Assalamualaikum. Salam Sejahtera You All.
Ahad tu my family ada kat my place kat kL ni and we all siap kutuk-kutuk dia cakap habislah conform takde A, mesti result teruk. Macam-macam we all cakap bagi dia takut. Tapi dia relax je padahal esok Isnin nak ambik result dah.
Ada sesiapa tak ada adik or sedara mara jiran tetangga yang baru lepas ambik result UPSR.?
Kepada yang ada tu I wish tahniah atas apa juga keputusan yang diperolehi. Ini baru permulaan okey. Banyak lagi tangga yang perlu didaki untuk mencapai sesuatu kejayaan.
Dan I pun ada adik yang baru ambik result UPSR. Adik bongsu I, Amirul Nadim (Nice name right.? He3). The last one and the manja one. Almaklumlah bongsu kan.
We all sekeluarga memang tak expect pape pun untuk UPSR ni. My ayah lagi la tak kisah langsung, kecik lagi katanya. Memang kalau kat rumah dia tak pernah belajar langsung. Buat homework sekadar siap and then tutup. Bukak komputer/tv pulak. Continue main game-internet-bola-youtube-korea-justin bieber. Itu je kerja dia. Tuisyen memang tak la kan.
Exam tak pernah la ada A' pun. Yang A hanyalah Pendidikan Islam, Jawi,Arab. Itu je, subjek penting hampeh. Paling bagus pun B, itupun ada masa. Masa percubaan pulak, ada 1B je kot itupun atas pagar nak ke C. Yang lainnya bawah C, paham-paham la yea. Hehehehe.
Tapi dia buat kejutan khas buat we all sebab the true result UPSR dia boleh dapat 3A2B. English, Math & BM dia dapat A. Oh no unexpected giler. Masa my mom call gitau result dia, sumpah sedih. Tak sangka langsung. Bujet memang takde A kot sebab I tau adik I Nadim tu study macam mana. Mungkin rezeki dia. Dan mungkin masa dalam kelas dia tumpu bebetul and study bebetul kat sekolah. Kat rumah main la kerja dia kan. Apa pun syukur alhamdulillah atas apa yang dia perolehi. Walaupun tak macam orang lain dapat 5A and 4A, tapi we all tetap bangga dengan dia. Sangat bangga. Alhamdulillah.
And also tak terlupa kepada dua orang ini juga. Alissa and Najwa sebaya my lil bro Nadim, our cousin. Alhamdulillah si Najwa dapat 3A2B juga and the pandai one Alissa 5A. Alissa memang the best student kat sekolah dia so daripada awal memang dah jangka dapat 5A. Tahniah to all of them. Hope lepas ni lebih cemerlang. Amin. =)
No comments:
Post a Comment