Pages

Cuti Approve.!

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua.

Selamat berhari Jumaat. Mesti ramai yang sangat sukakan hari Jumaat kan. Yea la hari terakhir untuk seminggu kan. Esok lusa dah cuti. Sangat best kalau bab cuti-cuti ni. =)

Next week ada dua public holiday. 12hb cuti untuk Deepavali and 14hb pulak cuti untuk Awal Muharram/Maal Hijrah. Conform ada antara tu yang ambik cuti sederet seminggu kan. Gila la lama you all cuti yea, sakan benor yea. 

I pun antara yang bakal berholiday sakan tapi tak la sederet seminggu tu. Hanya dapat cuti 12hb & 14hb November je. 16hb kerja balik. So sad tak dapat berholiday kat Ipoh seminggu sederet. Tapi its okey sebab masih dapat cuti walaupun I antara pekerja yang baru. Kekadang pekerja baru ni susah nak dapat cuti kan tapi alhamdulillah this company sangat okey. I like it.!



Jadi, kepada yang akan balik ke kampung halaman sebentar lagi/hari ini (Saya La Tu) dan bakal pulang ke kampung halaman nanti, berhati-hati lah yea. Semoga perjalanan kita selamat. Dadadada..


Minuman Halal.?


Assalamualaikum. Salam Sejahtera All. 


“Wahai sekalian manusia, makanlah dari apa yang ada di bumi makanan yang halal lagi baik...” (Surah al-Baqarah, 2: 168)






Air botol ni ada tanda halal dan diberi dari someone. Dan dibeli dari pasaraya besar dan berstatus halal air minuman ni. Kalau tengok rupa takde rupa Halal pun, botol pun dah macam botol minuman keras.

Masa bukak this minuman, perghh terkejut we all satu rumah. Mana taknya berterbangan penutup botol dan airnya sekali. Berlimpah ruah bagaikan seperti membuka botol air arak seperti dalam tv kala menyambut perayaan itu.

Dah macam tu terus we all buang minumam ini.!! Baik minum teh tarik home made lagi bagus dan conform Halal. 



TNB Rm0.35 !

Assalamualaikum And Salam Sejahtera You All.
Hope you all sihat-sihat berlaka yea.




*Senyum arnab berkumandang dibibir*

Ha percaya tak ini adalah bil Tnb I. I pun tak percaya memula tu tapi dah secara terang terangan memang alamat rumah sewa I kan. Sah-sah la rumah I punya bil. 

Before ni tinggal dengan parents tak pernah pun dapat bil yang bernilai sekecik kecik kecik ni. Bawah Rm1.00 tu. Memang agak kelam disini dan agak jakun sebab pertama kali bil I dapat ini macam nilainya. Hahahaaha.

Untung company I sebab bulan ni I punya elektrik bil hanya RM 0.35. Tak payah company bayar banyak-banyak kan. I pun untung sebab semua bill company bayarkan dan sewa rumah pun company bayarkan. Alhamdulillah rezeki kerja di kota ini. =)



Selamat Pagi Dunia

Assalamualaikum. Salam Sejahtera You All.
Selamat Pagi Sabtu.


“Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan orang yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari.” (Diriwayatkan al-Baihaqi)



"Ya Allah, jadikanlah permulaan hari ini suatu kebaikan, dan pertengahannya suatu kemenangan, dan penghabisannya suatu kejayaan, wahai Tuhan yang paling Penyayang dari segala penyayang"




Apply BR1M Secara Online

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.


Ni adalah salah satu petikan perkara yang ada dalam Bajet 2013. Baca pelan-pelan dan fahami yea. =)


Dah habis baca dah.? Okey. Tahun lepas dah pun benda ni berjalan dan kebanyakkan yang apply dah dapat pun duitnya. Bajet 2013 ni dah memperluaskan pemohonan BR1M dengan memberi bantuan kepada individu bujang. (Sayalah tu.!) Before ni hanya ketua rumah je yang boleh apply so now macam I ni dah boleh mencuba nasib.

Yang paling best tu sekarang nak apply BR1M ni by online pun boleh you all. Hanya dihujung jari tu, mudah betul. So kepada yang nak apply tu boleh apply kat Pemohonan BR1M ni. Isi form kasi habis and then tunggu jawapannya pula yea.


* Berdoa supaya tergolong dalam golongan antara yang layak mnerima bayaran BR1M =) *



First Movie

Assalamualaikum. Salah Sejahtera You All.

Setiap daripada kita ni mesti ada yang berhobby dengan movie kan. Dan ada yang gila menonton wayang. Kalau boleh setiap movie yang ada kat cinema mesti wajib nak gi tengok. I tak la gila layan movie-movie kat wayang ni. Kalau ada yang ajak and time tu memang ada movie macam best, baru I akan gi tengok. 



Dan seingat I ini lah movie pertama yang I saksikan di pawagam berhampiran. Memang time tu agak jakun sedikit sebab itulah pertama kali jejak kaki kat panggung wayang kan. Excited lebih pun ada tambah time tu gi wayang dengan boypren. Hehehehe. 

Apabila jakun tu hilang dengan pelahan-lahan I rajin ajak mereka-mereka tengok wayang. Tapi tak la jadikan ianya sebagai hobi dan I tak la rajin jejak kaki ke pawagam. Kalau ada cerita best and ada pulak geng yang join sekaki memang akan ke sana la jawabnya kan.

So sesiapa yang nak ajak I tengok wayang tu jangan malu-malu yea. Dan pastikan movie itu best dan boleh menghappaykan hati sanubari I okey. =)

Popia Mini In Action

Asslamualaikum And Salam Sejahtera.

Amacam sambutan raya aidilahda you all semua. Best tengok lembu, kerbau, kambing dikorbankan. I takut nak gi tengok secara langsung depan mata korban ni so duduk rumah tengok korban dalam tv je la.

Sebelum ni I ada cuba-cuba buat Popia Mini Milo kan. First trial katakan tapi tetap menjadi. And now I nak bagitau cara buatnya. Sangatla senang. Sehari boleh dapat berbakul-bakul yea. kalau rajin la kan.



Ni kulit popia yang I gunakan. Jenama KG Pastry. Halal yang penting. =)



So kulit popia yang empat segi besar tu I potong 4. Jadi la empat segi kecik lagu tu. Tapi selalunya orang tak potong kulit popia tu, mereka biarkan sekeping besar kulit popia tu. I potong sebab I nak jadikan popia mini I kecik, namapun mini kan. =) Ikut citarasa masing-masing yea.




Kulit popia yang dah potong kecik tu you all gulung dia yea. Jangan gulung padat sangat yea, nanti kulit dalam tak garing pulak. You all gulung sampai hujung and sapukan hujung kulit dengan air untuk jadikan seperti gam. Gam supaya tak terbuka kulit popia you all tu. 



Dah gulung cantik and cun-cun tu you all boleh la gunting gulungan batang kulit popia tu. Gunting menyerong and ikut besar mana you all nak. 

Lepas tu bolehla you all goreng popia mini tu. Goreng dengan minyak yang banyak and sampai garing. Tak perlu goreng lama sangat yea. Nanti hangus pulak kulit popia you all tu. Goreng agak-agak luar dalam kulit popia masak. =)

Dah siap goreng, toskan sampai kering and tak berminyak. Sejukkan kulit popia. Dah agak-agak sejuk suam-suam tu you all bolehlah gaulkan kulit popia mini ni dengan gula halus and milo/horlick/nestum/susu tepung madu (Blend sampai halus mulus yea)



Jeng jeng jeng. Dah siap digaul dengan gula and milo. I taruh banyak milo sampai makan pun tak ingat dunia. Hehehehe. So you all boleh la cuba nanti yea. Sangat la senang. Ni adik I umuq 12 tahun pun boleh buat. Selamat mencuba. =)


Puasa Arafah 2012

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera.




Ada sesiapa yang pernah buat Puasa Arafah ni tak.? I sejujurnya tak pernah lakukan Puasa Arafah ni. Dan I know it pun from twitter Wardina Safiyyah. Sangat mengujakan bila tahu mengenai fadhilatnya. So I google sana sini cari mengenai Puasa Arafah. Dan Puasa ni dilakukan pada 9 Dzulhijjah kalendar Islam yea. Kalau kalendar biasa untuk tahun 2012 ni jatuh hari Khamis  25 October sehari sebeleum Hari Raya Haji.

So mana yang nak lakukan Puasa Sunat Arafah ni, jom la reramai. Tak susah pun and sehari je. Insyallah I pun akan lakukannya buat pertama kali ini. Mana-mana yang nak tahu lebih lanjut mengenai Puasa Arafah ni bolehlah cari and I baca kat sini. =)



Malam Masa Untuk Tidur Okey!!

Assalamualaikum And Salam Sejahtera You All.

Apa yang you all sedang lakukan memalam macam ni.? Mesti ada yang dah tidur kan. I still tak tidur lagi. Sebab.? Sebabnya I kena siapkan kerja yang menimbun. Esok rabu after office hour I bakal pulang ke kampung halaman tercinta itu. Ipoh tunggu I yea. Hehehehe.

So di sebabkan Jumaat public holiday sempena Hari Raya Aidiladha so Khamis I apply cuti sebab nak bakar lemang, rebus ketupat, masak rendang kari semua. Lemang, ketupat, rendang la sangat kan. Nak spend time lama sikit kat rumah I la you all. Home sick tau. Lepas raya haritu sampai sekarang tak balik Ipoh lagi tau. My family yang rajin datang kota metropolitan ni.

So disebabkan bakal berholiday Khamis ni so I kena siapkan all the work yang menimbun ni dengan segera dan jayanya. Rabu before 5pm I mesti siap hantar invoice kat Sapura, kena siapkan report, siapkan all the account statement and all the work



Jawabnya kerja yang nak kena submit tu kena bawa pulang ke rumah la jawabnya kan. Sepanjang I bekerja tak pernah lagi bawa balik kerja and siapkan kat rumah. 2tahun lebih kerja and this is first time I do like that. Nampak sangat rushing siapkan kerja yang berlambak ni kan. Bagi I kerja office hanya di office, kat rumah tempat istirehat. Tapi ni dah emergency so terpaksa.

Puncanya lagu tu sebab mood nak balik Ipoh sangat membuak-buak-buak. Ok finish berceloteh, now kena sambung siapkan kerja. So kepada you all yang nak tidur tu good night and sweet dream. =)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...