Pages

First Movie

Assalamualaikum. Salah Sejahtera You All.

Setiap daripada kita ni mesti ada yang berhobby dengan movie kan. Dan ada yang gila menonton wayang. Kalau boleh setiap movie yang ada kat cinema mesti wajib nak gi tengok. I tak la gila layan movie-movie kat wayang ni. Kalau ada yang ajak and time tu memang ada movie macam best, baru I akan gi tengok. 



Dan seingat I ini lah movie pertama yang I saksikan di pawagam berhampiran. Memang time tu agak jakun sedikit sebab itulah pertama kali jejak kaki kat panggung wayang kan. Excited lebih pun ada tambah time tu gi wayang dengan boypren. Hehehehe. 

Apabila jakun tu hilang dengan pelahan-lahan I rajin ajak mereka-mereka tengok wayang. Tapi tak la jadikan ianya sebagai hobi dan I tak la rajin jejak kaki ke pawagam. Kalau ada cerita best and ada pulak geng yang join sekaki memang akan ke sana la jawabnya kan.

So sesiapa yang nak ajak I tengok wayang tu jangan malu-malu yea. Dan pastikan movie itu best dan boleh menghappaykan hati sanubari I okey. =)

Popia Mini In Action

Asslamualaikum And Salam Sejahtera.

Amacam sambutan raya aidilahda you all semua. Best tengok lembu, kerbau, kambing dikorbankan. I takut nak gi tengok secara langsung depan mata korban ni so duduk rumah tengok korban dalam tv je la.

Sebelum ni I ada cuba-cuba buat Popia Mini Milo kan. First trial katakan tapi tetap menjadi. And now I nak bagitau cara buatnya. Sangatla senang. Sehari boleh dapat berbakul-bakul yea. kalau rajin la kan.



Ni kulit popia yang I gunakan. Jenama KG Pastry. Halal yang penting. =)



So kulit popia yang empat segi besar tu I potong 4. Jadi la empat segi kecik lagu tu. Tapi selalunya orang tak potong kulit popia tu, mereka biarkan sekeping besar kulit popia tu. I potong sebab I nak jadikan popia mini I kecik, namapun mini kan. =) Ikut citarasa masing-masing yea.




Kulit popia yang dah potong kecik tu you all gulung dia yea. Jangan gulung padat sangat yea, nanti kulit dalam tak garing pulak. You all gulung sampai hujung and sapukan hujung kulit dengan air untuk jadikan seperti gam. Gam supaya tak terbuka kulit popia you all tu. 



Dah gulung cantik and cun-cun tu you all boleh la gunting gulungan batang kulit popia tu. Gunting menyerong and ikut besar mana you all nak. 

Lepas tu bolehla you all goreng popia mini tu. Goreng dengan minyak yang banyak and sampai garing. Tak perlu goreng lama sangat yea. Nanti hangus pulak kulit popia you all tu. Goreng agak-agak luar dalam kulit popia masak. =)

Dah siap goreng, toskan sampai kering and tak berminyak. Sejukkan kulit popia. Dah agak-agak sejuk suam-suam tu you all bolehlah gaulkan kulit popia mini ni dengan gula halus and milo/horlick/nestum/susu tepung madu (Blend sampai halus mulus yea)



Jeng jeng jeng. Dah siap digaul dengan gula and milo. I taruh banyak milo sampai makan pun tak ingat dunia. Hehehehe. So you all boleh la cuba nanti yea. Sangat la senang. Ni adik I umuq 12 tahun pun boleh buat. Selamat mencuba. =)


Selamat Bekorban






Puasa Arafah 2012

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera.




Ada sesiapa yang pernah buat Puasa Arafah ni tak.? I sejujurnya tak pernah lakukan Puasa Arafah ni. Dan I know it pun from twitter Wardina Safiyyah. Sangat mengujakan bila tahu mengenai fadhilatnya. So I google sana sini cari mengenai Puasa Arafah. Dan Puasa ni dilakukan pada 9 Dzulhijjah kalendar Islam yea. Kalau kalendar biasa untuk tahun 2012 ni jatuh hari Khamis  25 October sehari sebeleum Hari Raya Haji.

So mana yang nak lakukan Puasa Sunat Arafah ni, jom la reramai. Tak susah pun and sehari je. Insyallah I pun akan lakukannya buat pertama kali ini. Mana-mana yang nak tahu lebih lanjut mengenai Puasa Arafah ni bolehlah cari and I baca kat sini. =)



Malam Masa Untuk Tidur Okey!!

Assalamualaikum And Salam Sejahtera You All.

Apa yang you all sedang lakukan memalam macam ni.? Mesti ada yang dah tidur kan. I still tak tidur lagi. Sebab.? Sebabnya I kena siapkan kerja yang menimbun. Esok rabu after office hour I bakal pulang ke kampung halaman tercinta itu. Ipoh tunggu I yea. Hehehehe.

So di sebabkan Jumaat public holiday sempena Hari Raya Aidiladha so Khamis I apply cuti sebab nak bakar lemang, rebus ketupat, masak rendang kari semua. Lemang, ketupat, rendang la sangat kan. Nak spend time lama sikit kat rumah I la you all. Home sick tau. Lepas raya haritu sampai sekarang tak balik Ipoh lagi tau. My family yang rajin datang kota metropolitan ni.

So disebabkan bakal berholiday Khamis ni so I kena siapkan all the work yang menimbun ni dengan segera dan jayanya. Rabu before 5pm I mesti siap hantar invoice kat Sapura, kena siapkan report, siapkan all the account statement and all the work



Jawabnya kerja yang nak kena submit tu kena bawa pulang ke rumah la jawabnya kan. Sepanjang I bekerja tak pernah lagi bawa balik kerja and siapkan kat rumah. 2tahun lebih kerja and this is first time I do like that. Nampak sangat rushing siapkan kerja yang berlambak ni kan. Bagi I kerja office hanya di office, kat rumah tempat istirehat. Tapi ni dah emergency so terpaksa.

Puncanya lagu tu sebab mood nak balik Ipoh sangat membuak-buak-buak. Ok finish berceloteh, now kena sambung siapkan kerja. So kepada you all yang nak tidur tu good night and sweet dream. =)


Popia Mini Milo

Assalamualaikum And Salam Sejahtera You All.


Sekarang ni kalau you all perasan popia mini ala-ala kerepek untuk kudap-kudap tu famous kan. Sana sini orang duk jual, tambah-tambah masa nak raya. Ni nak sambut Aidiladha ni pun ramai yang dok jual popia mini. Area apartment I pun ada kakak tu dok promote nak jual kat I kerepek popia nestum katanya.

Aishh kakak-kakak, popia mini tu daripada beli baik I buat sendiri sebab kakak jual mahai ok. Modal buat popia mini tu ciput je kot. Dan I dah study cara nak buat daripada my aunty okey. Conform jadi. Hahaha.

Dan dengan itu kerana kebanyakkan masa terbuang last weekend, I pun try buat the popia mini milo. Yup MILO. I ubah guna milo sebab rumah I milo banyak. Sebab milo banyak and mesti sedap guna milo kan. Inovasi popia mini. Hehehehe.

Setelah berhempas pulas, akhirnya jadi juga popia mini perasa milo I. Sangat sedap walaupun tak berapa comel.



Ia tak berapa menarik sebab guna milo. Milo gelap so popia mini pun gelap sekali. Kalau guna nestum or horlick comel la sebab colour putih. Apa pun sangat sedap bila guna milo. Hari ni buat dapat setin, esok dah tinggal setengah tin. Rakit makan depan tv sampai tak sedaq dah tinggal setengah tin. Hahahah.

Senang sangat buatnya. Sesiapa nak tau lagu mana nak buat popia mini milo ni nanti I buat entry lain hari yea.  Tunggu yea you all. =)




Kain Berusia 4 Tahun Sempena Hari Jadi

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera You All.


Selamat berhari Jumaat. Yeahhh esok dah cuti. Bab cuti je mesti sangat mengujakan kan. Dok rumah lepas Subuh sambung tidur sampai ke matahari terbit. Lepaih tu lunch, lepas tu sambung tidur balik. Sounds good. Ni kalau my mom and my ayah tahu ni conpom kena sounds. Ada patut anak dara buat lagu tu. Hehehhehe.

Hari Jumaat je secara wajibnya I akan pakai baju kurung and I pasti kebanyakkan girl-girl kat luar sana pun akan pakai baju kurung hari Jumaat kan.

Dan hari ni I ke office dengan memakai baju kurung yang kainnya dihadiahkan oleh sahabat-sahabat baik I. Hadiah sempena birthday I tahun 2008, time I study dulu. (Gila kau dah 4tahun tu). Siap I ikut ke kedai kain and siap pilih lagi. Sebab mereka kata nak belikan untuk family dorang so dengan bangga I pun pilih la yang mana I tengok sesuai and simple. Lepas je bayar mereka terus bagi I. Surprise jugak la sebab kalau I tahu kain tu untuk I baik I cari yang mahal and gorgeous. Hahahaha. Ada orang nak bagi lagi mau kecoh kan.



This baju kurung yang kain nya di hadiahkan oleh sahabat baik sempena birthday 2008


Walaupun tak se-gorgeous mana tapi I terima dengan seadanya. Sekurang-kurangnya ada juga orang ingat kita dan share duit beli hadiah yang tak basi. So sweet. Dan kerana I menghargai mereka, I masih pakai this baju kurung sampai sekarang walaupun dah berusi 4tahun. Kainnya masih baik dan elok. Tunggu lagi 2tahun boleh masuk muzium pulak. Hehehehe..



Nada Lagu Untuk Alarm

Assalamualaikum. Salam Sejahtera You All Semua.




Alarm I sangat mengujakan dan kekadang seperti di alam fana je tau. Hehehe.
Haaa ni dia I punya lagu untuk alarm bangun pagi I setiap hari. Amacam gempak tak. Bila dengar je lagu from my alarm pepagi rasa nyaman dan insaf sekejap. =)


 

3 Bulan Yang Manis


Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera You All.



“Allah menghapuskan apa jua yang dikehendakiNya dan Ia juga menetapkan apa jua yang dikehendakinya. Dan (ingatlah) pada sisiNya ada 'Ibu segala suratan'.” 
[13:39]


Bagaimana hari-hari you all.? Hope semuanya okey la yea. Mana yang tak berapa okey dan kurang berjalan dengan lancar tu, usaha di keesokan hari supaya ia boleh bertambah baik dari hari sebelumnya. Insyallah jika usaha dilipat gandakan dengan diiringi doa, pasti semuanya berjalan dengan baik.

Macam I juga. Hari-hari berdoa agar jalan yang I pilih dan bakal pilih nanti adalah jalan yang terbaik untuk diri dan hidup I. 

Dan harini 16 October 2012, genap sudah 3 bulan I hidup sendiri di perantauan dan cukup 3 bulan I kerja di tempat baru. Macam dah 3 tahun pulak kan. He3. Mula-mula before nak accept this job, banyak I fikir, macam-macam. Sebabnya I tak pernah hidup sendiri di luar Ipoh selama 25tahun. Before ni I still tinggal with family, dari belajar sampai kerja masih di Ipoh. Oh so obsess.


"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.."
[2:286]


Disebabkan kesungguhan my ayah suruh terima job kat Kuala Lumpur ni, tanpa kerelaan hati I terima juga job ni. Dan mulanya I cakap kat my parent yang I akan try dalam sebulan, kalau okey I extend sampai 3 bulan dan if okey jugak I akan extend sampai ada peluang lain yang lagi baik ni. Dan harini cukup sudah 3 bulan I kat sini dan I still okey dan boleh hidup berdikari sendiri tanpa family disisi. Alhamdulillah I dah rasa confident hidup bujang disini dan I rasa senang di kota baru ni. Satu kejayaan besar bagi I. Hehehehe. 

Dan insyallah jika semua ini adalah yang terbaik mungkin lagi lama la I kat sini jawabnya kan. Hope you all semua boleh berdoa agar apa yang I ada, apa yang I buat dan apa yang I terima dan bakal terima adalah suatu perkara yang paling terbaik untuk I. Amin. =)


“Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan."
[94:5-6]




Dulu Yang Lalu

Dulu masa tengah rapat macam macam benda nak buat sama-sama. Masa tengah jadi the best friends for ever and ever, siapa pun tak boleh lawan our geng. Semua perkara di buat sama-sama. Makan sama-sama. Shopping sama-sama. Tengok wayang sesama. Beraya bersama. Berjalan sama-sama. Bercerita bersembang tanpa rahsia. Habis segala luar dalam diceritakan. 
Sebab.? Sebab masa tu tengah baik, tengah fikir itulah kawan sehidup semati dan yang terbaik selamanya.


Sekarang.? Tuhan je yang tahu. Segalanya berubah entah mana silapnya. Mungkin hasutan dan kemunculan KAWAN lain yang sanggup menjaja cerita sana sini. Bercerita buruk orang. Sehingga ada yang terpedaya dan terpengaruh dengan kata-kata KAWAN baru itu. Mungkin.!!

Sekarang tak payah nak fikir sangat. Buat pening kepala dan buat sakit hati je. Sekarang, kawan yang lain-lain ada yang boleh jadi kawan terbaik untuk kita. Cari lah yang boleh di percayai jangan sampai kejadian lama berulang.

 Berkawan berpada-pada yea you all agar hidup berkawan lebih makmur dan sejahtera. =)



Pertemuan Setelah 7 Tahun

Assalamualaikum And Salam Sejahtera You All.

Last month I and my BFF berjaya juga berjumpa dengan kawan lama yang sangat lama tak berjumpa. Almost 7 years. Oh bayangkan jauhnya masa itu berjalan. Dulu first jumpa time nak mula belajar lepaih beberapa bulan dianya berhenti dan hilang tanpa dikesan dan kami juga telah terlupa akan kehadiran dia. Hahahaha. Siapa suruh menghilangkan diri kan. Padan la. 

So hari tu dah alang-alang we all attend majlis kenduri kahwin our collegemate kat Melaka, terus terasa teringin nak jumpa si kawan lama Joe namanya. Kebetulan memang dia dok study lagi kat Kolej Risda Melaka. Dah jodoh berjumpa juga dengan kawan lama itu. Sempat la berspend time bergosip cerita yang 7 tahun tergendala itu.



 






Kerana laman sosial ni juga la we all dapat berjumpa dan majoriti kawan lama-lama zaman tok kaduk dulu pun boleh dijumpai. Ni salah satu contohnya la, dapat jumpa our friend yang long-long-long time tak jumpa. Happy.!!!




Lirik Lagu - Gatra


Bila Kini Ku Sesali
Di Kala Tak Mungkin Kembali
Saat Jatuh Cinta Lagi
Adakah Yang Masih Mengerti

Aku Masih Disini
Mengira Detik-Detik Terakhir
Kala Rinduku Berdarah
Masihkah Aku Teguh Menantinya

Takkan Terdaya Mengungkapkan Rasa
Satu Antara Resah Yang Berjuta
Hadirnya Gerhana Ketika Terpancar
Pelangi Yang Indah

Saat Tertawa Berbungakan Duka
Bila Ada Dan Tiada Untuk Didengarnya
Hinggakan Berubah Tumpu Lafaz Semua
Aura Gatra-gatra

Takkan Terdaya Mengungkapkan Rasa
Satu Antara Resah Yang Berjuta
Hadirnya Gerhana Tika Terpancar
Pelangi Yang Indah

Saat Tertawa Berbungakan Duka
Bila Ada Dan Tiada Untuk Didengarnya
Hinggakan Berubah Tumpu Lafaz Semua
Aura Gatra-gatra

By Hafizah Naser



Dakian Ke Genting Highland, Pahang

Assalamualaikum & Salam Sejahtera You All.



Mungkin you all tahu dimanakah gambar ini di snap kan.? Tengok bangunan warna warni tu pun mesti dah dapat teka. Yup Genting Highland lah tempatnya.

Weekend baru ni my parents and lil bro turun KL sebab mahu ke Batu Pahat ambik my sis balik sebab dia dah start semester break. Tapi last-last dia naik bas dari BP ke KL. Sebabnya barang tak bawa balik, cuma baju sebeg dua je bawa balik. Barang lain-lain ditinggalkan dalam stor UTHM sebab next sem dapat dok hostel lagi. Selamat we all tak payah ke BP. Hehehehe..

So lepas je ambik my sis kat TBS (Terminal Bersepadu Selatan) we all tak tahu nak ke mana lagi. Jadi I pun terus plan naik Genting sebab my place nak naik Genting memang dekat. Mula-mula macam tak nak sebab my mom adalah seorang yang takut dengan tempat tinggi. Tapi entah macam mana my mom setuju je kalau nak naik. Bila lagi katanya. Kalau before ni memang tak dapat la nak naik kan.



Masa naik tu I tahu my mom takut tapi disebabkan dah on the way naik so dia redha je. Hehehehe. Akhirnya we all berjaya jugak sampai atas. Itupun macam pening-pening gak sebab tak tahu mana tempat yang harus dituju sebab tak pernah datangkan. Dah puas pusing tengok tempat baru we all parking and cari tempat nak masuk. 

My parent suruh jejalan keliling dulu baru kita beli tiket masuk. Baru sekeping dua snap pict (Sekeping dua la sangat kan), tup-tup hujan you all. Oh no baru nak menjerit-jerit naik rollercoaster and game kecut perut, dah hujan. Dah kena turun sebab my mom risau dok atas time hujan lebat and kilat. So terpaksa la pulang, so sad. 





Walaupun tak dapat nak bersuka ria di taman tema keriangan itu, I happy jugak sebab dapat naik Genting walaupun sekejap. Jadi la daripada takde kan. Hehehehe. And yang paling penting spend time with family, itu yang baling terbaik. =)



Restoran MP (Moven Peak) Tak Halal.

Assalamualaikum. Salam Sejahtera You All.

Mana-mana yang tinggal area Ipoh mesti tau restoran steamboat yang famous amos kan.? Mana lagi kalau bukan MP (Moven Peak) kan. Selalu sangat dah I dengar kawan-kawan I dok sembang makan kat MP best la sedap la macam-macam ada la. Sounds good.



Ada juga dikalangan mereka ajak I makan thats place tapi entah kenapa tak pernah lagi nak join mereka makan. Kesibukan dan ketidak heranan nak makan kot kan. Tambahan bila I lalu kat MP tu macam tak best sebab macam kedai cina tapi memang dorang kata cina punya kedai. Halal makanannya, kata mereka-mereka la kan. I ni ada problem sikit dengan kedai cina yang halal dikatakan tu. I macam tak berapa yakin sebab ianya kedai cina.!!

Sampai sekarang I tak pernah makan kat restoran tu walaupun sering digembur-gemburkan sangat sedap dan murah. Dan rasa berbaloi kot tak pernah makan sebab I dapat satu berita yang mengatakan ada makanan di situ tak halal. I pun dengan semangat waja terus melawat facebook Restoran Moven Peak itu dengan jayanya. Dan.....



I tak pasti samada set lunch ini saja yang tak halal atau segala-galanya di situ tak HALAL.!! From now sesiapa yang nak makan kat situ perlu selidik sedalam-dalamnya dahulu samada ianya benar-benar halal atau tidak. Hope halal la sebab dah ramai sangat orang Melayu beragama ISLAM makan kat situ.

Kita sebagai seorang Muslim harus berhati-hati dengan apa jua yang kita makan dan minum. Perlu yakin 200% tau.  Halal boleh dibeli dimana-mana pun sekarang you all. Cuma Halal dari Jabatan Agama Islam sahaja yang perlu kita refer dan percaya.


Mereka Ke Jinjang Pelamin

Assalamualaikum. Salam Sejahtera You All.

Amacam hari-hari you all, berjalan dengan baik ke eidak.? Hope semuanya baik-baik la yea. Kalau ada masalah tu biasa la kan. Mana ada hidup yang sentiasa baik aman damai bahagia je kan. Semua ni mematangkan kita untuk meneruskan hidup di bumi pinjaman.

Ok berbalik apa yang I nak habaq kat you all ialah last weekend I attend majlis perkahwinan college mate I. (Attend je majlis orang, majlis sendiri entah bila. Hu3.)  Both of pengantin baru ni adalah college mate I. Dorang pun bercinta masa zaman-zaman belajar dulu. Tapi before dorang berdua bercinta masing-masing bercinta dengan orang lain. Last-last bila masing-masing kembali solo, dorang bercinta pulak berdua.





Dari zaman study sampai ke zaman bekerja dorang masih bercinta. Lama jugak la. Dan dah dikatakan jodoh, setelah 4-5 tahun mereka bercintan cintun akhirnya mereka disatukan sebagai suami isteri. Sangat sweet.

So sebagai hamba Allah dibumi ini apa kata jom kita sesama doakan mereka bersama hingga ke jannah. Insyallah. Amin. Dan doakan untuk I sekali yea. Semoga jodoh yang bakal datang ini adalah yang terbaik untuk I. AMIN......





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...