Pages

Selamat Pagi Dunia

Assalamualaikum. Salam Sejahtera You All.
Selamat Pagi Sabtu.


“Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan orang yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari.” (Diriwayatkan al-Baihaqi)



"Ya Allah, jadikanlah permulaan hari ini suatu kebaikan, dan pertengahannya suatu kemenangan, dan penghabisannya suatu kejayaan, wahai Tuhan yang paling Penyayang dari segala penyayang"




Apply BR1M Secara Online

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.


Ni adalah salah satu petikan perkara yang ada dalam Bajet 2013. Baca pelan-pelan dan fahami yea. =)


Dah habis baca dah.? Okey. Tahun lepas dah pun benda ni berjalan dan kebanyakkan yang apply dah dapat pun duitnya. Bajet 2013 ni dah memperluaskan pemohonan BR1M dengan memberi bantuan kepada individu bujang. (Sayalah tu.!) Before ni hanya ketua rumah je yang boleh apply so now macam I ni dah boleh mencuba nasib.

Yang paling best tu sekarang nak apply BR1M ni by online pun boleh you all. Hanya dihujung jari tu, mudah betul. So kepada yang nak apply tu boleh apply kat Pemohonan BR1M ni. Isi form kasi habis and then tunggu jawapannya pula yea.


* Berdoa supaya tergolong dalam golongan antara yang layak mnerima bayaran BR1M =) *



First Movie

Assalamualaikum. Salah Sejahtera You All.

Setiap daripada kita ni mesti ada yang berhobby dengan movie kan. Dan ada yang gila menonton wayang. Kalau boleh setiap movie yang ada kat cinema mesti wajib nak gi tengok. I tak la gila layan movie-movie kat wayang ni. Kalau ada yang ajak and time tu memang ada movie macam best, baru I akan gi tengok. 



Dan seingat I ini lah movie pertama yang I saksikan di pawagam berhampiran. Memang time tu agak jakun sedikit sebab itulah pertama kali jejak kaki kat panggung wayang kan. Excited lebih pun ada tambah time tu gi wayang dengan boypren. Hehehehe. 

Apabila jakun tu hilang dengan pelahan-lahan I rajin ajak mereka-mereka tengok wayang. Tapi tak la jadikan ianya sebagai hobi dan I tak la rajin jejak kaki ke pawagam. Kalau ada cerita best and ada pulak geng yang join sekaki memang akan ke sana la jawabnya kan.

So sesiapa yang nak ajak I tengok wayang tu jangan malu-malu yea. Dan pastikan movie itu best dan boleh menghappaykan hati sanubari I okey. =)

Popia Mini In Action

Asslamualaikum And Salam Sejahtera.

Amacam sambutan raya aidilahda you all semua. Best tengok lembu, kerbau, kambing dikorbankan. I takut nak gi tengok secara langsung depan mata korban ni so duduk rumah tengok korban dalam tv je la.

Sebelum ni I ada cuba-cuba buat Popia Mini Milo kan. First trial katakan tapi tetap menjadi. And now I nak bagitau cara buatnya. Sangatla senang. Sehari boleh dapat berbakul-bakul yea. kalau rajin la kan.



Ni kulit popia yang I gunakan. Jenama KG Pastry. Halal yang penting. =)



So kulit popia yang empat segi besar tu I potong 4. Jadi la empat segi kecik lagu tu. Tapi selalunya orang tak potong kulit popia tu, mereka biarkan sekeping besar kulit popia tu. I potong sebab I nak jadikan popia mini I kecik, namapun mini kan. =) Ikut citarasa masing-masing yea.




Kulit popia yang dah potong kecik tu you all gulung dia yea. Jangan gulung padat sangat yea, nanti kulit dalam tak garing pulak. You all gulung sampai hujung and sapukan hujung kulit dengan air untuk jadikan seperti gam. Gam supaya tak terbuka kulit popia you all tu. 



Dah gulung cantik and cun-cun tu you all boleh la gunting gulungan batang kulit popia tu. Gunting menyerong and ikut besar mana you all nak. 

Lepas tu bolehla you all goreng popia mini tu. Goreng dengan minyak yang banyak and sampai garing. Tak perlu goreng lama sangat yea. Nanti hangus pulak kulit popia you all tu. Goreng agak-agak luar dalam kulit popia masak. =)

Dah siap goreng, toskan sampai kering and tak berminyak. Sejukkan kulit popia. Dah agak-agak sejuk suam-suam tu you all bolehlah gaulkan kulit popia mini ni dengan gula halus and milo/horlick/nestum/susu tepung madu (Blend sampai halus mulus yea)



Jeng jeng jeng. Dah siap digaul dengan gula and milo. I taruh banyak milo sampai makan pun tak ingat dunia. Hehehehe. So you all boleh la cuba nanti yea. Sangat la senang. Ni adik I umuq 12 tahun pun boleh buat. Selamat mencuba. =)


Puasa Arafah 2012

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera.




Ada sesiapa yang pernah buat Puasa Arafah ni tak.? I sejujurnya tak pernah lakukan Puasa Arafah ni. Dan I know it pun from twitter Wardina Safiyyah. Sangat mengujakan bila tahu mengenai fadhilatnya. So I google sana sini cari mengenai Puasa Arafah. Dan Puasa ni dilakukan pada 9 Dzulhijjah kalendar Islam yea. Kalau kalendar biasa untuk tahun 2012 ni jatuh hari Khamis  25 October sehari sebeleum Hari Raya Haji.

So mana yang nak lakukan Puasa Sunat Arafah ni, jom la reramai. Tak susah pun and sehari je. Insyallah I pun akan lakukannya buat pertama kali ini. Mana-mana yang nak tahu lebih lanjut mengenai Puasa Arafah ni bolehlah cari and I baca kat sini. =)



Malam Masa Untuk Tidur Okey!!

Assalamualaikum And Salam Sejahtera You All.

Apa yang you all sedang lakukan memalam macam ni.? Mesti ada yang dah tidur kan. I still tak tidur lagi. Sebab.? Sebabnya I kena siapkan kerja yang menimbun. Esok rabu after office hour I bakal pulang ke kampung halaman tercinta itu. Ipoh tunggu I yea. Hehehehe.

So di sebabkan Jumaat public holiday sempena Hari Raya Aidiladha so Khamis I apply cuti sebab nak bakar lemang, rebus ketupat, masak rendang kari semua. Lemang, ketupat, rendang la sangat kan. Nak spend time lama sikit kat rumah I la you all. Home sick tau. Lepas raya haritu sampai sekarang tak balik Ipoh lagi tau. My family yang rajin datang kota metropolitan ni.

So disebabkan bakal berholiday Khamis ni so I kena siapkan all the work yang menimbun ni dengan segera dan jayanya. Rabu before 5pm I mesti siap hantar invoice kat Sapura, kena siapkan report, siapkan all the account statement and all the work



Jawabnya kerja yang nak kena submit tu kena bawa pulang ke rumah la jawabnya kan. Sepanjang I bekerja tak pernah lagi bawa balik kerja and siapkan kat rumah. 2tahun lebih kerja and this is first time I do like that. Nampak sangat rushing siapkan kerja yang berlambak ni kan. Bagi I kerja office hanya di office, kat rumah tempat istirehat. Tapi ni dah emergency so terpaksa.

Puncanya lagu tu sebab mood nak balik Ipoh sangat membuak-buak-buak. Ok finish berceloteh, now kena sambung siapkan kerja. So kepada you all yang nak tidur tu good night and sweet dream. =)


Popia Mini Milo

Assalamualaikum And Salam Sejahtera You All.


Sekarang ni kalau you all perasan popia mini ala-ala kerepek untuk kudap-kudap tu famous kan. Sana sini orang duk jual, tambah-tambah masa nak raya. Ni nak sambut Aidiladha ni pun ramai yang dok jual popia mini. Area apartment I pun ada kakak tu dok promote nak jual kat I kerepek popia nestum katanya.

Aishh kakak-kakak, popia mini tu daripada beli baik I buat sendiri sebab kakak jual mahai ok. Modal buat popia mini tu ciput je kot. Dan I dah study cara nak buat daripada my aunty okey. Conform jadi. Hahaha.

Dan dengan itu kerana kebanyakkan masa terbuang last weekend, I pun try buat the popia mini milo. Yup MILO. I ubah guna milo sebab rumah I milo banyak. Sebab milo banyak and mesti sedap guna milo kan. Inovasi popia mini. Hehehehe.

Setelah berhempas pulas, akhirnya jadi juga popia mini perasa milo I. Sangat sedap walaupun tak berapa comel.



Ia tak berapa menarik sebab guna milo. Milo gelap so popia mini pun gelap sekali. Kalau guna nestum or horlick comel la sebab colour putih. Apa pun sangat sedap bila guna milo. Hari ni buat dapat setin, esok dah tinggal setengah tin. Rakit makan depan tv sampai tak sedaq dah tinggal setengah tin. Hahahah.

Senang sangat buatnya. Sesiapa nak tau lagu mana nak buat popia mini milo ni nanti I buat entry lain hari yea.  Tunggu yea you all. =)




Kain Berusia 4 Tahun Sempena Hari Jadi

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera You All.


Selamat berhari Jumaat. Yeahhh esok dah cuti. Bab cuti je mesti sangat mengujakan kan. Dok rumah lepas Subuh sambung tidur sampai ke matahari terbit. Lepaih tu lunch, lepas tu sambung tidur balik. Sounds good. Ni kalau my mom and my ayah tahu ni conpom kena sounds. Ada patut anak dara buat lagu tu. Hehehhehe.

Hari Jumaat je secara wajibnya I akan pakai baju kurung and I pasti kebanyakkan girl-girl kat luar sana pun akan pakai baju kurung hari Jumaat kan.

Dan hari ni I ke office dengan memakai baju kurung yang kainnya dihadiahkan oleh sahabat-sahabat baik I. Hadiah sempena birthday I tahun 2008, time I study dulu. (Gila kau dah 4tahun tu). Siap I ikut ke kedai kain and siap pilih lagi. Sebab mereka kata nak belikan untuk family dorang so dengan bangga I pun pilih la yang mana I tengok sesuai and simple. Lepas je bayar mereka terus bagi I. Surprise jugak la sebab kalau I tahu kain tu untuk I baik I cari yang mahal and gorgeous. Hahahaha. Ada orang nak bagi lagi mau kecoh kan.



This baju kurung yang kain nya di hadiahkan oleh sahabat baik sempena birthday 2008


Walaupun tak se-gorgeous mana tapi I terima dengan seadanya. Sekurang-kurangnya ada juga orang ingat kita dan share duit beli hadiah yang tak basi. So sweet. Dan kerana I menghargai mereka, I masih pakai this baju kurung sampai sekarang walaupun dah berusi 4tahun. Kainnya masih baik dan elok. Tunggu lagi 2tahun boleh masuk muzium pulak. Hehehehe..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...