Any Job Vacancy.?
Assalamualaikum. Salam Sejahtera You All.
Macam mana hari-hari you all semua.? Baik-baik kah. Harap semuanya berjalan dengan baik yea.
I pulak lately macam biasa agak sibuk. Sibuk dengan kerja semestinya la kan. Sibuk dengan hal-hal lain pun sama jugak.! Kerja kerja jugakkan, enjoy kena jugakan kan. Tu yang dok busy tu. Hehehe.
Sekarang ni I dengan jayanya semangat mengemail, mengepost, mengisi segala vacancy yang ada dalam Malaysia ni tau. Bukan sebab tempat kerja ni tak best tapi sebab seorang perempuan cina tua a.k.a account manager yang ada kat office ni ha. Perangai mengalahkan bos. Bos punyala baik tapi cina tua ni perangai teruk tahap gaban. Sangat tak tahan dengan dia. Thats why sekarang dok usha usha kerja lain kot-kot ada rezeki tempat lain kan.
Tapi bila fikir secara rasional, rugi pulak nak berhenti. Company ni bagus ada potensi. Deal pun banyak dengan syarikat telekomunikasi yang besar-besar tu. Gaji pun dah ok, tempat tinggal diberi, bila api air company bayar, benda-benda lain boleh claims. Oh sangat menjaga kebajikan staff management ni. Semua staff pun sangat la best, macam kawan kawan je. Tapi tu la kerana cina tua habis I takde mood nak stay lelama kat sini tau. Kekadang time nak gi kerja dok teringat dia terus boleh spoil mood harian I tau.
![]() |
| Rakan sekerja yang sangat baik. =) |
Dan sekarang I hanya mencuba cari job lain pulak. Mana tau rezeki kan. Tapi kalau dah rezeki kerja I memang dah tertulis kat Dynasynergy ni, I terima je. Tahan je la selagi mampu bertahan kan. Hope ada hikmah disebalik apa yang terjadi. Please doakan yang terbaik untuk I yea kengkawan.
Selamat Hari Keputeraan Sultan Perak
Assalamualaikum. Salam Sejahtera You All.
Sebagai seorang rakyat sah lagi sahih bagi negeri Perak Darul Ridzuan,
I nak wish Selamat Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak Ke-85.
Semua rakyat negeri Perak yang tinggal dan bekerja di Perak, selamat bercuti yea. I pun tumpang cuti sekaki yea walaupun dok tinggak and kerja di kL ini. Bahagianya.. Hahaha..
Mesej Layang
Assalamualaikum. Salam Sejahtera You All.
Lately entah kenapa I jadi malas nak update blog ni. Mungkin faktor kesibukan kerja dan hal-hal personal kot. Tapi hari ni I nak update gak. Sebab dalam kesibukan bekerja ni I dapat satu mesej layang dari seorang hamba Allah yang membuatkan I tension and sakit hati je.
Mana tak sakit hati kalau dok mesej I macam sound I pulak. Ha udah kenapa minah meroyan tu entah la. Ni entah darimana dapat tahu account facebook I ni entah. Mesti stalker dari kawan-kawan kerja I ni. Sebab I macam tahu je dia kerja mana.
Ni antara apa yang dia sound I. Ni sikit je tau. Tu kat bawah tu berlambak lagi. I reply baik-baik, dia boleh pulak naik hangin sampai kutuk-kutuk I. Siap kutuk rakan sekerja I lagi. Masalah dengan I tapi pergi sangkut pulak dengan kawan-kawan kerja I yang lain. What.??
Mungkin dia ada masalah mental ataupun cinta tak dibalas. Hahaha. Beb I nak habaq mai yang we all kawan je. We all lepak selalu pun sebab dia kawan dengan colleague I tu. So selalu la lepak sesama and outing sesama. Masalahnya sekarang dia tu single mingle. Mana ada kekasih hati, tunang dan masih belum berkahwin.
Oh please la perempuan. Jadi la seorang perempuan yang bermaruah ok. Jangan disebabkan seorang lelaki awak jadi meroyan macam tu. Senang-senang je nak judge orang tanpa usul periksa. Ok.!!!
Perginya Seorang Sahabat
Assalamualaikum. Salam Sejahtera.
" Tiada Ungkapan Perpisahan Dalam Persahabatan
Walaupun Maut Menjadi Noktahnya.
Kerana Seorang Sahabat Itu Terlalu Istimewa
Dalam Doa Saudaranya Yang Lain
Biarpun Tanpa Bayangnya "
10 tahun dah berlalu. Tapi semua kenangan bersama masih tersemat abadi dalam diri. Setiap yang hidup pasti akan mati, cuma takdir dari Illahi yang menentukannya.
Hanya doa yang dapat dihulurkan buatmu disana.
Insyallah kita bakal bertemu di syurga. Amin.
Semoga kau berbahagia disana dan ditempatkan ditempat yang terbaik buatmu.
Al-Fatihah
10.04.2003 - 10.04.2013
Allahyarham Meor Muhammad Syazani Bin Meor Hamzah
Shine You Way - Owl City Ft Yuna
Bangga pulak bila tonton video music ni. Yea la anak Malaysia, Yuna terbabit dalam music antarabangsa ni kan. Dapat menyayanyi dan duet dengan artis luar negara pulak tu. Lagu yang dinyanyikan pulak lagu tema untuk satu filem animasi luar negara The Croods terbitan Dreamworks. Famous kot. Hehehe.
Apa pun memang lagu ni best and sedap la pulak Yuna punya suara. Lain rasanya. Sangat sedap. Layan.!!
Petua Menawan Hati Pasangan
Assalamualaikum. Salam sejahtera you all.
Aishh. Sampai bila la nak membujang ni kan. Mungkin sesetengah orang kata sebab memilih sangat. Bukan memilih tapi masih tak dapat yang benar-benar sesuai untuk diri. Ada yang suka tapi I tak berapa suka. kalau dah tak suka macam mana nak hidup sesama kan. Mungkin masa akan menentukan segalanya atas kehendak-Nya dan atas keizinan-Nya. Insyallah. Amin.
Ni ada kakak sekerja yang baik hati dok share petua you all. Petua untuk orang bujang-bujang ni. Kalo rasa nak cuba, silakan. Hehehe. Selamat mencuba nasib yea.. =)
Benci Jadi Sayang
Assalamualaikum. Salam sejahtera you all.
Dari Abu Hurairah RA, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda:
“Cintailah orang yang engkau cintai pada tahap yang sepatutnya,
boleh jadi suatu hari nanti dia akan menjadi orang yang engkau benci.
Bencilah orang yang engkau benci dengan sepatutnya,
boleh jadi suatu hari nanti dia akan menjadi orang engkau cintai.”
Dari perasaan benci jadi sayang.? Oh parah parah. Hahahaa. Tapi betul perkara macam tu memang banyak terjadi. Memula punya la benci and tak suka dengan seseorang tu sampai apa saja yang ada kaitan dengan orang tu mesti jadi tak suka.
Semua tu lumrah dalam kehidupan manusia kan. Tak boleh lari. Cuma terasa malu sebab memula sangat la benci dan tetiba perasaan benci tu boleh bertukar jadi sayang. Sayang sehingga timbul perasaan cinta. Parah la kalau macam tu kan. Adoii masalah-masalah. Hati you suka memainkan perasaan orang kan. Kesian we all tau..
So kepada you all semua, harap janganlah terlalu membenci seseorang kerana kemungkinan orang yang kita benci itu akan menjadi orang kesayangan kita. Dan kepada I sendiri, please la kawal perasaan benci itu wahai Cik Nadia. Arghhhhhh...
Subscribe to:
Posts (Atom)





