Pages

Si Kecil Danish

Assalamualaikum.
Salam Sejahtera You all.

Orang duk sibuk-sibuk nak beropen house kat rumah my uncle and aunty, tup-tup kena tolong jaga anak dorang sebab both of them sedang sibuk menyiapkan "pembukaan rumah" sempena bulan Syawal ni. 

Haish.. Jenuh jaga budak sorang ni. Hyperactive sesangat tapi this time agak baik sebab diupah makan kek pisang kegemaran dia. Dan dengan baik hati telah memberikan pose untuk ditangkap gambarnya.

Bila nak take photo together dia boleh pulak lari. *Kejam kau danish*. So I menepek pictures dia je la kat entry ni. Gambar tuan punya blog terpaksa dikemudiankan demi anak sedara tersayang. =)








Hafiz & Dato' Siti Nurhaliza-Muara Hati (OST Adam & Hawa)

Assalammualaikum you all.
Sihatkan you all semua.? Harap sihat la yea.


La ni selalu sangat lagu Muara Hati berkumandang di radia. Bukak radio pergi kerja ada lagu ni, kat office bukak radia ada lagi lagu ni, on the way balik kerja bukak radio kereta ada jugak lagu ni, sebelum nak tidur pasang radio pun masih ada lagu Muara Hati berkumandang dengan shahdunya. Aishh memang tengah membuak-buak lagu ni. Lagu sedap katakan. Dapat pulak penyanyi yang menyanyikan lagu ni memang hebat belaka. Gabungan suara yang sangat cantik bagi I. Buat masa ni kalau dengar this song memang layan jugak la. Lagu tengah hot katakan tu yang layan je bila dok dengar kan. So bolehla layan sampai lebam, sampai telinga naik muak. Hehheehehee.. =)


Sebab Rezeki Susah Nak Masuk



Ussy feat Andika Pratama - Kupilih Hatimu



Hai you all. Sedap tak lagu ini.? Boleh la ek.. Hehehee.

Ok lagu ni I terdengar masa layan drama bersiri kat TV3. Drama Kau Yang Terindah. Mula-mula tak layan sangat drama ni tapi sekarang ni wajib tengok sebab jalan cerita not bad. (Bab cinta not bad la kan)

Dalam drama lagu ni selit sikit-sikit je. Tak dapat nak dengar full song so now I dah dapat full song so boleh dengar selalu. Nanti free I update lirik lagu Ku Pilih Hatimu ni okey. =)


Kad Hilang.!!!

Assalamualaikum and Salam Sejahtera You All..



Baik hati tak if you all dapat this note from someone.?

Baik la kan sebab dia terjumpa barang milik orang lain dan ingin pulangkan semula walaupun dia tak kenal pun tuan punya barang.

Ini apa yang telah terjadi pada I. Pepagi nak gerak pergi kerja I dapat this note. Dia selitkan note tu kat pembuka pintu kereta I. Mula-mula dapat suspen gak, yea la dah la baru sebulan dua duduk the area lepaih tu masih belum kenal dengan jiran tetangga, tup-tup dapat the note.

Rupa-rupanya note ingin memulangkan kad keluar masuk kawasan apartment I. I pun tak sedar kad tu tercicir. Maybe balik kerja semalamnya tercicir sebab kelam kabut keluar kereta kerana hujan melanda. Ni la masalah I, careless sesangat. Tapi bernasib baik ada orang yang baih hati terjumpa. Kalau tak kena la buat new card RM 50.00.. *Cekik darah betul*

Senyum Terbahak-Bahak

Assalamualaikum. Sihat ke.?

Raya okey ke you all.? Hope bergembira la yea. Kepada yang tak berapa nak happy time-time raya ni apa kata you all video Lawak Ker Der Kat Istana Budaya. Gelak terbahak-bahak I tengok lawak dorang semua. Enjoy okey.. =)






Lagu Raya Di Hari Raya

Assalamualaikum Dan Hai You All.

Amacam raya, okey ke.? Mesti you all makan over-over kan. Almaklumlah hari raya kan. Jangan over makan tu yea you all nanti sakit pulak. Sakit sebab kekenyangan dan sakit sebab terlebih makan. Hehehe.

Dalam mood raya macam ni, lagu raya pulak berkumandang memang mengembirakan jiwa sanubari. Naik je kereta open radio, keluar lagu raya. Pergi beraya ke rumah sedara, depe buka pulak lagu raya, duduk rumah pasang tv pun ada lagu raya. Best-best.

I kurang suka dengar lagu raya dalam mood berpuasa. I lebih suka dengar lagu-lagu raya masa minggu berhari raya. Baru mood raya membuak-buak di jiwa. Hihihi.












Itu adalah antara lagu-lagu raya yang I suka. Sebenarnya ada banyak lagi lagu raya yang I suka dengar tapi yang ada antara yang paling disukai. Lagu raya membangkitkan raya untuk BerHari Raya. =)



Gambar Bercerita 2

Assalamualaikum.


Sedih dan tak terkata bila lihat picture ni. Syukurlah kita ke hadrat Illahi dengan limpah kurniaNya. Syukur Alhamdulillah..


Ucapan Maaf Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum.

Macam mana persiapan you all semua, bereskah.? Hope semua selesai before raya la yea. He3. Tahun ni I and family raya sederhana sangat dan sangat sebab I takde kat Ipoh untuk membantu. Malam jumaat baru sampai Ipoh so memang tak sempat la. Tanpa I tak jadi la kan. *Perasan Sikit*

Okey kerana esok kita akan menyambut HARI RAYA AIDILFITRI, I nak wish something to all of you :


* I minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki jika segala apa yang I tuliskan di blog ni ada menyentuh  perasaan sanubari you all semua.

* I minta maaf jika ada yang pernah dan ada tersinggung dengan kata-kata dan tingkah laku I.

* I minta maaf jika I pernah tergurau kasar, tertampar, tersepak, terpukul, tercubit and TER lain-lain.

* Halal kan apa yang dah you all kasi atau yang I dah terambil terpakai terguna.

* Dan maafkan segala-galanya yang memerlukan kemaafan. =)


Harap you all dapat lah maafkan yea. Kalau tak dapat nak maafkan tu takpe la I terima seadanya dengan hati terbuka dan ikhlas. Hehehe.    

Selamat Hari Raya Aidilfitri You All.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...