Pages

Save Gaza From Israel

Assalamualaikum. Salam Sejahtera You All.




La ni semua orang dok cerita pasal keadaan di Gaza, Palestin. Sedih kan bila tengok sedara seagama dilakukan perkara sebegitu. Kita yang berada di negara aman ini berdoalah untuk mereka dari kekejaman Israel jahat itu.

Dan cubalah kita sesama kita memboikot segala benda yang datangnya dari Israel. Mungkin ini salah satu cara untuk kita membantu saudara Islam kita di Palestin itu. Marilah kita berdoa untuk mereka disana. 





Anugerah Industri Muzik 19 (AIM2012)

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera.


I tak tengok lagi Anugerah Industri Muzik ke 19 ni. So setelah di google di youtube jumpa juga. Siapa yang belum tengok secara visual lagi tu, meh la tengok sesama. =)





KFC Zinger Double Down Special

Assalamualaikum. Salam Sejahtera You All.


KFC Zinger Double Down Special. Dah try ke you all.? Walaupun dah agak lama Bouble Down ni keluar tapi I baru je try. Itupun selepas desakan adik-adik I tu. Nak sangat makan selepas iklan-iklan KFC Double Down ni berleluasa di media.



Gambar tak cun sebab tak tahan nak makan dah. =)

Dan  setelah menikmati makanan ini, ingin diberitahu bahawasanya KFC Zinger Double Down Special ini sangat-sangat-sangat la sedap dan mengembirakan hati buat pemakannya. Tapi bagi pengemar ayam la, yang tak berapa gemar tu sorry la yea. Tapi you all mesti try sebab ianya sangat la berbaloi dan sumpah sedap. Enjoy.. =)





D I A

Assalamualaikum. Salah Sejahtera You All.


"Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati


Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa

Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi "

Hijjaz-Kau Sahabat Kau Teman Sejati


Jika DIA masih bernafas di dunia ini pasti dia sedang menerima banyak ucapan ULANGTAHUN kelahiran yang ke-26. Kerana hari ini 14.11.2012 adalah ulangtahun ke 26 kelahiran DIA.

Tapi apakan daya, DIA telah pergi sebelum sempat menyambut ulangtahun kelahiran yang ke-17 tahun lagi. Semoga DIA sentiasa bahagia dan aman di sana. Insyallah suatu masa kita pasti akan berjumpa juga di alam sana.


* Al-Fatihah Meor Muhd Syazani Bin Meor Hamzah *


Aku Terima Nikahnya

Assalamualaikum Dan Salam Sayang You All. =)

Aku Terima Nikahnya. ! Sounds good kan. Bahagia rasanya kan. I ni entah bila akan melalui saat-saat macam tu. Cewahhh. Hehehe. Insyallah jika sampai jodoh dengan izin Allah SWT, saat itu pasti sampai. Cuma cepat lambat je kan. Kita kena cari yang benar-benar untuk diri dan hidup kita kan. Mana boleh memain benda macam ni. So tunggu je la masanya nanti. 

Melalut pulak dah eh. Sebenarnya I nak share filem Aku Terima Nikahnya ni. Before ni tengok preview ni macam best je. So I dah pun download this movie dari YouTube tapi tak tengok lagi sebab ketiadaan masa untuk menontonnya. Ada masa jom kita tengok beramai-ramai movie Aku Terima Nikahnya ini.




Cuti Approve.!

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua.

Selamat berhari Jumaat. Mesti ramai yang sangat sukakan hari Jumaat kan. Yea la hari terakhir untuk seminggu kan. Esok lusa dah cuti. Sangat best kalau bab cuti-cuti ni. =)

Next week ada dua public holiday. 12hb cuti untuk Deepavali and 14hb pulak cuti untuk Awal Muharram/Maal Hijrah. Conform ada antara tu yang ambik cuti sederet seminggu kan. Gila la lama you all cuti yea, sakan benor yea. 

I pun antara yang bakal berholiday sakan tapi tak la sederet seminggu tu. Hanya dapat cuti 12hb & 14hb November je. 16hb kerja balik. So sad tak dapat berholiday kat Ipoh seminggu sederet. Tapi its okey sebab masih dapat cuti walaupun I antara pekerja yang baru. Kekadang pekerja baru ni susah nak dapat cuti kan tapi alhamdulillah this company sangat okey. I like it.!



Jadi, kepada yang akan balik ke kampung halaman sebentar lagi/hari ini (Saya La Tu) dan bakal pulang ke kampung halaman nanti, berhati-hati lah yea. Semoga perjalanan kita selamat. Dadadada..


Minuman Halal.?


Assalamualaikum. Salam Sejahtera All. 


“Wahai sekalian manusia, makanlah dari apa yang ada di bumi makanan yang halal lagi baik...” (Surah al-Baqarah, 2: 168)






Air botol ni ada tanda halal dan diberi dari someone. Dan dibeli dari pasaraya besar dan berstatus halal air minuman ni. Kalau tengok rupa takde rupa Halal pun, botol pun dah macam botol minuman keras.

Masa bukak this minuman, perghh terkejut we all satu rumah. Mana taknya berterbangan penutup botol dan airnya sekali. Berlimpah ruah bagaikan seperti membuka botol air arak seperti dalam tv kala menyambut perayaan itu.

Dah macam tu terus we all buang minumam ini.!! Baik minum teh tarik home made lagi bagus dan conform Halal. 



TNB Rm0.35 !

Assalamualaikum And Salam Sejahtera You All.
Hope you all sihat-sihat berlaka yea.




*Senyum arnab berkumandang dibibir*

Ha percaya tak ini adalah bil Tnb I. I pun tak percaya memula tu tapi dah secara terang terangan memang alamat rumah sewa I kan. Sah-sah la rumah I punya bil. 

Before ni tinggal dengan parents tak pernah pun dapat bil yang bernilai sekecik kecik kecik ni. Bawah Rm1.00 tu. Memang agak kelam disini dan agak jakun sebab pertama kali bil I dapat ini macam nilainya. Hahahaaha.

Untung company I sebab bulan ni I punya elektrik bil hanya RM 0.35. Tak payah company bayar banyak-banyak kan. I pun untung sebab semua bill company bayarkan dan sewa rumah pun company bayarkan. Alhamdulillah rezeki kerja di kota ini. =)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...