honestly tak tahu and tak pernah ambik tahu pun sebab taknak ambik tahu. (Agak kejam disitu kan).

Dan secara rasminya I yang taknak ambik tahu ni dah gatai nak beritahu you all yang filem KAMI itu best. Agak sedih itu filem. Dan tanpa sedar boleh menitiskan airmata. Tak tahu sedih tang mana tapi hati ni ada rasa sedih bila tengok cerita tu sampai habis. *Sedikit confius*. 

Mungkin lakonan arwah dalam tu agak jangal (lakonan pertama katakan) tapi its okey sebab berani mencuba dan sedikit berkesan. Ini pendapat I je yea you all. Setiap orang ada pendapat masing-masing, right.?




Lirik Lagu - Nurul Iman


Rindu kekasih yg syahdu nian 
Bertemankn kau di kamar hati 
Nurul iman oh dikau penyeri 
Kegelapan di kala mencari 

Gemersik alunan cinta berputik 
Mengharap persimpangan idaman hati 
Memenuhi fitrah insan sejati 
Keayuan anugerah Ilahi 

Nama yg terukir di pohonan suci 
Bernaung sebuah keikhlasan 
Engkau tersenyum ceria ku keharuan 
Dan bersemi cinta selama-lamanya 

Dia milik insan yg mendamba kebahagiaan 
Sebelum sesudahnya tercapai impian murni 
Kekasih hati cinta yg diredhai 
Ucapkanlah kalimah yg ku rindu

By Amar




Nurul Iman Dalam Kenangan

Baru-baru ni I dok belek-belek buku lama zaman sekolah menengah dulu tau. Dalam dok belek-belek tu tetiba terjumpa satu kertas lirik lagu. Lirik lagu nasyid tau. (Ingat I tak pandang ke lagu-lagu nasyid. Suka tau). Lama dah tinggal zaman sekolah tau, dah 8 tahun tau. Terasa kurang muda pulak kan. Hihihi. 

Dulu ada seorang kawan yang selalu nyanyikan lagu nasyid tu kat I. Tiap kali I menapak kat kelas dia, mesti dia akan nyanyikan lagu ni. Kebetulan dia seorang yang punya suara sedap dan merdu. Kalau you all dengar dia mengaji or baca ayat-ayat Quran conform jatuh suka punya lah. Jujur memang best suara dia.


Tu la dia sahabat I yang I maksudkan itu. Alif namanya, yang bersuara sedap bila menyanyi dan juga merdu pabila mengaji. Dah kahwin yea you all semua. Hehehehe. Apa pun I sangat happy ada kawan macam dia. Dan till now we all still friend and hope silaturahim ini berkekalan. Insyallah. 

Berbalik kepada asal. (Nadia, kau dah memesongkan cerita ni ok). Okey lagu nasyid yang I maksudkan ialah lagu bertajuk Nurul Iman by Amar. Zaman menengah dulu-dulu lagu ni memang famous and I memang suka. Sampai nak dengar hari-hari tau. Dan siap salin lirik lagu lagi tu. 

You all cuba la dengar yea. Kot-kot berkenan di hati. Dan kot-kot teringin nak ada orang yang tolong nyanyikan untuk you all. =)



*Dok teringat zaman nakal-nakal dulu.*

MasterChef Malaysia

Salam. Hai you all semua.

I nak tanya ni. You all pernah terfikir tak nak masuk pertandingan masak memasak ni.? 

My mom ni lately rajin benor mulutnya cakap "Kamu taknak ke try masuk Masterchef." Apa ke hal Puan Sarimah ni.? Tetiba pulak dah.

Mak, anda tau tak yang anak anda ni pandai makan je. Masak memang pandai jugak tapi masak apa yang suka dimakan je. Bantai kena masak ikan keli ke ikan haruan ke, tak pengsan I wahai emak ku sayang. *Sumpah pengsan*.

Takpe la emak ku sayang, kita bagi chance orang lain masuk yea. Kita tengok je la lagi senang. Hehehehe.




Bila sebut-sebut pasal Masterchef ni teringat Arshad Zamir. Yea Arshad Zamir. Salah seorang peserta Masterchef Malaysia musim 1. Dia antara 4 terbaik. We all satu family memang suka sangat dengan dia ni. Memang sokong sangat la. Dah la muda, handsome sweet cute and pandai masak pulak tu kan. =)

Hope untuk second season Masterchef Malaysia ni ada ramai lagi peserta muda. Bukan apa, we all seronok bila tengok orang muda memasak. Terasa macam I je yang tengah masak tu. Hehehe.

Siapa-siapa yang terasa nak join Masterchef Malaysia ke-2 ni sila la usha-usha Masterchef Malaysia ataupun  Masterchef Malaysia Kedua  ni yea. Selamat mencuba.


Dindacahaya VS Thedindacahaya


Sedih hati tau bila usha-usha blog lama yang telah di godam dengan jayanya oleh insan tak sihat mana entah. Tension tension. Apa nak buatkan benda dah jadi. Terima je la dengan redha kan. (Redha la sangat)

Before ni blog I ialah DINDACAHAYA and kalau you all perasan nama blog baru ni lebih kurang sama dengan yang lama kan. Bukan apa I sayangkan nama blog tu so tak salah I guna balik nama yang sama cuma  ada penambahan sikit di awal nama. Blogger tetap orang yang sama okey. 

 Now I akan concentrate to new baby THEDINDACAHAYA. Wish me to rajin rajin update entry okey. Semoga lebih menarik dan tertarik. Insyallah. Sayang you all semua. Mmmuuuaaahhh.


Blog Disabotaj



Amacam ada berani.?

Ni lah salah contoh reaksi I pabila blog I DINDACAHAYA kena hack ataupun lebih mesra kena SABOTAJ okey. Terkilan rasa hati tau. Rasa nak baham laptop pun ada masa tu. (Kalah badang ni)


You all bayangkan you all dengan semangat waja untuk mengupdate blog, login bagai tup tup error. Apa kejadahnya semua tu. Beratus kali ada I dok mengodak godek blog, email semua. Siap pinjam laptop jiran tetangga lagi untuk cuba. (Ok itu tipu). Sumpah nangis masa tu. Mana taknya kan. Sedih terkilan bagai la.

Putus asa dibuatnya. Sampai masa tu nak resign daripada dunia blog memblog terblog ni. Berminggu jugak la I buat do no je dengan dunia blog ni. (Tanda protes okey)

Tapi tak tahan pulak rasanya nak menaip ni. Dah rasa macam ia satu diari kehidupan pun ada. Dok story pasal apa yang kita buat seharian.

Dan setelah hilang rasa nak protes itu, I buat come back dengan bloh kedua ini. Rajin kan. Hope ada yang masih sudi jengah blog I ini. 


Pesanan pada diri sendiri : After this nak rajin tukar password.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...